mk - 9:25AM Jan 18, 2014
PDRM nafi beri latihan UTK pada Farid Kamil
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan pihaknya ada memberikan latihan Unit Tindakan Khas (UTK) kepada selebriti Farid Kamil seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan semalam.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat) Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman ACP Datin Asmawati Ahmad turut menegaskan bahawa pihaknya juga tidak memberi sebarang bentuk latihan UTK atau seumpamanya kepada mana-mana orang awam.
"PDRM menasihatkan agar mana-mana pihak tidak mengaitkan jabatan ini dengan apa juga maklumat yang tidak tepat bagi mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan," katanya melalui laman sosial PDRM malam tadi.
Akhbar itu melaporkan pengarah dan pelakon filem, Farid Kamil Zahari menjadi selebriti tempatan pertama yang mengikuti sesi latihan UTK PDRM bagi memantapkan staminanya yang telah dijalani sejak minggu lalu.
Farid dipetik sebagai berkata dia memohon untuk menyertai latihan itu selama tiga bulan atas inisiatif sendiri untuk mendisiplinkan diri serta meningkatkan kecergasan badan bagi membantu kerjayanya sebagai pengarah dan pelakon di negara ini.

Sepatutnya jabatan polis tu yang patut dpersalahkan pasai pa bagi kebenaran pada sifarid memakai unifom tu.Dulu saya lam atm pun kami tak dbenarkan pakai unifom pegawai kalu bukan pegawai.Apa tah lagi orang awam.Sele belit ti katakan.
ReplyDeleteEntah apa yg istimewa sangat artis2 ni.. Banyak buruk dari baik adalah.
ReplyDelete