Badan induk bola sepak itu wajar ditadbir golongan profesional
Kota Bharu: Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa mahu rombakan besar-besaran dilakukan ke atas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membolehkan badan induk bola sepak tanah air itu ditadbir dan diurus oleh golongan profesional dan pemimpin di kalangan ahli gabungannya sendiri.
Berikutan itu, Annuar yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), menggesa semua ahli gabungan FAM terutama wakil Persatuan Bola Sepak Negeri menjadikan sesi pemilihan akan datang sebagai titik permulaan perubahan itu.

“Tahun 2014 adalah tahun pemilihan. Ahli-ahli gabungan adalah antara delegasi yang akan menentukan jatuh bangun sukan bola sepak Malaysia pada masa depan.
Fahami isu
“Oleh itu secara peribadi saya berpendapat sudah sampai masanya FAM dipimpin golongan profesional dan terbabit secara langsung dengan sukan bola sepak seperti pemimpin bola sepak negeri dan bekas pemain kerana mereka lebih memahami isu dan masalah yang timbul.
“Mungkin ada orang berkata isu ini sensitif tetapi itulah realiti. Namun saya tak mahu berselindung. Saya fikir memang wajar jika salah seorang presiden badan gabungan dipilih menjadi Presiden FAM, pada pemilihan tahun ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Sukan di Politeknik Kota Bharu di Kok Lanas, di sini semalam.

Berikutan itu, Annuar berkata KAFA juga mencalonkan nama ahli gabungan FAM sebagai calon Presiden, Timbalan dan Naib Presiden badan induk bola sepak Malaysia itu.
Gagal bantu negeri
Beliau percaya persatuan bola sepak negeri dilanda pelbagai masalah sekiranya FAM terus diterajui oleh ‘orang luar’.
“Seperti yang berlaku sekarang, masalah dihadapi ahli gabungan dianggap masalah kecil pengurusan FAM. Saya cakap bukan saja-saja malah saya sudah melaluinya. Masalah negeri-negeri banyak tak diberi perhatian.
“Sekarang adalah masa sesuai untuk melihat semua persatuan sukan ditadbir oleh golongan profesional dan mereka yang arif dengan sukan terbabit kerana zaman sudah berubah,” katanya. - sumber
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa