Tahniah untuk beliau............
Manusia pengecut macam aku ni, takyahlah bercakap pasal iktiqad dan Jihad
Bekas ahli PAS Lotfi Ariffin terbunuh di Syria
OLEH MD IZWAN
Published: 14 September 2014
Bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah Lotfi Ariffin bersama kumpulan Malaysia dikatakan diserang hendap tentera Al-Assad di Syria. – Gambar fail, 14 September, 2014.
Bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah Lotfi Ariffin yang menyertai peperangan di Syria bagi menentang Presiden Bashar Al-Assad dilaporkan terkorban hari ini selepas mengalami kecederaan parah sebelum ini.
Laporan pemergian Lotfi dipetik daripada akaun Facebook, Abu Talhah II, salah seorang lagi rakyat Malaysia yang turut berperang di Syria.
"Assalamualaikum, perginya seorang sahabat buat diriku, ulama dan mujahid buat ummah ini. Pemergiannya sangat dirasai kepada kami di sini, beliau tempat kami menadah ilmu dan membuat rujukan dalam permasalah ulama," tulis Abu Talhah di Facebook.
Gambar kenangan pemilik akaun tersebut bersama Lotfi juga diletak bersama-sama status untuk memberitahu tentang kematian seorang lagi rakyat Malaysia itu.
Pengguna Facebook di ruang komen juga mengucapkan takziah di atas berita pemergian Lotfi.
Lotfi sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan cedera parah dan koma selepas terlibat dalam satu pertempuran di negara bergolak itu.
Lofti bersama kumpulan Malaysia dikatakan diserang hendap tentera Al-Assad di Syria.
Abang sulungnya, Mohd Zainon Ariffin, 53, mengesahkan perkara itu dan berkata keadaan adiknya semakin pulih daripada koma selepas cedera dalam serangan hendap tentera Al-Assad Selasa lalu, lapor Sinar Harian.
Zainon berkata dia dimaklumkan mengenai keadaan adiknya oleh rakan melalui laman Facebook.
Salah seorang pengguna Facebook, Izham Che Mohd Jusoh mengucapkan takziah di ruang komen status tersebut.
"Semoga Allah menerima beliau sebagai Syuhada," katanya.
Lofti mencetuskan kontroversi Jun lalu apabila secara terbukanya mendedahkan kegiatannya di Syria dengan memuat naik gambar dan klip video di Syria di laman sosial.
Ia menyebabkan PAS bertindak memecatnya dengan menegaskan parti itu tidak pernah mengiktiraf ahlinya untuk berjuang dalam gerakan bersenjata.
Seorang lagi militan Malaysia, adalah bekas anggota kumpulan rock Melayu, Ali Ukay. Beliau dikatakan dipengaruhi Lotfi dan menyertainya ke Syria.
Lotfi dikatakan bertekad untuk tidak lagi kembali ke Malaysia dan itu antara pesanannya sebelum berlepas ke Syria. – 14 September, 2014.
kita yg x sama, araf nfan penjihad2 ni cakap pasal kerusi kat selangor dah la...aku ok je sape pun yg bejaya merebut kerusi kat selangor tu..sape amek pun same je hehe...
ReplyDeletekita yg x sama taraf dgn penjihad2 ni cakap pasal kerusi kat selangor dah la...aku ok je sape pun yg bejaya merebut kerusi kat selangor tu..sape amek pun same je hehe...
ReplyDeleteAlllo,
ReplyDeleteIni Mati Biasa bukannya Mati Syahid???
Mati cari sendiri... Nanti tangan, mata, telinga, kaki akan menerangkan hal sebenar... barulah roh tahu malu...bersalah pada badan..
Ini Mati cari sendiri... penyebab pd ajal.
Janagna mati katak sudah ler... mati sia-sia
Anon 4:59 PM
ReplyDeleteSiapa kamu untuk berhukum dan berfatwa?
Orang bermula dengan salam tapi kamu bermula dengan 'Allo'!
Tuhankah kamu sehingga boleh tahu iktiqad dan isi hati manusia?
Mufti pun hanya boleh berfatwa sahaja tetapi hakikat di hati manusia tak siapa tahu kecuali Allah sb'taala
Anon 4.59pm, tuan terlebih "hebat" dr Allah rupanye...
ReplyDeleteko anon 459 pun satu..biarla org politik bijak pandai je yg menghukum manusia..ko jgn hukum...dari ko kecik sampai ko besar aku rasa ko pun biase dgr mereka saling hukum 1 sama lain..ko x payah amek tugas mereka la...
ReplyDeleteUntuk pandangan dan pendapat sahaja. Adakah gugurnya Lt Adnan Saidin (British Army) dikira mati syahid kerana berperang dengan tentera Jepun demi mempertahankan Tanah Melayu? Pergi berperang dan berjihad di jalan Allah itu amat baik dan terpuji. Cumanya, kita perlu ketahui adakah perjuangan kita itu benar-benar memihak kepada mereka yang berjuang di jalan Allah. Kita wajib juga mempersiapkan diri dengan ilmu (latihan peperangan) sekiranya ingin berjuang di luar negara (mempertahankan negara Islam lain), melainkan di negara sendiri yang dicerobohi. Lebih afdal lagi sekiranya bekas tentera yang berilmu dan berkemahiran di negara ini untuk sama-sama berjuang (mujahidin) di sana. Akhir kata, setiap perjuangan mestilah disertai dan dibekalkan dengan ilmu dan jangan nanti kita rebah dengan hanya sebutir peluru dari Tentera Simpanan musuh (temporary army). musuh.
ReplyDeleteanon 459, lu keyboard warrior je. Berani ler...Gua takut roh lu nnt yg malu.
ReplyDelete