Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 17, 2014

Bahrain Akan Jatuh Ke Tangan Pemberontak Syiah?

Bahrain kian goyah
17 Januari 2014
Penduduk Bahrin menuntut kestabilan politik dengan menggesa pemerintahan Al Khalifah berundur dan membuat pilihan raya umum bagi memberi kesamaan hak jawatan dalam pentadbiran antara Sunnah dan Syiah

MANAMA - BAHRAIN. Pasukan polis Bahrain melepaskan gas pemedih mata terhadap kumpulan anti kerajaan di sekitar ibu negara susulan peningkatan krisis politik.

Di Sanabia, polis  melepaskan gas pemedih mata ke arah kumpulan anti kerajaan dan beberapa rumah selepas diserang kumpulan terbabit termasuk di Nabih Saleh dan Shahrakan apabila demonstrasi anti rejim Al Khalifa turut dilakukan.

Pemberontakan di Bahrain bermula pertengahan Februari 2011 selepas kumpulan anti kerajaan berfahaman Syiah menuntut reformasi politik di bawah pimpinan keluarga Al Khalifah yang berfahaman Sunnah.

Memetik laporan Agensi, krisis politik menjurus ke arah konflik fahaman itu bagaimanapun merebak ke negara jiran seperti Yaman dan Algeria.

Selepas rampasan kuasa di Mesir, wujud kumpulan penentang yang mahu memporak perandakan negara Islam di Liga Arab.

Buktinya apabila polis Bahrain terpaksa meningkatkan kawalan selepas kumpulan anti kerajaan membuat gesaan menerusi web media sosial untuk melakukan protes umpama di Mesir.

Pusat Hak Asasi Manusia negara itu menuduh rejim Al Khalifah menyasarkan serangan terhadap penduduk majoriti Syiah, sekalipun pemimpin Sunnah telah menawarkan pelbagai insentif termasuk sektor ekonomi dan sosial serta menjanjikan kebebasan media.

Di Sanaa, polis Yaman menggunakan rotan dan pisau bagi menghalang penunjuk perasaan berarak di ibu negara untuk menggesa pembaharuan politik dan pengunduran Presiden Ali Abdullah Saleh.

Di Algiers, pergerakan pembangkang Algeria turut merancang melakukan protes anti kerajaan.

Susulan dari kesemua protes itu, tidak mustahil sekiranya kegemilangan empayar Islam di negara Teluk Parsi seperti Kuwait, Iraq, Arab Saudi, Oman, Qatar dan juga Emiriah Arab Bersatu akan lenyap dan bakal berhadapan keganasan politik berpunca dari krisis fahaman. - sumber

1 comment:

  1. pemberontak = bughah ,menggunakan senjata, setahu saya demonstasi aman sahaja tapi ramai yang tekorban,otak bersepai pun ada,demonstrasi lebih lama dari mesir membuktikan ketabahan syiah,menghadapi kaum sunni, jika menggunakan senjata mereka lebih cepat di bunuh,..sayangnya kegiatan mereka kurang mendapat perhatian sebabnya mudah saya..mereka syiah..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa