Apa yang kaki jilat ni mahu dan dapat tak tahulah
Yang pasti dapat ialah hidup semakin perit
Otak semakin sakit
Mereka ni tak apalah sebab otak mereka tidak dipakai
Turun: 3 laporan polis dibuat
2 Januari 2014
KUALA LUMPUR - Tiga badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis berhubung perhimpunan yang didakwa bertujuan untuk menggulingkan kerajaan sempena sambutan Tahun Baharu 2014 di Dataran Merdeka, di sini, Selasa lepas.
Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Sekretariat NGO Gabungan Negeri Selangor serta Persatuan Veteran Tentera Melayu membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini pagi ini.
Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, laporan itu dibuat bagi memastikan polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap dalang yang mencetuskan kekecohan pada Selasa malam itu.
"Mereka yang menyertai perhimpunan begitu biadab hingga sanggup mengganggu program (sambutan ambang tahun baharu) yang telah dirancang oleh kerajaan khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Perhimpunan itu yang dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO), dihadiri kira-kira 4,000 peserta telah merencatkan konsert Ambang Tahun Baharu anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang terpaksa dihentikan setengah jam sebelum detik jam 12 malam ekoran peserta perhimpunan menyerbu masuk ke pentas konsert di Dataran Merdeka.
Polis menamakan empat NGO sebagai terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram berkenaan iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). - Bernama
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa