Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 2, 2014

Pandai Sungguh Mereka Mengalih Isu Dan Hangatkan Sentimen!

Adakah fikiran rakyat yang cerdik akan teralih arah daripada isu sebenar?
Mereka ingat bila dilencongkan isu dari barang naik kepada isu yang lebih sensitif ia itu isu kalimah Allah dengan menyerbu pejabat BSM dan merampas Bible versi Iban menaikkan semangat dan sentimen agama
Tapi tak tahulah kot ramai yang taksub melulu terhadap isu agamalah kononnya.....

Kenapa mereka bermain apa hanya kerana servival politik dan air muka kerajaan?
Dan Muhyiddin pula seolah berikan lampu hijau kepada UMNO selangor untuk berdemo di hadapan semua gereja di Selangor - baca sini

Mujahid seru Putrajaya halang badan Islam keruhkan hubungan antara agama
OLEH JENNIFER GOMEZ
Mujahid berkata tindakan Jais perlu dihentikan segera sebelum ia mengeruhkan hubungan antara agama di negara ini. - Gambar The Malaysian Insider, 2 Januari, 2014.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata pendekatan kasar yang diambil Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas masyarakat Kristian di negara ini membuktikan tindakan itu bermotifkan politik dan bukan didorong agama.
Mujahid, yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, menyeru Putrajaya segera mengambil langkah menghalang badan agama Islam seperti Jais dari melakukan serbuan atau percubaan menguatkuasakan undang-undang negeri ke atas pertubuhan bukan Muslim, sambil memberi amaran tindakan tersebut boleh mengeruhkan lagi hubungan antara agama di negara ini.
Petang tadi, sekumpulan pegawai Jais termasuk dua anggota polis menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim, Selangor, dan merampas 300 naskah Bible versi Bahasa Malaysia dan Iban.

Mujahid mempersoalkan serbuan dan rampasan tersebut.
"Kali ini, apa pula tuduhan mereka terhadap Kristian? Jais patut berasa malu," kata Mujahid, yang aktif melibatkan diri dalam dialog Muslim-Kristian di negara ini. Beliau merujuk peristiwa pada Ogos 2011 di Petaling Jaya, di mana pegawai Jais menyerbu program makan malam kesyukuran dihadiri pelbagai kaum anjuran DUMC, atas alasan wujud usaha menyebar agama Kristian di kalangan hadirin Melayu."Dahulu, mereka menuduh Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) menyebarkan agama mereka kepada penganut Islam, tetapi akhirnya tidak ada bukti mengenainya.
Jais bagaimanapun telah menafikan tindakannya itu adalah serbuan, sebaliknya berkata ia merupakan "pemeriksaan" selepas mendapat aduan terdapat beberapa penganut Islam yang hadir di program berkenaan, anjuran sebuah pertubuhan sokongan pesakit AIDS, Harapan Komuniti.
Mujahid menyeru kerajaan merujuk Majlis Perundingan Perpaduan Kebangsaan yang ditubuhkan kabinet baru-baru ini, yang dijangka mengadakan mesyuarat mengenai kontroversi penggunaan kalimah Allah pada 6 Januari.
Mujahid, yang turut dilantik Putrajaya sebagai ahli panel majlis tersebut, berkata insiden hari ini perlu dibincang pada mesyuarat itu.
Jelas beliau, badan agama Islam tidak harus bertindak oleh kerana isu penggunaan kalimah Allah masih dibicarakan di mahkamah.
"Apa pun, perlu ada keseimbangan di antara undang-undang dan tolak-ansur, malah proses perundangan berkenaan isu Allah masih belum selesai," tambahnya.
"Justeru, kerajaan perlu menanganinya dengan cara bijak dan bertamadun."
Mujahid turut mempersoalkan kegagalan kerajaan dalam mencari penyelesaian sempurna dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di Semenanjung, sebagaimana ia bersetuju membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak untuk menggunakan kalimah itu, berikutan siri perundingan.
"Oleh itu, kerajaan perlu memberhentikan semua tindakan dan tidak membenarkan Jais bertindak tanpa terlebih dahulu memahami sensitiviti yang menyelubungi perkara itu.
"Saya tidak kata Jais tidak ada kuasa, sebaliknya gunakanlah dengan hikmah dan fikirkan kesannya kepada masyarakat keseluruhan," kata beliau. - 2 Januari, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa