Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 1, 2014

Kalau Macam Ni Bagaimana Rakyat Nak Letakkan Kepercayaan?

Nampaknya Malaysia dah jadi macam India dalam Cerita Tamil dan Hindustan
Pemimpin Politik, yang berniaga dan mereka yang diberikan kuasa memikul undang
Mereka sama saja
Cuma makan besar dan makan kecil saja yang membezakan mereka

Ramai polis disiasat kerana pengubahan wang haram sindiket pelacuran
OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
JANUARY 01, 2014
Seorang pegawai kanan polis di Kuala Lumpur adalah antara 40 anggota polis yang sedang disiasat kerana mengubah berjuta-juta ringgit wang haram yang diperoleh sindiket pelacuran di Malaysia, sumber-sumber memberitahu The Malaysian Insider.
Difahamkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga memperluaskan siasatannya termasuk pengubahan wang haram dan amalan rasuah oleh beberapa dozen anggota polis di seluruh negara.
"Mereka sedang disiasat kerana pengubahan wang haram, dan sekurang-kurangnya rasuah," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
Sumber lain pula berkata operasi pengubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit dan dikesan selepas beberapa peristiwa tembak menembak antara polis dengan penjenayah pada tahun 2013 di mana beberapa gangster yang disyaki ditembak mati di beberapa bandar utama."Anggota polis ini boleh didakwa kerana sebab-sebab tersebut. Bergantung kepada bukti yang kita kumpul," tambah sumber itu.
"Kami sedang menyiasat hubungan antara tembak menembak ini dengan operasi pengubahan wang haram," kata sumber itu.
Pada 26 Disember, SPRM mengesahkan bahawa seorang pegawai kanan polis bergelar 'Datuk' telah memberikan satu kenyataan, berkaitan kes pengubahan wang haram yang bernilai lebih RM6 juta.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali (gambar) berkata, pegawai polis berkenaan telah memberi kenyataan di pejabat SPRM Putrajaya seminggu sebelum ini.
"Sebenarnya, kita telah memanggil pegawai kanan polis itu untuk mengambil kenyataan dan dan merakam perbualan.
"Beliau memberi kerjasama dengan baik dan kami mencatatkan kenyataan itu. Tiada tangkapan telah dibuat," beliau dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Bernama.
Mustafa yang enggan mengulas lanjut, bagaimanapun berkata ia berkaitan dengan siasatan kes rasuah kerana wang telah ditemui di rumah pegawai itu dan berkemungkinan pegawai polis yang lain akan dipanggil untuk membantu dalam siasatan kes itu.
Sebuah akhbar melaporkan minggu lepas bahawa seorang pegawai kanan polis telah dipanggil untuk memberi kenyataan bagi  membantu SPRM dalam siasatan terhadap tiga pegawai polis berhubung kes pengubahan wang haram.
Pada bulan November, akhbar harian itu juga melaporkan bahawa ketiga-tiga pegawai polis, berpangkat DSP, ASP dan Sarjan, ditahan secara berasingan oleh SPRM dan semasa penangkapan itu, SPRM menjumpai RM500, 000 dalam bentuk wang tunai, tiga jam tangan Rolex dan juga barang kemas.
Dua daripada pegawai ditangkap itu telah dipindahkan ke Johor dan yang ketiga ke Negeri Sembilan katanya, sambil menambah bahawa salah seorang pegawai telah disyaki terlibat dalam pengubahan RM1.7 juta wang haram dan RM4.3 juta. – 1 Januari, 2014.

3 comments:

  1. yang merempit pun banyak anak polis ! ABU !

    ReplyDelete
  2. Inilah kerja polis yg ramai orang kampong dan Mak Cik dan Pak Cik diFelda tak tau.Dilaporkan hampir 30 hingga 40 billion wang negara mengalir keluar dari Malaysia sejak tahun 2009 tanpa diketahui oleh Bank Negara.Jumlah ini termasuk wang rasuah ahli Politik dan kekuarga mereka yg diperolehi melalui rasuah, menaikkan harga tender dan sebagainya.Dizaman Mahathir Kutty jadi PM selama 22 tahun jumlah pengaliran wang keluar ni berjumlah 100 billion.Fikirkanlah macam mana negara tidak akan bankrap.Dewasa Najib sudah pun nenggadaikan aset negara untuk menurunkan difisit.Benar apa yg dikatakan oleh mantan IGP, Tun Hanif Omar "Harap pagar, oagar makan padi".

    ReplyDelete
  3. SEMOGA JIKA ADA YANG DIBAWA KE MUKA PENGADILAN, PIHAK HAKIM DAN PENDAKWA Tidak dengan sengaja mengata "tak da prima farcia.... Pendakwaan tak boleh terus......"

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa