Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 2, 2014

Yang Keluarkan Fatwa Itu Juga Sesat?

'Fatwa' Harussani songsang, menyesatkan - Dewan Ulamak
JAN 02, 2014 HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyifatkan kenyataan terbaru Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang melabel perserta perhimpunan pada 31 Disember lalu sebagai 'bughah' (pemberontak) dan halal darahnya, sebagai fatwa songsang.

Ketua penerangan dewan itu, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, 'fatwa' Harussani itu sangat mendukacitakan dan menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah.

"Kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani bahawa para demonstrator pada 31 dis 2013 di Dataran Merdeka baru-baru ini sebagai "bughah" dan "halal darah" amat mendukacitakan kerana ia menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah dalam Islam. 

"Ia satu penyelewengan fakta tentang hukum-hakam Islam yang sangat ketara dan menyesatkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, 'bughah' atau pemberontak dalam Islam ialah penentangan bersenjata oleh rakyat terhadap kerajaan Islam dan ia termasuk sebagai salah satu kesalahan jenayah hudud dalam Islam. 

Sedangkan katanya, peserta himpunan pada itu hadir dengan tangan kosong dan membawa sepanduk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap urus tadbir negara yang membawa kepada peningkatan kos hidup. 

Tambah beliau lagi, takrifan pemberontak dalam perlembagaan Malaysia merujuk kepada melancarkan peperangan kepada Yang dipertuan Agong sebagai ketua negara bagi Malaysia. 

"Adakah peserta perhimpunan 31 dis 2013 turun berhimpun dengan senjata menentang pemerintah?

"Sangat jahil seorang mufti yang mengkategorikan mereka ini sebagai pemberontak. Lebih malang dan merbahaya apabila darah demonstrator ini pula diisytiharkan sebagai halal darah," ujar beliau lagi.

Kenyataan mufti itu kata beliau lagi satu 'fatwa' yang sangat berbahaya yang boleh membawa kepada huru-hara kepada negara dan tergugatnya keharmonian antara rakyat. 

"Sangat dibimbangi "fatwa" seumpama itu membawa kepada pertumpahan darah sesama rakyat. 

"Saya menyeru seluruh pihak yang prihatin terhadap keamanan bernegara dan keharmonian bermasyarakat membantah kenyataan-kenyataan songsang seumpama ini," tegasnya.

4 comments:

  1. Jangan di layan sangat suara suara bahalol makan gaji buta , lebih teruk lagi kalau bahalol tak belajar agama di mesir jordan yaman....

    ReplyDelete
  2. Kalau orang keluar malam tu nak sambut Tahun Baru Kafir apa pulak fatwanya Tan Sri....

    ReplyDelete
  3. Perayaan menyambut tahun baru Masehi 2014 bukan dalam kalendar Islam....orang2 Islam sepatutnya menyambut 1Muharram 1435Hijrah....Arab Saudi mengharamkan sambutan tahun baru 2014 Malaysia pulak dengan mufti songsangnya tidak pernah mengeluarkan fatwa haram kepada kerajaan kerana sambutan ini....Haramjadahsani tidak pulak berfatwa bila HUKUM HUDUD TIDAK MAHU DILAKSANAKAN OLEH NAJIB.....betul2 mufti ini AGAMAWANG BUKAN AGAMAWAN.....HANCUR NEGARA BERULARMAK KAN AGAMAWANG INI....

    ReplyDelete
  4. Bapak angkat fatul bari..sesuai sgt...dua2 songsang..menteri berzina pon halal kot nanti katanya..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa