Pasangan kekasih panik cedera ketika lari
Alor Gajah: Sepasang kekasih cedera ringan selepas kereta dinaiki
terlanggar tiang telekom ketika cuba melarikan diri daripada penduduk
kampung di Jalan Kampung Sungai Ragok, Ayer Paabas di sini, awal pagi
tadi.
Kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan pasangan penuntut
IPTA wanita, masing-masing berusia 20 tahun itu sedang bercengkarama di
dalam kereta apabila disergah penduduk kampung.
Panik dengan kehadiran orang kampung, kakitangan KTMB itu nekad
mengundurkan kenderaan dinaiki sejauh 200 meter sebelum merempuh
sebatang tiang telekom, kira-kira 2.30 pagi tadi.
Kenderaan berkenaan terpelosok ke dalam longkang dan kedua dua mangsa dikatakan cedera ringan.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa