Ada hati mempertikaikan akidah orang
Akidah sendiri bagaimana
Tepuk dada tanyalah rakyat!
Cuba rujuk kepada pencerahan Dr. MAZA pada N3 saya sebelum ini
Wira PERKASA: Marina cari publisiti murah?
Sayap pemuda kumpulan pendesak Melayu PERKASA mempersoalkan kehadiran anak bekas perdana menteri Datuk Marina Mahathir ke satu perhimpunan di gereja di Klang bagi mempertahankan rumah ibadat tersebut.
Ketua Wira PERKASA Irwan Fahmi Ideris berkata Marina sepatutnya mengambil pendirian bertentangan untuk menghalang golongan Kristian menggunakan kalimah “Allah”.
“Apa motif beliau bersama sama individu lain menyertai perhimpunan bagi menunjukkan solidariti bersama penganut Kristian di perkarangan sebuah gereja di Klang semalam?
“Apakah beliau mahu mencetuskan satu lagi kontroversi atau sengaja mahu mencari publisiti murahan dan dalam masa yang sama mengeluarkan kenyataan yang mengecam tindakan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor).
“Sebagai seorang Muslim beliau sepatutnya berada bersama sama Muslimin dan Muslimat lain dalam mempertahankan kalimah Allah agar tidak digunakan oleh kristian,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut mempersoalkan kewibawaan aktivis sosial itu dengan menggelar anak bekas perdana menteri berkenaan dengan nama “pejuang lesbian, gay, biseksual dan transeksual”.
Irwan turut mengaitkan Marina dengan NGO Sisters in Islam, yang digelarnya sebagai pergerakan Islam liberal.
“Sebagai seorang muslim dan anak kepada mantan perdana menteri yang banyak memperjuangkan Islam dan membela nasib bangsa, tindakan beliau itu telah menimbulkan seribu satu persoalan pada rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam
“Di mana letak akidah beliau dan adakah beliau bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam?,” soalnya. - sumber
Bermati-mati desak pertahankan kalimah Allah, tetapi malang sekali isteri mantan ketua wira perkara bukan nak tutup rambut, lurah berahi dipapar tayang merata-rata.
ReplyDeleteUntuk makluman jika dibaca dan faham serta baca sirah orang kafir sebelum Quraish juga bila ditanya mengani sesuatu mereka juga JAWAB ALLAH. Namun mereka KAFIR.
ISLAM BUKAN SETAKAT MEMPERTAHANKAN NAMA ALLAH, TETAPI MELAKSANAKAN SETIAP SESUATU YANG DISYARIATKAN ALLAH, AL QURAN DAN HADITH DENGAN SEMPURNA.
Jangan nak jadi hero yang hipokrate
Hal ini buat kita pedih hati..
ReplyDeleteAbdul Mutalib, datuk kepada Rasulullah SAW pun tidak mempertahankan Ka'bah apabila disoal oleh Abrahah (Ketua Tentera Bergajah yang menyerang Ka'bah), kerana ujarnya Ka'bah ada penjaganya sendiri (terdiri dari para Malaikat).
ReplyDeleteSiapa pula kita yang nak mempertahankan Kalimah Allah? Sedangkan Allah yang mencipta kita?