Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 19, 2014

Jadi Batu Api Pulak Dah........!

Bengap sungguh......
Apa pula kaitan kes Lahad Datu dengan Agama?
Kalau bermulut busuk baik toksah buka, berbaunya seantero dunia mualkan!

JATI: Umno silap tarik balik saman Tian Chua

NGO Jalur Tiga (JATI) menyifatkan tindakan Umno menarik saman terhadap Naib Presiden PKR Tian Chua yang mendakwa isu pencerobohan di Lahad Datu sebagai sandiwara Umno, satu kesilapan besar.

Timbalan presiden Datuk Mohd Aidit Ghazali berkata penarikan saman itu menunjukkan Umno tidak yakin kepada tindakan mereka sehingga boleh menimbulkan lebih banyak kebiadaban pembangkang pada masa depan, lapor Mingguan Malaysia hari ini.


Laporan itu menyebut, Mohd Aidit berkata tindakan Umno itu juga menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong termasuk NGO Islam yang bekerja keras memperjuangkan hak agama Islam dalam Perlembagaan.


"Pemimpin Umno harus pandai membezakan isu berkaitan parti dengan isu yang mempunyai kepentingan bangsa, agama dan negara.


"Isu tersebut (Tian Chua) bukan semata-mata hendak menjaga imej Umno, tetapi turut berkaitan dengan masalah agama dan negara.


"Kita lihat isu Tian Chua boleh diibaratkan sebagai isu negara dan kita tidak mahu nama baik Umno sebagai parti perjuangan terjejas disebabkan penarikan balik saman seperti itu kerana mereka yang bersalah perlu diberikan pengajaran secukupnya," katanya seperti dilapor akhbar itu.


Bagaimanapun, dalam laporan yang sama, Penasihat Undang-undang Umno Datuk Hafarizam Harun berkata penarikan balik saman itu bukan bermaksud parti itu tidak serius terhadap pandangan rakyat selain menolak dakwaan kononnya parti itu tidak bertegas dalam isu fitnah yang dibuat pihak lawan.


Isnin lalu, kes saman fitnah yang difailkan Umno terhadap Tian Chua dan dua lagi diselesaikan luar mahkamah selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan tuntutan saman berdasarkan terma yang dipersetujui. - sumber

2 comments:

  1. Akibat terlalu banyak makan kangkung murah kutip tepi parit, otak pun penuh dengan bahan longkang.Orang cerita bab penceroboh mangkuk ni merapu cerita bab islam.Dah tu mangkuk ni benar2 ke sayangkan islam sedangkan semua tahu mereka adalah jenis makhluk perosak kepada islam.

    ReplyDelete
  2. Nak berjuang utk islam. Ye ke... nampak macam berjuang utk nama dan jawatan. Satu malisyia kenal siapa asan ni. Kat mana dia duduk mesti nak duduk atas ma..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa