Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 2, 2014

Marina Pula Belasah Kerajaan Najib

Marina Mahathir kecam Putrajaya kerana biarkan isu sensitif tanpa pembetulan
JANUARY 02, 2014
LATEST UPDATE: JANUARY 02, 2014 01:04 PM
Datin Paduka Marina Mahathir

Anak perempuan kepada perdana menteri paling lama Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengecam Putrajaya yang terus diam dengan isu-isu panas yang dimainkan kerana ia boleh menimbulkan perbalahan dan memberi kesan kepada negara.
Dalam ruangannya di akhbar The Star, Musings, Datin Paduka Marina Mahathir mengeluh tentang kepimpinan negara yang boleh melaungkan perpaduan tetapi diam terhadap kenyataan sensitif yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu.
"Apakah jenis kepimpinan yang kita ada yang mulutnya bercakap tentang kesederhanaan dan perpaduan, namun sama sekali tidak berbuat apa-apa terhadap penyataan melampau yang dibuat bukan sahaja oleh apa yang dipanggil badan bukan kerajaan, tetapi juga oleh beberapa pemimpin kerajaan?
Tulisannya ini telah menyentuh sanubari rakyat Malaysia apabila mereka menyebarkannya melalui laman sosial Facebook dan juga Twitter. – 2 Januari, 2014.“Adakah mereka sedar atau takut? Dan jika mereka takut, mengapa?" tanya beliau dalam tulisannya. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa