Guru Besar ni pun bengong juga
Tak faham-faham hak dan beragama orang lain
Di tengah-tengah kehangatan sentimen agama begini
Dia pula buat hal yang mungkin lebih memanaskan lagi suasana
Cheiw Swee Tuan dan Choi Ye Shan (baju merah) bersalaman dan
diperhatikan oleh Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat
Othman (baju biru) dan Penghulu Mukim Johor Lama, Mohd. Nazri Kasmin di
Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, Kota Tinggi, semalam. - UTUSAN/FARIK
SALLEH
KOTA TINGGI 17 Jan. - Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Phang Ah Ngang, 72, dan Guru Besar, Chiew
Swee Tuan hari ini meminta maaf secara terbuka kepada guru Cina mualaf
yang diminta membuka tudungnya baru-baru ini.
Permohonan maaf itu dibuat pada Majlis Muhibah dihadiri guru
terbabit, Choi Yi Shan, 25, yang masih merahsiakan nama Islamnya di
Dewan Terbuka Kampung Johor Lama dekat sini.
Yang turut hadir, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Kota
Tinggi, Mohamad Fadil Ishak; Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan
Rahmat Othman dan Penghulu Mukim Johor Lama, Mohd. Nazri Kasmin.
Ah Ngang dalam kenyataannya berkata, beliau dengan seikhlas hati
meminta maaf secara peribadi kepada Yi Shan dan masyarakat di Pekan
Teluk Sengat serta umat Islam ekoran tindakannya itu.
Dengan ini saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni sesuai dengan slogan 1Malaysia," katanya.
Sementara itu, Swee Tuan pula menyatakan beliau tidak pernah
menghalang guru berkenaan dan murid-murid beragama Islam memakai tudung
di sekolah tersebut kerana memahami bahawa memakai tudung adalah satu
kewajipan yang perlu ditunaikan oleh wanita Muslim.
Sebagai guru besar saya pasti menghormati agama Islam dan guru serta
murid-murid beragama Islam tanpa mengira kaum. Sebagai penjawat awam,
saya mematuhi sepenuhnya semua peraturan dalam perintah kerajaan tanpa
keraguan dan saya janji akan menguruskan hal sekolah dengan lebih peka
dan berhati-hati.
Segala salah faham dari segi perbualan dan kata-kata yang tidak
munasabah yang diperkatakan secara tidak sengaja telah menjadi gangguan
emosi bagi mana-mana pihak, saya mohon ampun dan maaf," katanya.
Dalam pada itu, Yi Shan menganggap kes itu telah selesai dan ingin
menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap karier sebagai pendidik dan
seorang muslimah.
Saya terima dengan hati terbuka permohonan maaf ini. Harap-harap
pihak lain yang ambil berat tentang kes ini dapat meredakan hati dan
tidak diperbesarkan lagi sebab ini memang isu sensitif," katanya yang
bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya bulan depan. - sumber
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa