Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 14, 2014

Haji Hadi Sudah Hilang Pedoman Sebagai Peneraju Parti

Aku tak pasti Abu Hassan Adam ni ahli PAS atau dari golongan di luar kelompok kepartian....hujahnya berasas

PAS Keluar Dari Pakatan Atau Golongan Konservatif Tinggalkan PAS ?

Posted on Sunday, September 14 @ 16:28:06 MYT by paktam
Oleh Abu Hassan Adam

Aku teringat kata-kata J.F.Kennedy, Presiden Amerika Syarikat,” "My fellow Americans, ask not what your country can do for you, ask what you can do for your country."Maknanya negara dan rakyat lebih penting dari segala-galanya dan fikirkanlah apakah sumbangan anda kepada bangsa dan negara. Cuma yang aku hendak tekankan di sini ialah setiap pemimpin harus mementingkan kesejahteraan rakyat dan elakkan daripada memikirkan hal diri dan keluarga.

Sehubungan dengan itu, bagi aku Pakatan Rakyat berada dalam keadaan yang agak ‘tergugat’ kini. Mahu tidak mahu itulah keadaanya. Tidak pula membimbangkan kerana dalam sekelip mata sahaja ia pasti dapat dipulihkan dengan adanya ‘ubat’ mujarab yang boleh dijadikan penwar kepada ‘penyakit’ yang dihidapi kini.

Penyakit dalam Pakatan Rakyat kini ialah adanya pemimpin yang aku anggap tidak sehaluan dengan pemimpin lain dalam usaha untuk menumbangkan BN dan mengambil alih Puterajaya. Untuk dikatakan seperti musuh dalam selimut tentunya agak keterlaluan, namun yang pastinya ‘barah’ ini lambat laun akan merebak ke seluruh badan juga sekiranya tidak dibendung.

Kenyataan TG Haji Hadi yang berkaitan dengan kedudukan TS Khalid Ibrahim merupakan kenyataan yang menggambarkan bahwa TG Haji Hadi sudah hilang pedoman sebagai peneraju parti yang dipandang tinggi oleh masyarakat sebelum ini. Namun dengan kenyataan yang dikeluarkannya itu adalah diyakini lebih rami lagi ahli PAS tegar yang akan kehilangan keyakinan kepada kepimpinannya dan yang paling menyedihkan akan ‘menggugat’ pilihanraya Kecil Pengkalan Kubur. Mungkin tidak……

Kenyataan TG Haji Hadi mengenai kedudukan TS Khalid Ibrahim agak ‘memeranjatkan’. Sebagaimana yang dikatakan oleh YB Nik Nazmi, "(Hadi insists on Khalid as MB) even though the issue of appointing a (new) menteri besar has yet to be resolved, and Khalid is only acting as a transitional menteri besar as requested by the Selangor sultan. ……What more, Khalid is an independent state assemblyperson without any party," Malaysiakini 13 September 2014

Menampakkan bahawa disebabkan keghairahannya yang melampau untuk mempertahankan TS Khalid sebagai Menteri besar Selangor beliau telah ‘melupakan’ dan terlepas pandang banyak perkara. Yang agak serious ialah tentang perletakkan jawatan TS Khalid sudah diterima oleh DYMM Baginda Sultan Selangor. Apakah TG Haji Hadi sudah mahu menongkah arus tentang apa yang telah diputuskan oleh DYMM Sultan Selangor.

Berlainan dengan DAP yang juga merupakan sekutu Pakatan Rakyat. Demi untuk memperjuangkan rakyat Malaysia DAP sanggup membuat berbagai perubahan terutama dari segi imejnya. Sejak zaman berzaman, DAP dilihat sebagai parti yang dimonopoli kaum Cina. Namun kini DAP mengambil langkah drastik menukar iemjnya agar dlihat sebagai sebuah parti yang dimiliki oleh berbagai kaum. Keadaan ini yang membimbangkan UMNO (Barisan Nasional) yang sentiasa mengharapkan agar DAP terus menerus mengekalkan identitinya sebagai parti orang Cina. Dengan beberapa tindakan yang dilakukan oleh DAP terutama dengan meletakkan Dyana sebagai calon di Teluk Intan baru-baru ini telah dapat mengubah persepsi orang Melayu yang semenjak sekian lama beranggapan sedemikian. Walaupun tewas sekurang-kurangnya telah mula menambat hati dan mendekatkan diri orang Melayu kepada parti DAP.

Ramai yang tidak sedar dan melupai peribahasa Melayu lama yang berbunyi, ‘sekali air bah sekali pasir berubah’. Dan kehadiran serikandi anak Perak untuk bertanding dalam PRK Teluk Intan merupakan tindakan yang agak menepati peribahasa berkaitan. Cuma ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak berapa sedar bahawa ‘air’ sudah bah tetapi ‘pasir’ yang tidak mahu berubah.

Kemunculan Dyana ‘mengejut dan memeranjatkan’ banyak pihak terutama UMNO (BN). Ia merupakan satu kemunculan luar biasa. ‘Excitement’ yang luar biasa yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia kini dengan kemasukan Dyana Sofya dalam ’ring’ di Teluk Intan ini mungkin juga disebabkan rakayat terlampau mengharapkan akan terjelma suatu keadaan politik tanah air yang ‘menyamankan’. Ini yang dikatakan anjakan paradigma politik.

Tindakan DAP ini dengan serta merta boleh mengubah pandangan dan paradigma poltik masyarakat Malaysia.

Seharusnya momentum seperti yang berlaku di Teluk Intan dan PRU 13 itu diteruskan. Maknanya kerjasama yang sungguh erat antara komponen parti dalam Pakatan Rakyat itu diteruskan. Malangnya akibat daripada tindakan beberapa orang pemimpin tertinggi PAS terutamanya TG Haji Hadi yang merupakan Presiden PAS yang dirasakan tentang ‘kelainan’nya berbanding dengan TG Haji Hadi sebelumnya. Rakyat dari semua lapisan masyarakat dan dari semua kaum di Malaysia telah meletakkan harapan yang cukup tinggi kepada Pakatan Rakyat agar dapat merampas Puterajaya pada PRU ke 14. Setiap rakyat dari semua kaum sudah begitu yakin dengan hasrat dan perjuangan ini.

Sayang seribu kali sayang. Beberpa tindakan TG Haji Hadi dan beberapa orang pemimpin yang agak ‘usang’ dai segi pemikirannya telah seolah-olah cuba melambatkan ‘perjalanan’ Pakatan Rakyat menuju Puterajaya. Dan kadang-kadang kelihatan seolah-olah ada ‘tangan’ yang menggerakkan pemimpin konservatif agar bertindak sedemikian. Dan telah timbul juga tohmahan-tohmatah yang mengatakan bahawa golongan pemimpin PAS berkenaan telah pun semacam bersetuju untuk bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional.

Mungkin beberapa orang pemimpin PAS ( yang berfikiran usang) perlu diketepikan demi untuk meneruskan perjuangan kita ke Puterajaya. Mereka tidak seharusnya dilihat sebagai batu penghalang ke arah pencapaian matlamat rakyat Malaysia untuk menegakkan sebuah kerajaan yang adil dan berketerampilan terhadap rakyat.

Aku semacam bersetuju dengan Abang Mat Sabu ( walaupun aku lebih tua darinya) apabilau mengatakan,’ "The PAS Islamists should be wary of using Islam alone to get the votes of the people, for there will come a time when a "Jokowi" will be voted in by Malaysians and PAS hardline Islamists would have to mellow (down) and give their support to the one who will be getting the popular vote.”Malaysiakini 13 September 2014.

PAS bukan hanya untuk orang Melayu yang beragama Islam sahaja. PAS sudah pun diiktiraf sebagai parti yang memperjuangkan rakyat Malaysia beradasarkan keputusan PRU 13 yang lalu dimana golongan bukan Melayu telah berduyun-duyun menyokong Pakatan Rakyat yang meletakkan calon dari PAS. Sekali lagi diharapkan agar momentum sedemikian berterusan.

Akhirnya tentulah tidak adil sekiranya aku memberikan suatu ‘ultimatum’ sebagai langkah untuk menyelsaikan isu yang agak kusut dalam pakatan Rakyat kini. Aku merasakan tidak ada jalan lain selain daripada samada samada PAS keluar dari Pakatan Rakyat atau pemimpin konservatif dalam PAS meninggalkan PAS dan membiarkan golongan progresif dalam PAS terus mengukuhkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat.
Bukan merupakan sesuatu yang mudah……..

abuhassanadam
http://abuhassanadam.blogspot.com/

18 comments:

  1. aku pun naik hairan, kenapa sekarang ini org-org Melayu mepunyai pemimpin-pemimpin yg amat memualkan tak kiralah dr UMNO, PAS atau PKR ke, mereka sama je, cakap berputar-putar, pembohong, angkuh, riak dan sombong. dan yg menjadi mangsanya adalah rakyat. ingatkan lari dr mulut harimau bolehlah selamat......kesian kat aku dan org Melayu dah memang tak ada pilihan.

    ReplyDelete
  2. setuju bro
    PAS selagi di pimpin oleh geng2 ganu berat nanang bro
    semua penjilat presiden dan penjilat UG
    tok leh paka sekor habuk geng2 ganu ni
    patut la pru 13
    ada hikmah ruponyo

    ReplyDelete
  3. Allah taala perintahksn dlm quran...bila terima satu berita yg blh mendtgkan fitnah....fatabayyanun...tp ada yg lebih rela mrnggunakan berita fitnsh itu utk disebarkan lg bg menambahkan lg fitnah yg dh sedia ada....tp mcm nabi kata la...buatlah.
    Dptla sedikit kepuasan hati didunia...mkn hasil upah yg sedikit didunia....tp kepuasan tu x kekal..perut tu...bergolak2...jiwa x tenteram...tiada yg dpt menenangkan.
    Sebesar2 fitnah pd ulamak plak tu. Baca sejarah...x lama tuhan biarkan org yg mrnghina dan mnyskiti kekasih2 allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan juga kena tanya alim ulamak lain juga tentang tindakan TGHH yang orang ramai dok pertikaikan Juga tentang ketaksuban membabi buta tuan.

      10 orang tengok satu benda tu dari 10 perspektif. Biasalah. Tapi kalau 7 orang dari 10 tadi nampak perspektif sama, tak terfikirkah dihati sdra keraguan dan perlu ditanya pendapat alim ulamak lain diluar jamaah kita untuk mendapat kepastian samada yang 7 itu salah atau kita yang taksub membuta tuli, satu sikap yang dicela Islam?

      Jangan je suruh orang je tanya alim ulamak. Kita pun kena juga. Lain le kita ni maksum. Manusia biasa mana ada yang maksum. YANG RAMAI ADALAH GENG "MAT SOM" ( Lat's kampong boy comic). GENG KATUN!

      Delete
  4. Pembuat dan penyambung fitnah...tsnyalah org3 alim agama...aps blsan allah disefiakan utk merrks dunia n akhirat...klu hati x takut...itu ls petands2 awl...nauzubillah

    ReplyDelete
  5. bagi ramai tg hj hadi dah buat taik ! ABU !

    ReplyDelete
  6. Ha..haa....dah tak ada hujah nak pertahankan ketua, diratibnya pula fitah,fitnah,fitnah.....

    Inilah jenis wala' yang gunakan kepala lutut untuk berfikir!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.ha.ha.gelak besar sekarang.bila meniti titian nanti ko tahu ler.waktu tu ko gelak besar ker atau sebalik nya.menghina dgn wala' kepala lutut.sekarang ko gelak ler,tapi jgn lupa pula akan akibat ko sebagai penyedia tapak kutukan.sendiri mau hengat ler.sekarang rasa megah ler.

      Delete
    2. Wala hanya kepada kebenaran.. wala pada pemimpin yg benar.. kalau wala kepada pemimpin flip flop .. itu wala tak pakai kepala.. wala jenis macam ni pun nanti kena tanya juga.. kamu ni sembah pemimpin ke atau pertahankan kebenaran... nak hujah biar ada fakta.. bukan mengarut ikut nafsu

      Delete
  7. Patutlah tuan presideng marah sgt kt 2 YB yg korner tu..rupanya ada hati nk pantau selangor...ada asyuuk ke tuan presideng...heehee


    ReplyDelete
  8. Golongan Wala' (membabi buta) terhadap Tuang Presideng ini amat sinonim dengan golongan 'Anti Hadis'. Golongan Anti Hadis ini mengemukakan hujah bahawa mereka tidak menyakini Hadis Rasulullah SAW, kerana ianya dikumpul dan ditulis oleh para perawi (manusia) di zaman selepas Rasulullah SAW. Habis bagaimana pula dengan Al-Furqan, bukan kah ianya juga dikumpul dan ditulis oleh para sahabat (manusia) dan bukannya Malaikat? Begitulah juga dengan penyokong wala PAS tahap (gila babi) ini, mereka tidak mahu langsung meneliti atau percaya sekiranya berita buruk yang memaparkan perihal kekurangan Tuang Presideng mereka, sedangkan mereka tahu Tuang Presideng mereka itu adalah spesis manusia, bukannya Malaikat. Cuma amat berbeza dari manusia lain kerana beliau amat sayang dan terlalu percayakan menantu (Din Ayam) hingga sanggup korbankan maruah diri dan parti.

    ReplyDelete
  9. Bukan nak menuduh siapa yang buat FITNAH.cuba baca statement antara TGHH dgn NIK AZMI. TGHH kata dia jumpa RAMAI ORANG MASA TU .NIK AZMI KATA KETUA2 PEMUDA PAKATAN TELAH BERTEMU DGN TGHH PADA MASA TU.SEKARANG ,SIAPA YANG BERBOHONG..LU ORANG FIKIR LE SENDIRI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lu fikir pulak, contoh kata satu orang tu mula2 cakap gini, lepas cakap lain pulak. Itu bukan cakap bohong ke? Itu bukan kita kata bercakap bohong ke? Jika berkali-kali buat macam tu, sifat seperti ini dalam bahasa Inggeris dipanggil "COMPULSIVE LIAR" atau " PEMBOHONG TEGAR". Dalam bidang psikologi, sifat ini adalah satu penyakit.

      Bawalah hujah lain. Hujah sdra xmasuk akal. Cerita TGHH ni menafikan apa dia cakap bila terkantoi bukan kali ni je. Dah berkali2. Dah jadi perangai.

      Dari gambar pertemuan KP PR dgn TGHH ada 4 orang. TGHH, KP PAS, KP PKR dan KP DAP. Kita dah dengar statemen KP PKR. Kita dah dengar penafian TGHH.

      Kita tunggu apa statemen 2 KP lagi. KP PAS yang paling pening;Jika dakwaan KP PKR itu betul. Telan mati mak, luah mati bapak. Jadi kalau Suhaizan membisu seribu bahasa macam hanipa maidin hari tu, sah la apa KP PKR cakap. Kalau Suhaizan nafi dengan kadar cepat, kita boleh kata Nik Nazmi bohong. Kita tunggu statemen Suhaizan jika ada.

      Selepas tu kita tunggu statemen KP DAP.

      Tidakkah cara ini lebih adil berbanding hujah sdra? Hujah sdra paling2 pun menunjukkan ketaksuban membabi buta. Kita bercakap sekarang pasal TGHH sebagai ahli politik yang menjadi Presiden PAS, BUKAN TGHH SEBAGAI TOK GURU! Sama kita kritik Mahathir sebagai ahli politik, bukan sebagai doktor. Sebut nama parti politik atau ahli politik, tindakan mereka dikawal oleh Akta Pertubuhan 1966. Tak kira parti Islam ke parti kapir ke parti atheist .



      Delete
  10. Halo Anon September 14, 2014 at 8:26 PM.

    Lu punya tuang presideng lagi kaki fitnah beb.

    Mana dia pengedar pil kuda???

    Padan muka ko punya tuang presideng kena bayar RM2 JUTA.

    Kah kah kah...

    Selamat wala' men'cadbury' buta sama lu punya tuang presideng pil kuda.

    Huhuuuu...

    ReplyDelete
  11. Anon 9:32

    Amat betullah apa yang Admin kata tentang manusia yang berfikir dengan kepala lutut. Siapa? Lu lah samdol.... Anon 9:32 (selepas ini banyakkan membaca guna kepala otak ye), nak sebut nama Nik Nazmi pun tak betul? Macam mana nak mempertahankan "boss" kamu tu?

    ReplyDelete
  12. Ade ke x igt ketua2 pemuda PR..sah la ade masaalah mental tghh ni..dr zuhdi tlg la cek presideng mung ni..parah dh ni..
    Bg alasan bdk2 pra skolah je!!!

    ReplyDelete
  13. maaf ya...kalau tak silap saya, kata-kata Bekas Presiden Amerika tu ialah Abraham Lincon bukan J.F. Kenedy.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa