Selepas lapan bulan berbincang, usaha Umno untuk berbincang ke arah perpaduan dengan Pakatan gagal menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) kini terdedah kepada pemberontakan daripada kalangan Umno sendiri, lapor The Edge Review.
Mingguan online dalam laporannya bertajuk "When talk fails" (Bila perbincangan gagal) melaporkan, Najib gagal meyakinkan pimpinan tertinggi Umno untuk mewujudkan perpaduan dengan Pakatan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Perbincangan itu… telah digunakan sebagai senjata untuk Najib menghadapi musuhnya di dalam partinya sendiri," katanya.
Najib telah menggunakan perbincangan itu untuk membentuk kerajaan perpaduan selepas pencapaian buruk BN dalam pilihan raya umum lalu.
Pengundi telah memberikan undi popular kepada Pakatan dalam pilihan raya umum lalu, memberikan mesej mereka sudah bosan dengan cara BN mentadbir negara.
Isu yang utama adalah rasuah yang melampau dalam sektor awam dari pegawai rendah sehingga kepada pemimpin politik.
Perbincangan perpaduan yang diketuai Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi pihak kerajaan telah membawa beliau kepada pemimpin pembangkang termasuk dari PAS.
Bagaimanapun, sesetengah pihak dalam Umno tidak berminat dengan laporannya dan meningkatkan serangan ke atas Najib, lapor mingguan itu.
Serangan berterusan ke atas Najib juga tidak dipertahankan oleh rakan-rakannya dalam Kabinet.
"Hanya sedikit sahaja keraguan bahawa Najib berada di kedudukan paling lemah dari segi politiknya dan sebahagian besar dari masalah berpunca dari dirinya sendiri," kata seorang ahli perniagaan yang rapat dengan Najib sebagaimana dilaporkan The Edge Review.
Dalam menghadapi kedua-dua musuh iaitu pembangkang dan pihak dalam Umno sendiri, mingguan itu menyifatkan keputusan Najib sebagai "strategi risiko tinggi untuk hadapi krisis" dalam kepimpinan.
Tetapi selepas lapan bulan ke sana ke mari, pembangkang akhirnya letih dengan cakap-cakap Najib untuk membentuk kerajaan perpaduan.
"Berdasarkan pengalaman lalu, ia adalah silap. Anwar menyertai perbincangan ini atas keyakinan ia boleh membawa agenda pembaharuan," lapor mingguan itu berdasarkan kenyataan seorang pemimpin pembangkang.
Bagaimanapun, kata The Edge Review, rundingan berpanjangan Najib ini tidaklah sia-sia.
Perdana menteri sentiasa saja meniupkan berita perbincangan setiap kali berlakunya krisis kepimpinan, termasuk ketika kemungkinan kepimpinan beliau tercabar misalnya menjelang pembentangan Bajet 2014 Oktober lalu.
Bagaimana mingguan ini berkata, taktik Najib kali ini tidak akan berjaya lagi.
Ia termasuklah kerana kekurangan sokongan kepada Najib dari kerajaannya sendiri dan juga meningkatnya kemarahan awam terhadap kepimpinan beliau, kata The Edge Review, lebih-lebih lagi apabila banyak janji menjelang pilihan raya yang tidak tertunai dan kelemahan pengurusan telah menyusahkan Najib.
Artikel itu juga memetik kenyataan Ibrahim Sufian dari Merdeka Center yang berkata,"Pada masa ini, dia kelihatan lumpuh tanpa sebarang tindakan terhadap kesemua isu panas. Beliau sepatutnya berbesar hati bahawa dia memenangi pilihan raya umum dan kepimpinan parti. Dia sepatutnya memenuhi mandat yang diterima itu".
Mingguan itu memetik Ibrahim yang mencadangkan supaya Najib turun menerangkan kepada rakyat kedudukan kewangan negara dan penyelesaian yang diperlukan untuk meneguhkan ekonomi negara.
Beliau berkata, Najib juga patut memimpin melalui tauladan misalnya dengan memotong gaji anggota Kabinet termasuk dirinya.
Yang paling penting, mingguan itu meminta Najib membawa semula agenda kesederhanaannya itu.
"Dia kena tunjukkan keberaniannya untuk melawan tekanan itu hatta jika ia diketuai sendiri oleh bekas perdana menteri. Dia kena tunjukkan bahawa dia adalah pemimpin bukan sekadar ahli politik biasa," katanya.
"Bagi Malaysia, apa berlaku selepas ini adalah pilihan Najib." – 17 Januari, 2014. - sumber
terguling lagi baik daripada terpelanting maka fikir fikir lah
ReplyDeletesebelum terlambat
Sebenarnya Najib dok cong semua orang rata riti. Rakyat dia cong nak menang PRU 13, parti dia pun dia cong agar dia tak dilawan dalam PAU dan dalam semua benda dia cong,pelabur,kedudukan 3konomi yang t3nat dia kata hebat.
ReplyDeleteBila seseorang tu cong keliling, dia hanya ibarat menarik tali gantung yang dileher agar semakin ketat. Jalan keluar dari kemelut semakin menyempit.....last-last mati beragam. Hari itu semakin hampir.