Kalau takut rakyat tahu dan marah, kenapa dibuat juga?
Rakyat terpaksa mengikat perut dan menjerut poket, mereka bersenang lenang
Kalau The Heat sengaja fitnah dah tentu mereka akan ditarik permit dan tutup terus serta wartawan dan editornya akan didakwa
Dedahkan keborosan Najib menjadi punca gantung The Heat, kata Geramm
Gerakan Media Marah (Geramm) menegaskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mempunyai bukti kukuh bagi menggantung penerbitan akhbar mingguan berbahasa Inggeris, The Heat, sebaliknya laporan akhbar itu yang mendedahkan keborosan Datuk Seri Najib Razak dan isteri menjadi sebab utama penggantungannya.
Katanya, alasan KDN bahawa penggantungan The Heat yang bersifat sementara tidak boleh dipercayai kerana permit penerbitan dijamin sebagai hak asasi dalam Perlembagaan negara.
“Geramm menggesa KDN agar segera mengembalikan hak penerbitan kepada The Heat. Penggantungan ini bercanggah dengan semangat kebebasan dalam Perlembagaan.
KDN, dalam satu kenyataan semalam, marah dengan tindakan sesetengah pihak yang didakwa cuba memburuk-burukkan kementerian itu atas tindakan mereka menggantung The Heat.“Selepas mengembalikan lesen penerbitan The Heat, KDN diminta agar tidak mengulangi tindakan seumpama ini yang tidak demokratik dan anti kebebasan media terhadap mana-mana penerbitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, penggantungan The Heat hanya bersifat sementara dan KDN memandang berat terhadap tindakan pihak tertentu secara berterusan memburuk-burukkan kerajaan susulan penggantungan permit penerbitan akhbar tersebut.
Geramm berkata walaupun KDN tidak menyebut nama pihak yang memburuk-burukkan kerajaan berhubung penggantungan The Heat dalam kenyataan semalam, tetapi mereka menyifatkan keprihatinan kumpulan itu dan tokoh masyarakat ada asasnya.
“Semangat kebebasan media ini bukan sahaja diperjuangkan oleh Geramm, wartawan dan aktivis badan bukan kerajaan tetapi juga ditegaskan dalam ucapan Najib.
“Jadi, amatlah malang sekiranya KDN tidak menjadikan janji perdana menteri sebagai landasan kepada tindakannya,” katanya.
Dalam kenyataan sama, Geramm turut mengumumkan satu demonstrasi bantahan yang dinamakan Protes Pensil Merah akan diadakan di hadapan bangunan Majlis Peguam pada Sabtu ini, jam 2 petang.
“Kami menyeru kepada semua wartawan dan pembaca agar menyertai kempen ini bagi menyuarakan lapan tuntutan Geramm.
“Geramm juga memohon kerjasama baik polis dan pihak berwajib agar memudahkan perjalanan Protes Pensil Merah agar ia dapat dilangsungkan dengan lancar dan aman,” katanya. – 31 Disember, 2013 - MI
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa