Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 16, 2014

Najib Adalah PM: Komen, Sindir Tak Ada Masalah Tetapi Kenalah Ada Hadnya

Saya pun bukanya hidup senang lenang, mewah melangit
Walau siapa pun yang berotak waras  tidak akan suka bila semua barang dan belanja asas keluarga naik
Saya juga tidak meletakkan mana-aman pemimpin pun di tahap istimewa pada otak dan jiwa saya baik Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar, Guan Eng atau pun Najib - istimewa mereka hanyalah pada persepsi
Kalau pun mereka memperbodohkan diri, jika mereka menilai balik mereka akan malu sendiri sebab mereka adalah pemimpin yang kononnya dihormati

Tapi bagi kita walau pun kita marah atau tak senang sekali pun
Maruah kita dan marwah mereka perlu dijaga juga!

FB Najib dilanda komen kangkung
Laman facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini dilanda dengan begitu banyak komen video yang membicarakan topik 'kangkung'.

Dalam status terkini dalam profail facebook beliau yang berkaitan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan yang dimuat naik 14 Januari lalu, telah diserang dengan video parodi kangkung.

Sebanyak 1,556 komen dimuat naik sehingga pagi ini, kebanyakannya video parodi menyindir tindakan beliau yang didakwa begitu 'bangga' dapat menurunkan harga pasaran kangkung sehingga dirasakan dapat meringgankan beban rakyat.

Antara komen yang begitu ketara menyindir Najib Razak adalah video 'New lenggang kangkung remix ft Najib' yang mana memaparkan klip video Najib berkaraoke dan menari tarian tradisional dalam sebuah majlis rasmi telah diubah dengan mengarapkan beberapa kesan grafik serta berlatarkan lagu Lenggang-lenggang kangkung.

Selain itu, sebuah lagi video 'Kangkung Remix ft Najib' yang dimuat naik dengan video kangkung digabungkan dengan video ucapan Najib dipercayai ketika membahaskan ucapan penurunan harga kangkung.

Selain video parodi, beberapa keping gambar turut menyatakan sindiran rakyat terhadap Najib begitu juga komen-komen yang membahaskan tentang kangkung.

Bagaimanapun, melalui profail Najib terpapar terlalu banyak komen sebegitu sinis menyindir tindakan beliau, telah dimuat naik dalam dua lagi status sebelum itu. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa