Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 14, 2014

Mungkin Ini Penangan Pil Kuda!

20 samseng meluru
Nibong Tebal: “Pada mulanya kedua-dua kumpulan lelaki itu berjaya ditenangkan dan berhenti bergaduh selepas kami meleraikan mereka, tetapi dengan tiba-tiba satu daripada kumpulan terbabit meluru ke arah kami.
“Dalam keadaan kelam-kabut itu, saya tidak sempat menyelamatkan diri selepas dikerumuni kumpulan remaja terbabit yang kemudian membelasah saya menggunakan batang paip,” kata Sarjan Goh Boon Hoong, 33, menceritakan saat cemas dibelasah 20 lelaki di Bukit Tambun, kira-kira jam 1 pagi, semalam.
Akibat serangan tu, Goh cedera di muka, retak pergelangan tangan kanan dan menerima empat jahitan di jarinya dan sehingga petang semalam, dia masih menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap.
Sebelum itu, dia bersama tiga rakan setugasnya ke sebuah pusat hiburan di kawasan berhampiran selepas menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan berlaku pergaduhan.
Ketika sampai di hadapan pusat hiburan berkenaan, dia melihat kira-kira 30 lelaki bergaduh sebelum dia dan rakannya bertindak meleraikan pergaduhan daripada terus berlarutan.
“Saya menyangka mereka sudah berhenti bergaduh dan mengikut arahan diberikan, namun tiba-tiba satu daripada kumpulan berkenaan bertindak menyerang saya.
“Nasib menyebelahi saya apabila tindakan pantas rakan setugas menyelamatkan saya daripada terus dipukul kumpulan berkenaan,” katanya selepas menerima kunjungan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah di wad Hospital Sungai Bakap, petang semalam.
Goh sudah berkhidmat sejak 10 tahun lalu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menganggap kejadian itu sebahagian daripada dugaan yang perlu dilaluinya seorang anggota polis.
Walaupun cederanya teruk, ia langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkhidmat bersama PDRM khasnya dalam membanteras jenayah dan melindungi masyarakat. Mazlan berkata, selain menahan empat suspek berusia 18 dan 19 tahun dalam beberapa siri serbuan sekitar Bukit Tambun, pihaknya juga merampas kayu dan topi keledar dipercayai digunakan dalam serangan itu. - sumber

2 comments:

  1. klu kes pil kuda budak2 rempit hanya seorg dua jer rkyat yg cedera

    tetapi sandiwara pil kuda hadik aweng selaku presideng pas pis poos menyebabkan majoriti rkyat tertipu terpedaya dan teraniaya krn sengaja beri peluru idup kat umporno

    presideng pas pis poos tak rasa bersalah dan berdosa ke skrg dgn bebanan hidup rkyat akibat kenaikan kos barang2 kperluan?

    Sape lagi yg bagi umporno idup klu bukan hadik aweng and the geng!?

    ReplyDelete
  2. lain kali minta bantuan dulu baru cegah puak yang ramai samseng tu kalau tidak ini lah jadinya kita pula dipukul nasib baik tak mati. lani jenayah disemua peringkat lebih baik berhati hati.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa