Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 14, 2014

PasMa: Ribut Rumahtangga PAS, Perlukah Kita Peduli?

Isu ini tiada kaitan dengan rakyat yang sedang melopong tunggu keputusan Sultan
NGO ini untuk baiki PAS
Ada siapa kepimpinan di dalam PAS mau dengar?
Seingat aku Phahrolrazi ni pun dulu ada masalah juga 

Pemimpin PAS terus curigai NGO PasMa
mk - 6:39PM Sep 14

Pembentukan NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) oleh sekumpulan anggota PAS terus menimbulkan kecurigaan daripada pemimpin parti Islam itu.

Walaupun telah dinafikan sebelum ini, ahli Jawatankuasa Pusat PAS Nasrudin Hassan hari ini tetap mendakwa PasMa bertujuan menjatuhkan kepimpinan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menulis di laman Facebook hari ini, anggota parlimen Temerloh itu mendakwa, pertemuan PasMa pada 31 Ogos lalu di Kota Bharu menunjukkan perancangan sebenarnya mahu menukar presiden.

Dakwanya, pertemuan itu sarat dengan perbincangan dan kritikan kepada Hadi.

“Malah mereka bincang bagaimana untuk menjatuhkan Tuan Guru presiden," dakwa Nasrudin lagi.

Dalam tulisan itu, Nasrudin mendakwa mendapat maklumat itu daripada seorang yang hadir dalam pertemuan itu.

Malaysiakini telah cuba mendapatkan komen pengerusi PasMa Datuk Phahrolrazi Mat Zawawi (atas) berhubung perkembangan terkini itu tetapi setakat ini belum berjaya.

PasMA sebelum ini telah dua kali dilapor menafikan dakwaan mahu menggulingkan presiden PAS, iaitu kepada Malaysiakini pada 6 September dan dalam sebuah forum di Kuala Lumpur tiga hari selepas itu.

PAS T'ganu keluar larangan

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, PAS Terengganu hari ini mengeluarkan arahan supaya anggotanya tidak terlibat dengan PasMa dalam semua bentuk.

“Larangan ini termasuklah menjadi ahli PasMa, menubuhkan PasMa, menghadiri apa-apa program anjuran PasMa dan memberi  kerjasama kepada program anjuran PasMa dalam apa jua bentuk sekalipun,” kata setiausahanya Muhyidin Abdul Rashid.

Sebab larangan itu tidak dinyatakan dalam kenyataan ringkas dua perenggan itu hari ini.

5 comments:

  1. Jaga je vellfire tu,jgn sibuk hal org..

    ReplyDelete
  2. Jaga je vellfire tu,jgn sibuk hal org..

    ReplyDelete
  3. Abe,

    Pasma adalah NGO dalaman PAS yang menawarkan platform alternatif kepada agenda UG untuk ahli2 PAS memilih. Ini hak demokratik ahli2 PAS yang juga bersesuain dgn pandangan Islam.

    Sekurang2nya Pasma adalah sebuah NGO berdaftar yang sah. Malah aspirasinya selari dengan dasar PAS hari ini yang diputuskan oleh Muktamar Ipoh 2008.

    UG adalah pertubuhan gelap didalam PAS.Wujud secara gelap.Bergerak secara gelap menggunakan organ2 dan jawatan2 strategik di dalam PAS untuk mencapai agenda mereka.

    Jika Tantawi Vellfire hendak mempersoalkan, dia patut mempersoalkan kewujudan UG ini yang dia juga merupakan foot soldier. Menentang hak Pasma wujud sebagai sebuah NGO dalam PAS yang berdaftar adalah satu pengkhianatan dan tidak menghormati hak demokratik dan pilihan kepada ahli-ahli PAS.

    Jika Pasma hendak dipersoalkan, Tantawi Vellfire juga perlu mempersoalkan kewujudan Geng Ustaz yang juga bergerak diatas platform yang sama dengan PasMa, bezanya ia dipihak UG.

    ReplyDelete
  4. bat8

    Abe faham peranan dan kewujudan PasMa sebagai sebuah NGO di dalam PAS.

    Oleh kerana abe bukan ahli PAS abe hanya penyokong PR yang kita semua harapkan perubahan, jadi abe tidak ada apa-apa hak bila keributan berlaku di dalam cawan PAS.

    ReplyDelete
  5. Apa sudah jadi dengan Pas kini?

    Bila dilihat kepada tindakan Pas bermula selepas mendapat sedikit kejayaan bersama PR memenangi pertambahan kerusi pada PRU 13.

    Apabila Anwar memulakan langkah 16 September, sepatutnya Pas memberi sokongan padu supaya PR mampu membentuk kerajaan. Tapi sebaliknya Pas memandang sinis usaha Anwar dan akibatnya usaha Anwar gagal.

    Daripada tindak tanduk Pas terpancar niat sebenarnya menolak usaha Anwar itu kerana Pas berhasrat bergabung dengan Umno untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduang (UG).

    Itulah bermulanya langkah curang Pas kepada rakan-rakan dalam PR.

    Permainan pimpinan Pas itu tidak dapat diterima oleh majoriti ahli Pas apabila dalam Muktamar Pas selepas itu mendesak dan memutuskan usaha menubuhkan UG mesti dihentikan dan Pas mesti kekal berada dalam PR.

    Namun begitu pimpinan Pas seperti enggan menerima keputusan itu sebaliknya menjalankan helah dengan mengambil tindakan-tindakan negatif yang semua mana tindakan-tindakan itu merugikan PR.

    Semasa kempen PRU 13, barisan kepimpinan ketiga-tiga parti bergandingan tangan diatas satu pentas memujuk rakyat menolak BN dan memilih PR, segerombolan pemimpin Pas secara senyap-senyap menawarkan jawatan PM kepada Tengku Razaleigh sekiranya PR menang PRU 13.

    Tidak cukup dengan itu, Presiden sendiri telah melanggar perjanjian pembahagian kerusi yang dipertandingkan dengan meletakkan calon Pas di kawasan yang telah ditetapkan untuk ditandingi oleh parti rakan dalam PR.

    Lebih parah lagi, Presiden Pas telah menuduh calun-calun di kawasan berkenaan dengan tuduhan-tuduhan yang menjatuhkan maruah calon-calon tersebut. Tuduhan Preiden Pas tersebut ternyata fitnah apabila mahkamah menjatuhkan hukuman Presiden Pas itu membayar RM2 juta kepada mangsa fitnah beliau.

    Belum pun sejuk kes fitnah itu, Pas membuat onar sekali lagi bila timbul isu PKR memecat Khalid Ibrahim bertujuan memaksa Khalid melepaskan jawatan MB Selangor.

    Dalam "game" kali ini nampaknya Presiden Pas telah terperangkap oleh permainannya sendiri.

    Pada peringkat awal game, pertelingkahan berlaku diantara Pas dengan PKR. Namun apabila game masuk kepada fasa kedua, umum mendapati Pas telah terbelit oleh tindakannya sendiri.

    Sebahagian besar pemimpinnya telah melahirkan penentangan kepada Presiden berkait tindakan-tindakannya yang dilihat sangat merugikan Pas dan PR.

    Dengan itu berlaku perpecahan yang membentuk dua pehak dalam Pas dimana berlaku serangan serangan terbuka antara kedua pehak.

    Pergeseran itu tambah memuncak lagi dengan tertubuhnya satu NGO iaitu PasMa yang ditubuhkan oleh ahli Pas sendiri.

    Kalau pada awal krisis dalam Pas ini melibatkan dua puak, ulama yang berpehak kepada Presiden dan pehak profesional yang menentang Presiden Pas, sekarang ini bertambah satu lagi pehak iaitu PasMa.

    Golongan ulama ini mula memandang serong kepada PasMa dengan menuduh PasMa bergerak bertujuan menumbangkan Presiden.

    Kebimbangan puak ulama ini sampai kepada kemuncaknya apabila Pas mengeluarkan arahan kepada ahlinya melarang terbabit dengan Pasma samaada dengan menjadi ahli, memegang jawatan atau menyertai aktiviti pertubuhan itu.

    Pada peringkat awalnya puak ulama hanya berhadapan dengan kumpulan profesional tetapi mutahir ini menambah satu lagi musuhnya dengan menyenaraikan PasMa pula.

    Pada ketika ini jumlah senarai musuh kumpulan ulama dalam Pas ini telah bertambah iaitu 2 dalam Pas sendiri, 2 dalam PR menjadi 4 semuanya.

    Nampaknya mana-mana pehak yang mengkritik Presiden Pas akan otomatik dicap sebagai musuh parti oleh puak-puak ulama Pas.

    Dengan terciptanya suasana seperti ini persoalan yang timbul ialah apakah sebenarnya yang dicari oleh Pas yang bukan sahaja menghururakan PR pada peringkat awal tetapi kini mengkucarkacirkan organisasi Pas sendiri?

    Ke mana puak ulama dan Presiden Pas mahu membawa Pas?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa