Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 2, 2014

Dia Ni Melayu, Namanya Pun Nama Islam!

Bapa dan kekasih dituduh bunuh anak lelaki
2 Januari 2014

JOHOR BHARU - Seorang bapa bersama teman wanitanya dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh anak lelakinya, berusia tiga tahun, dalam kejadian di sebuah apartmen di Kulaijaya, pada Disember tahun lepas.

Tertuduh Mohd Imran Mohd Ramly, 31 tahun, dan pasangannya Norhidayah Mamid 27, didakwa bersama-sama melakukan perbuatan itu antara jam 12 tengah malam 16 Dis sehingga 6.45 petang 19 Dis, di sebuah apartmen di Bandar Putra, Kulaijaya.

Kanak-kanak malang itu Muhammad Aqeef Adam Mohd Imran dipercayai didera oleh pasangan itu dalam tempoh berkenaan sehingga menyebabkan kematiannya pada 19 Dis.

Mohd Imran dari Kampung Paya Renggoh, Johol, Negeri Sembilan yang bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat, dan Norhidayah dari Taman Lagenda Putra, Kulaijaya, Johor yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Salina Omar.

Tiada sebarang pengakuan dicatatkan daripada pasangan itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 5 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Kulai sementara menunggu keputusan bedah siasat dan laporan Jabatan Kimia.    

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Dzul Iswari Mohd Jaafar mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa