Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 1, 2014

Lantang Yang Tak Boleh Pakai!

Politik Stail Sabah
Dulu aku suka juga membaca tulisan dia
Daring dan lantang tapi sayang hanya separuh jalan

Musli Oli umum keluar dari PKR
Zabidi Saidi | December 31, 2013
“Saya mengambil keputusan menamatkan "pengembaraan" politik saya dalam PKR kerana mengambil kira banyak faktor,” katanya.




KOTA KINABALU: Seorang penulis bebas, Musli Oli hari ini mengumumkan keluar dari PKR yang disertainya pada November 2011.
Katanya, walaupun secara rasmi beliau bukan ahli PKR , namun perlantikan beliau sebagai seorang anggota MPN (Majlis Pimpinan Negeri) Sabah dan Timbalan Ketua Penerangan PKR negeri oleh Pengerusi MPN Sabah yang lalu, Encik Thamrin Hj Zaini mengesahkan bahawa beliau adalah anggota parti itu.
“Saya menyertai PKR kerana terpengaruh dengan kandungan BUKU JINGGA  khususnya BUKU JINGGA versi Sabah yang dilancarkan Pakatan Rakyat pada tahun 2011,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.
Katanya, Buku Jingga adalah janji PKR untuk mengembalikan beberapa perkara yang beliau anggap wajar dikembalikan kepada rakyat dan negeri Sabah, khususnya mengenai Perkara 20, royalti minyak (20%), Cabotage Policy dan soal otonomi yang terkandung dalam Malaysia Agreement 1963 jika Pakatan Rakyat mengambil-alih Putrajaya.
“Saya mengambil keputusan menamatkan “pengembaraan” politik saya dalam PKR kerana mengambil kira banyak faktor,” katanya.
Katanya, faktor paling mustahak ialah soal keamanan dan kestabilan politik negara yang nampaknya sejak akhir-akhir ini seperti telur dihujung tanduk berikutan pertentangan politik yang tidak ada kesudahannya walaupun PRU telah berlalu dan pemerintah telah dipilih mengikut proses demokrasi berparlimen.
“Saya berkeyakinan, tuntutan rakyat Sabah boleh dilaksanakan tanpa perlu kerajaan baru mengambil-alih Putrajaya,” hujahnya.
Sambungnya lagi, rakyat Sabah melalui pemimpin-pemimpin negeri dibawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman boleh merundingkan soal hak-hak Sabah yang terlepas pandang oleh Kuala Lumpur.
“Prinsip perjuangan saya menuntut soal hak dan kepentingan rakyat dan negeri Sabah seperti apa yang terkandung dalam Buku Jingga tidak berubah, namun saya mengambil pendekatan sebaik-baiknya ialah melalui muafakat dan perundingan bukan secara konfrantasi seperti yang dilakukan PKR sekarang ini,” katanya.
Beliau amat percaya, dengan kepimpinan yang ada diperingkat negeri dan Pusat, kerajaan BN yang memerintah hari ini boleh melaksanakan janji-janji seperti terkandung dalam Buku Jingga secara berperingkat-peringkat.
“Umpamanya janji royalti minyak, kerajaan Sabah dijangka akan memperolehi lebih daripada  20% jika janji BN pada PRU lalu dipenuhi,” tegasnya lagi.
Musli menambah begitu juga dengan kenyataan Ketua Menteri Sabah baru-baru ini mengenai kos pengeluaran di Sabah yang 30% lebih mahal dari Semenanjung Malaysia.
“Ia merupakan petanda bahawa kerajaan Persekutuan mula mendengar dan sedia berbincang dengan pemimpin Sabah berhubung dengan beberapa dasar seperti Cabotage Policy,” katanya.
Sehubungan dengan itu beliau yang juga bekas ahli jawatankuasa Umnoi Bahagian Kota Belud berkata berasaskan keputusan PRU lalu amat jelas bahawa berlaku perpecahan perpaduan yang begitu ketara di Malaysia.
Katanya, Kaum Melayu dan Bumiputera majoritinya masih menyokong Barisan Nasional yang ditunjangi Umno, manakala kaum bukan Melayu terutama kaum Tionghua memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.
“Trend sokongan dan undi seperti ini amat merbahaya kepada negara majmuk seperti Malaysia. Jika berlaku pertukaran pemerintah sekalipun, boleh berlaku huru hara dan persengkitaan kaum yang menjejaskan keamanan jangka panjang di negara kita,” ujarnya.
Musli menambah bahawa beliau belum berhasrat menyertai mana-mana parti politik tetapi beliau memberi sokongan kepada pucuk pimpinan Pusat dan negeri yang telah dipilih rakyat dalam PRU lalu.
“Saya bercadang untuk aktif dalam NGO dan membantu kerajaan menyediakan maklumat dan cadangan tentang permasalahan rakyat diperingkat akar umbi,” katanya yang juga bekas Naib Presiden Perkasa Malaysia.

2 comments:

  1. Sampai bila-bila pun Sabah dan Sarawak akan tetap mundur 15 tahun ke belakang dari semenanjung sekiranya para pemimpin yang dipilih bersikap begini (terlalu kuat matekedarah rasuah) dan akhirnya rakyat yang menjadi mangsa.

    Keluarlah Sabah dan Sarawak dari 1Malaysia, rakyat di semenanjung pun dah meluat dengan ragam "seperti kera kena belacan" para pemimpin pilihan kamu semua. Kerana kebodohan kamu semualah (sebahagian) maka kami di semenanjung terpaksa menderita kerana masih diperintah UMNO/BN. Kebodohan kamu semua (sebahagian) akan membawa nasib yang terlalu malang untuk rakyat di semenanjung. Kami amat berdoa supaya kamu berjaya keluar dari Malaysia dan tubuhkan Negara sendiri yang stabil seperti Brunei dan Singapore. Selagi kamu dibawah Melayu Haram Jadah (Pemimpin UMNO)Korupsi sebagai pemimpin maka selagi itulah kamu dan kami akan terus menderita sahingga ke akhir hayat. Bergeraklah sekarang untuk generasi kita yang akan datang.

    ReplyDelete
  2. Bagaimana nak mengelak dari tanggapan ramai bahawa anda telah dibeli? Seorang pejuang tulen mestilah berani, nekad dan sabar.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa