Majlis Fatwa Kebangsaan menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia dan merampas Bible versi bahasa Melayu serta Iban yang mempunyai kalimah Allah baru-baru ini sambil menegaskan, bahan rampasan itu tidak perlu dipulangkan, lapor Utusan Malaysia.
Akhbar itu memetik Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin sebagai berkata, muzakarah khas yang bersidang semalam juga kesal dengan tindakan sesetengah pihak cuba mempolemikkan tindakan JAIS dan menjadikan agama sebagai umpan politik.
Selain itu beliau juga dilapor berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan amat kecewa apabila para ulama dilempar dengan pelbagai kata-kata kesat selain diperlekehkan, hanya kerana pandangan atau hukum yang dikeluarkan tidak memihak kepada golongan tertentu, terutama dalam isu menghormati kerajaan yang dipilih secara sah.
Utusan Malaysia turut menerbitkan kenyataan penuh Majlis Fatwa Kebangsaan seperti berikut :
1. Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada hari ini 15 Januari 2014 memandang serius dan amat kecewa apabila para ulama dilempar dengan kata-kata kesat dan diperlekehkan hanya kerana pandangan atau hukum yang dikeluarkan tidak memenuhi kehendak atau memihak kepada golongan tertentu. Sikap tidak menghormati pemimpin (umara) semakin menjadi-jadi seolah satu trend dan budaya masyarakat Islam di Malaysia sejak akhir-akhir ini.
2. Muzakarah juga mengingatkan seluruh umat Islam dan juga bukan Islam bahawa apabila sikap saling hormat-menghormati semakin terhakis, ulama serta umara dicela dan tidak dihormati maka bibit-bibit pergolakan akan mula dirasai. Kita tidak mahu pergolakan dan pertumpahan darah yang berlaku di sesetengah negara berlaku di negara kita Malaysia.
3. Muzakarah meminta seluruh umat Islam supaya sentiasa menjaga keharmonian dan kedaulatan negara kerana Islam mewajibkan seluruh umat Islam agar bersatu dengan mentaati Allah, Rasul dan pemimpin yang dilantik secara sah oleh rakyat. Perbuatan mencela pemimpin kerana tidak berpuas hati dengan keputusan atau tindakan kerajaan tidak boleh dipandang remeh kerana ia akan menimbulkan fitnah, kekacauan dan mengganggu kestabilan sesebuah negara.
4. Islam membenarkan setiap rakyat untuk menasihati pemimpin namun tanggungjawab amar ma'ruf nahi munkar tersebut perlu dilakukan mengikut adab dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam.
5. Muzakarah juga menasihatkan para pemimpin supaya sentiasa sensitif terhadap kemaslahatan rakyat kerana dalam kaedah fiqh iaitu keputusan pemimpin adalah bergantung kepada kemaslahatan rakyat. Pemerintah perlu menggunakan segala kebijaksanaan dan hikmah dalam menangani apa juga isu yang berlaku.
6. Muzakarah Khas pada hari ini juga menyokong tindakan yang telah dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam menangani isu penggunaan kalimah Allah. Tindakan serbuan yang dilakukan adalah selaras dengan peruntukan undang-undang dan titah Tuanku Sultan Selangor, dan buku-buku yang dirampas tidak perlu dipulangkan.
7. Muzakarah juga kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang cuba mempolemikkan isu-isu sensitif seperti tindakan JAIS dalam menguatkuasakan fatwa penggunaan kalimah Allah dan menjadikan agama sebagai umpan politik. Muzakarah menyeru seluruh umat Islam supaya menghentikan tindak tanduk seumpama ini demi menjaga kedaulatan agama, perpaduan ummah dan keamanan negara. - sumber

Bukan ke bible tu diluluskan KDN.serbu je la pejabat KDN tu.TANGAKP SI WAK ZAHID KOMEDI.BINGAI PUNYE JAIS
ReplyDelete