Oleh Muhammad Apendy Issahak
Dalam kejadian jam 4.30 pagi kelmarin, kumpulan mat rempit itu dikatakan bertindak demikian kerana tidak berpuas hati selepas motosikal rakan mereka terbabit kemalangan dengan PERODUA Myvi di Taman Mutiara, di sini.
Sumber berkata, sebelum serangan itu, seorang lelaki menaiki kereta PERODUA Myvi memasuki kawasan balai polis dan berlari menuju ke arah dua anggota polis yang bertugas di pejabat pertanyaan di balai itu.
“Beberapa minit kemudian, seorang lelaki lain turut memasuki kawasan balai sebelum bertindak menghentak cermin kereta PERODUA Myvi itu menggunakan topi keledar hingga pecah.
“Pada masa sama, sekumpulan 100 motosikal dinaiki mat rempit berhimpun memenuhi jalan besar Pasir Puteh dan pekarangan kawasan balai polis berkenaan.
Assalam admin!Melampau ka atau tidak ka,salah sapa?salah ibu/bapa yang mendidik atau masyarakat atau kera jaan.Saya tak terlalu tua sangat cuma sekarang dah dapat gelaran warga emas.Masa saya sekolah kena rotan ngan cik gu mak/ayah tak datang serang cik gu.Masyarakat masa tu boleh teguq anak orang lain walau bukan anak dia.Tapi sekarang tak boleh silap hari bulan kena SAMAN.Sekarang Kera jaan dah bagi amaran jangan pada cik gu jangan ROTAN.Jangan cepat menuduh mat rempit melampau.Sapa yang jadi mereka{anak2 zaman sekarang melampau}Tanya diri sendiri,jawaban ada pada kita!
ReplyDeleteMasya-Allah!! Apalah nak jadi dgn negara kita sekarang ni. Itulah tak nak ikut perundangan cara Islam..
ReplyDeleteAikkkk.....
ReplyDeleteMacam cerita koboi koboi dulu pulak, kuda sudah di tukar motor dan mat mat sherif sama saja tugasnya.
Melayu lagi.