Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 16, 2014

UMNO Atau Mufti Yang Menjadikan Mereka Begini?

Tengoklah dengan mata hati
Jengoklah ke dalam nurani
Fikir-fikirlah sendiri............

Yakin Islam bela semua rakyat
MUHAYUDIN SALLEH
15 Januari 2014

Balasubramaniam ketika berucap pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Pasti Rompin Peringkat Zon Pantai di Pasti Sungai Puteri, semalam
YB Tian Chua yang sama -sama dengan rakyat beragama Islam berarak sempena Maulidur Rasul semalam 
di aman Dato' Senu, Sentul Kuala Lumpur. - Gambar dari Omak Kau!!!

ROMPIN – Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Malaysia, N Balasubramaniam menyatakan keyakinannya terhadap dasar Islam yang disifatkannya sebagai satu dasar yang akan membela semua lapisan masyarakat dan merupakan rahmat untuk semua manusia.

Menurutnya, kesedarannya tentang dasar keadilan dalam Islam itu disedari selepas berada dalam DHPP dan bergaul rapat dengan ahli dan pimpinan Pas.

“Saya menyedari tentang dasar Islam yang baik ini selepas terlibat dalam DHPP dan bergaul rapat dengan ahli serta pimpinan Pas yang banyak memberi penjelasan mengenai agama Islam.

“Sesungguhnya dasar Islam yang dibawa dan diperjuangkan ini juga membawa keadilan kepada golongan bukan Islam dan saya yakin Islam akan membela semua orang,” katanya yang ditemui Sinar Harian pada sambutan
Maulidur Rasul Pasti Rompin peringkat Zon Pantai di Pasti Sungai Puteri, semalam.

Beliau yang juga merupakan Ketua DHPP Pahang, berkata, ini adalah kali pertama bukan Islam dijemput menghadiri majlis Maulidur Rasul dan diberi ruang untuk berucap.

“Saya amat gembira melihat sambutan yang diadakan begini yang dilihat mampu menegakkan Islam di Malaysia.

“Saya ucapkan terima kasih kerana menjemput saya untuk menghadiri majlis ini dan orang Islam di sini juga menerima saya. Inilah bukti kewujudan persahabatan antara Islam dan bukan Islam,” katanya.

Sementara itu, ditanya tentang isu penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam, beliau tegas menyatakan bahawa penggunaan tersebut tidak menjejaskan Islam.

“Isu ini sengaja diwujudkan untuk memburukkan Pas supaya dilihat tercicir dalam memperjuangkan isu tersebut. Kerajaan ada mufti, ada menteri, kenapa begitu sukar untuk diselesaikan?," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Pas Pahang, Nazri Ahmad, yang ditemui di majlis yang sama menyatakan Islam sama sekali tidak meminggirkan golongan bukan Islam termasuk dalam majlis berunsur Islam.

“Saya teringat akan kisah sirah ketika rombongan Kristian Najral datang bertemu nabi Muhammad SAW dan rombongan tersebut disambut oleh nabi di masjid dan ini membuktikan Islam tidak menghalang orang bukan Islam
untuk hadir ke masjid.

“Bersandarkan kepada sirah ini, maka ia sama sekali menafikan tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan Pas menggadaikan prinsip Islam sedangkan apa yang dilakukan ini adalah salah satu daripada konsep dakwah,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa