Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 14, 2014

Jual Agama Dengan Harga RM100 Pulak Dah!

Tukar agama dibayar RM100?

William Mangor | January 14, 2014
Penduduk Sabah merungut bahawa ada pihak memperdaya penduduk kampung di sekitar Sabah untuk menerima kepercayaan Islam.
KUCHING: Isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Persatuan Alkitab Malaysia (BSM) mendapat pelbagai reaksi daripada banyak pihak.
Belum sempat isu ini reda, penduduk Sabah merungut bahawa ada pihak memperdaya penduduk kampung di sekitar Sabah untuk menerima kepercayaan Islam.
Menurut sumber, penduduk kampung akan diberikan ganjaran RM100 sahaja kepada mereka yang berjaya menukar agama.
Hal ini disebarkan melalui laman sosial Facebook yang ternyata menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna Facebook Sabah dan Sarawak.
“Jangan kerana harta yang tidak seberapa itu penduduk mahu tukar agama, kesian orang kampung yang tidak tahu apa-apa jadi mangsa,” ujar Fabian Osmond Daimon
Sementara itu, Gendang Gindien dari Sibu mendedahkan bahawa sekitar tahun 1970-an, ada rumah panjang diberikan elaun RM300 dan elaun bulanan RM100 jika mereka memeluk Islam.
“Tidak tahu sekarang masih terima elaun atau tidak, saya pun tidak ambil kisah dan sampai sekarang mereka masih Islam dan balik rumah panjang seperti biasa,” tegas beliau
Joshua Jabeng pula berkata: “Saya ingat hanya di Sarawak sahaja berlaku hal begini, Sabah pun menerima nasib yang sama.”
Kira-kira 27 penduduk dari Kampung Maliau, semuanya penganut Kristian membuat satu laporan polis mengenai upacara penukaran agama secara besar-besaran pada 1 Januari lepas.
Makadan Masabu, 54 tahun, berkata beliau dihubungi seorang kenalan yang memberitahunya, satu kumpulan dari Kuala Lumpur akan melawat Pitas untuk memberi bantuan ‘kebajikan’ di Kota Marudu pada Disember tahun lepas.
“Lelaki itu memberitahu saya, kumpulan itu akan memberi bantuan kebajikan kepada penduduk kampung dalam bentuk wang tunai,
“Apabila kami tiba di tempat itu, semua MyKad kami dikutip dan kemudiannya dikembalikan, dan kami disuruh menandatangani satu borang yang kami tidak faham kerana kebanyakan kami buta huruf,” kata Masabu.
Mereka kemudiannya disuruh duduk secara berkumpulan dan menyebut “kata-kata yang kami tidak faham”.
“Selepas itu seorang lelaki yang dikenali memberitahu kami, kami semua sudah bertukar agama. Kami terkejut dan panik,” katanya.
Selepas upacara itu, mereka masing-masing diberi satu sampul berisi RM100, katanya.
Satu portal berita agama atas talian juga melaporkan upacara itu melibatkan 74 penduduk dari tiga kampung di Pitas.
Hal ini terjadi juga di Sarawak, sesetengah ibu bapa yang enggan nama mereka didedahkan memberi aduan bahawa anak mereka dipaksa berdoa dengan cara Islam dan belajar Jawi atau bahasa Arab di sesetengah sekolah.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa