Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 9, 2014

Korang Tengok Ni....Sape Lebih Rasional Antara Hadi Dan Wan Azizah?

Maaflah......mungkin tajuk aku ni mencubit sikit.....
Tindakan seorang nelayan dan seorang dokter pastinya berlainan
Tentunya seorang dokter akan lebih cermat kerana kerja mereka melibat manusia yang ada perasaan dan rasa sakit berbanding nelayan yang menebarkan jalan jala/pukat secara rambang walau pun di dalam air itu ada batu, kayu hatta selipar buruk pun akan terjala!

Aku bukan penyokong tegar Wan Azizah atau Anwar
Tapi aku tengok pada kecerdikan dan rasional pemikiran mereka

Wan Azizah: Saya sedikit terguris tapi tak marah
mk - 6:19PM - 8 Sep 2014
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui beliau sedikit terguris dengan kritikan dan "serangan peribadi" yang dibuat presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap beliau.

Bagaimanapun beliau tidak marah dan menganggap komen bahawa beliau "tidak berkelayakan" menjadi menteri besar, sebagai teguran dan meminta ahli partinya tidak membuat sebarang kenyataan balas.

"Saya sedikit terguris dengan serangan peribadi yang dibuat terhadap saya walaupun saya menghormati pendapat Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai kebolehan dan kemampuan saya.
 
"Walau bagaimana pun, tidak timbul kemarahan dan saya menerimanya sebagai teguran agar boleh memperbaiki diri Insya-Allah," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Jumaat lalu, dalam satu ceramah Hadi dinaikkan di Youtube menyatakan Azizah bukan pemimpin yang kuat serta tidak mempunyai kebolehan untuk berdebat soalan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Hadi turut menyatakan beliau menolak Azizah bukan kerana ada kaitan dengan jantina sebaliknya seorang menteri besar perlu mempunyai kriteria tertentu yang tidak dipenuhi Azizah.

Wanita dan Pemuda PKR serta DAP kemudiannya mempertahankan Wan Azizah dan menempelak Hadi yang didakwa turut telah gagal dan tidak berkesan dalam Parlimen serta menjadi menteri besar Terengganu hanya sepenggal.

Bagaimanapun Wan Azizah berterima kasih dan mendoakan agar Hadi dipanjang umur serta mahu tiada lagi sebarang kenyataan menyelar Hadi dibuat oleh sesiapapun.

"Oleh itu, saya menasihati semua supaya tiada lagi sebarang kenyataan balas dibuat berhubung kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

"Fokus kita sewajarnya bersatu membela rakyat dari pelbagai tindakan Umno-Barisan Nasional yang menekan rakyat," katanya.

38 comments:

  1. admin,

    jangan ingat orang agama ni sentiasa rasa rendah diri sebab banyak ilmu. zaman ni boleh tengok,ramai agamawan yang songbong dan bongkak, tak lupa jugak agamawan yang sanggup menyembunyikan kebenaran sebab mengejar dunia.

    buat hadi, kalau dah buat salah, mintak la maaf.

    ReplyDelete
  2. Itulah sungguh mulia peribadi Wan Azizah ini...jauh lebih baik darpd orang yang mengaku ulamak tapi menunjukkan peribadi sombong,bongkak aku salute WAWI...pintarberhemah tinggi dan cekal...semoga Allah pelihara dia dan sentiasa memberi barakah..amin

    ReplyDelete
  3. Sepanjang episod kemelut MB Selangor ini, saya hanya melihat kesombongan dan kebodohan Haji Hadi Awang. Pelik juga bagaimana ahli2 PAS boleh bertahan menerima beliau sebagai Presiden.

    ReplyDelete
  4. Sama2 kuat kutuk dan fitnah orang sama2 rasa la..ingat doa setiap umat islam malaysia pada hari jumaat supaya anasir yang menggugat negara akan dihapuskan..Allah amat adil..

    ReplyDelete
  5. lebih pelik camner org2 mcm korang yg tk tau hormat sdngkan wan azizah sndri sedar siapa tuan guru presiden kami

    ReplyDelete
  6. Aku yang usia melewati setengah abad ini pun berasa risau dek kerana menjadi penyokong PAS dari zaman Lebai Kampong lagi. Tak pernah aku tengok begitu ramai cenderung kepada PAS semasa Ust Fadzil Noor (Allahyarham) menjadi Presiden dengan pendekatan beliau mengambil golongan profesional dan berfahaman liberal masuk beramai-ramai ke dalam PAS. Anwar pula selepas itu (keluar penjara) bertindak menarik sokongan kaum Cina dan India terhadap PAS dan PR. Tapi kini semuanya akan hancur dan musnah dek kerana Tuang Presideng Hadi Awe bersama menantu, anak dan puak UG-nya. Berpolitik bukankah untuk merebut kuasa? Kemanakah arah tuju PAS tanpa adanya kuasa? Sesungguhnya Selangor telah menjadi batu nisan buat PAS..... Golongan pengundi atas pagar, pengundi yang mula berjinak dengan PAS, belia-belia yang celik politik dan layak mengundi, kaum Cina dan India serta mereka yang terlibat dalam gerakan reformasi (Anwar Ibrahim) akan berasa marah, benci dan terlalu prejudis terhadap golongan yang mengelar diri mereka Ulama Serban Tinggi (berperangai seperti Bani Israel). Sama juga seperti UMNO yang memerlukan masa 50 tahun lagi bagi memulihkan imej parti mereka di mata rakyat, PAS juga perlu sekurang-kurangnya 50 tahun lagi untuk melakarkan semula imej mereka yang tercalar amat teruk di mata para penyokong dan marhaen yang memandang imej pemimpin parti berjenama Islam tetapi amat jauh sekali amalan yang melambangkan keIslamannya.

    ReplyDelete
  7. Sdr. Mansor bin Junus dan 1Crony

    Bagi pengikut setia PAS kononnya 'Tuan Guru' mesti dihormati sebab Ulamak adalah pewaris Nabi.

    Soalnya layakkah diberikan status 'Tuan Guru'dan pewaris Nabi bila bercakap sesedap hati dan bila buat keputusan pula selalu flip-flop?
    Dan adakah pernah Nabi bercakap ikut sedap mulut dan membuat keputusan yang selalu berubah-ubah?

    ReplyDelete
  8. jari kaki cekam 9:07PM

    Wan Azizah juga sedar bahawa Tuang Guru kamu tu "Munafik" tapi takkanlah nak mewar-warkan kepada para penyokong. Bahasa politik adakalanya perlu lembut dan tak perenggus dan bengkeng serta cepat mengkafirkan orang yang tak sehaluan politik atau sefahaman dengan kita. Betulkan bapuk?

    ReplyDelete
  9. kahkahkah... dh puas anak2 buah belasah hadi kaw2 tetiba tunjuk heroin plak...
    bila org x nak jawab knp x maw pilih wawi sbb nk jg hati di paksa2 nk taw kenapa ...dh bg jawaban terasa la plak... hahaha..
    kalou dh x suka tu ada jer nk d bahankn...

    ReplyDelete
  10. kenapa beria-ia sangat nakkan wawi. Dari segi akhlak takde sape boleh sangkal, tapi dari segi kemampuan utk mentadbir tu yg membimbangkan.Linlah kalau dah takde orng lain yg mampu.

    Jangan paksa rakyat membuat pelbagai spekulasi dengan kedegilan utk mempertahankan agenda yg tiada sape ketahui. Fikirkan kemaslahatan umum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari segi kemampuan aku pun rasa bimbang.pasal x pernah tau dan tgok dia jd mb.sama mcm khalid ibrahim dulu juga.boleh ker org koperat yg x taw sepak trajang politik jd mb.tp dlm politik semua akn dinilai selepas pegang jawatan.sebagaimana tg haji hadi dinilai selepas jd mb t'ganu almarhum ust azizan jd mb kedah nizar jd mb perak.tg nik aziz mb klate dan mb klate skrg.dh jadi mb boley citer bgus or tidak.pasal rekod dok ada.WAWI blom ada rekod MB.so samalah dia mcm orglain sblm jd MB.tak salah kita nak pong pang kritik dia sblm jd MB.lg bgus pasal biar dia nmpak apa itu tanggungjwb.yg x bestnya sblm jd MB dah angkat melangit.dah jd MB pehhhhh!!!tergolek.siap bg bermcm alasan lg.salahkan org n musuh.dlm diri x mau koreksi.paling x tahan beralasan takdir.senang tol hidup.pasal x taw taqdir la kita berusaha..senang crita ckp jer sblm percalonan bkt damansara dah taqdir kita letak calon lwn dgn bn n nasir kominis.aaaa lg satu taqdir lwn pil kuda.itu taqdir kemampuan agaknya...

      Delete
  11. Dengan Nama Allah SWT
    Betullah kekata peribahasa Melayu " HANYUNAN TANGAN WANITA BOLEH MENGONJANG DUNIA" .Saya turut simpati dengan Dr Wan Azizah yg menjadi mangsa suaminya . Dari awal lagi beliau memaksakan dirinya untuk merlibatkan dirinya di kancah politik semata mata mengikut telunjuk kerakusan suaminya untuk menjadi pimpin yg di kenali.Dari episod PERMATANG PAUH sehingga KAJANG MOVE Dr Wan Azizah menjadi suruhan terlunjuk suaminya. Saya yakin setiap wanita ingin mengabadikan diri mereka untuk menjadi surirumah sepenuh masa dan meluangkan masanya untuk mendidik anak anak beliau di rumah dan bermanja manja dengan cucu cucu nya NAMUN dek kerana kemaruk politik suaminya , Dr Wan Azizah terpaksa menjadi HAMBA TEBUSAN SUAMINYA yg bernama DS Anwar Ibrahim bekas ahli UMNO BN. Moga moga Allah SWT menyedarkan saudara DS Anwar Ibrahim dari menyiksa kehendak naluri seorang isteri/ibu/nenek . Kenapa tugas suami mencari rezeki digalas oleh isterinya???? Mungkin saudara MOUNTDWELLER boleh menasihati saudara DSAI.

    ReplyDelete
  12. Masya Allah

    Saya ter baca ini sedih lihat Tok Guru Agama ber sifat Bacul sama Perempuan...

    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/wan-azizah-admits-feeling-hurt-by-hadis-personal-attack

    ReplyDelete
  13. Apa kah sama orang bahalol dengan se orang bijak ?

    Di malaysia saja si bahalol dengan air muka bahalol dapat menipu jutaan melayu yang rata rata bahalol.

    Dapat dato seri pulak...

    Sekim Pembahalolan Bangsa dari Lord Ried ber jaya di Klantan Terengganu hingga negeri lain.

    Masya Allah

    ReplyDelete
  14. Tuan Haji Jamaludin Haji Ariffin

    Saya tidak kenal Anwar dan tidak pernah cuba merapatkan diri dengannya kecuali sekali saya pernah bersembang dengannya ketika dia menjadi timbalan kepada Dr. Mahathir.

    Saya juga bukan menjadi ahli mana-mana parti poltik cuma saya adalah penyokong keadilan dan amanah di dalam pemerintahan. Jadi saya sokong perjuangan PR.

    Satu lagi saya amat tidak senang dengan mana-mana pemimpin jenis flip-flop sebagaimana Pak Lah dulu di dalam UMNO dan sekarang Haji Hadi pula di dalam PAS. Yang lebih teruk Haji Hadi yang cakap berbelit-belit dengan keputusannya yang berubah-ubah

    Anwar-Azizah bukan pemimpin Idola saya.....

    ReplyDelete
  15. Sabarlah Kak Wan.Terimalah kenyataan.Lepas ni,kita kosongkan kerusi DUN Penang pulak.Kak Wan boleh KM Penang.Rasanya DAP mesti setuju cadangan ni..

    ReplyDelete
  16. X pikir plak mcm mana tan sri khalid kena serang dulu.

    ReplyDelete
  17. Kalau nak meraung, menangis, sedu-sedan, trguris hati, tanya Khalid Ibrahim macamana ko orang buat dia dulu. Kalau takut dilambung ombak , jangan masuk politik. Jadi isteri seorang banduan yang taat, jaga keluarga dan curu-curu. Bukannya jaga negeri.

    ReplyDelete
  18. Masaalah ini di mulakan oleh pkr, sekarang dh teruk tuduh pas pula pengkhianat setiakawan. Apa cerita???

    ReplyDelete
  19. aku rasa hj hadi cakap direct, tapi org melayu tak boleh lagu ni, cepat terasa. tapi apa boleh buat aku tak nampak wan azizah itu ada tokoh apalagi kalau jadi mb yg akan berentap dengan sultan selangor.

    ReplyDelete
  20. Saya amat simpati terhadap wan azizah atas nasib yang dialaminya. Malang sekali dia mungkin tidak akan merasai kerusi menteri besar selangor/

    Apapun saya lebih simpati terhadap tansri Khalid Ibrahim. Bukan soal keperibadiannya yang saya persoal tetapi cara untuk menjatuhkannya lebih beribu-ribu kali mengguris hati bukan sahaja TKI malah keluarganya dan juga rakyat selangor keseluruhannya.

    Pengajaran yang saya dapat adalah, jika hari ini kita mengguris atau menghina orang lain; hari esok orang lain akan mengguris/ menghina kita pula. Kenapa ia berlaku seperti satu pusingan begini? Hanya Allah yang Maha Mengetahui....

    ReplyDelete
  21. I wont buy TGHH, ulamak sapa tak boleh ditegur, dikritik kepimpinan, kaedah... nonsense ! Okay do it with some manners !

    Yes kita hormat dia sebab dia ketua, alim ulamak !

    TAPI kalau terbukti mana ketua lembik, lembab, lemah, failed big time, dah mula banyak hanky panky, cakap pun dah melalut.. UBAH aje la ! Ini kali lah !!

    Must-stop-A tu sama naik selama hari ni... elok le sama sama turun !

    "Terima kasih" untuk khidmat anda ber-2 yang tak seberapa tu !

    ReplyDelete
  22. Jangan tengok perasaan kak wan aja.
    Tengok jugak perasaan Tansri Khalid.

    Nak jadi MB mana boleh cepat terguris. Lihat TKI, dia masih mampu tersenyum...

    ReplyDelete
  23. hari tu cabar hh nyata sbb penolakan azizah. dah nyatakan disalahkan pulak. memang pembelit admin ni. kalau dah azizah tu bagus buat keputusan skrg hantar 3 nama pd istana. knp nk tunggu anwar balik? nk bg 3 nama pun tak mampu mcm mana nk jadi mb!

    ReplyDelete
  24. Abe

    Nak kenal siapa Anon 10:30, 10:36,10:49,10:53, 10:56 dan seumpamanya, baca kat bawah.

    ........................


    Sedari dulu Special Branch memang telah meletakkan "mole" nya dalam parti pembangkang. Mole ini dipilih ditempat yang strategik. Kadang mole ini hanya dibiarkan diam membisu sahaja tanpa diaktifkan.

    Sasaran yg paling mudah untuk ditarbiahkan menjadi mole & alat Special Branch ialah mereka yg sedari awal beriman dengan kesedaran palsu Ketuanan Melayu.

    Mereka ini juga cenderung pro Monarki kerana menganut faham feudal taat Raja yang kental.

    Kadang mole ini sendiri tidak menyedari sebenarnya mereka telah diperalatkan. Mereka masuk kedalam perangkap Special Branch apabila pemikiran mereka berjaya dipengaruhi.

    Dibekalkan dengan maklumat2 palsu yg bersifat ekskusif & intel, mereka ini akhirnya dimabukkan dalam alam rahsia tipu daya ini dengan diberikan beberapa kelebihan dan penghormatan, khususnya akses kepada pihak istana & pimpinan elit UMNO.

    Tokoh dalam PAS yg sudah lama sudah masuk dalam perangkap Special Branch ini ialah Dato Harun Din. Kalau dulu peranan Harun Din hanya sebagai reserve, sekarang Harun Din telah di activate secara total.

    Sekarang Hadi Awang pula sudah masuk kedalam perangkap muslihat Special Branch. 

    Perhatikan kenyataan2 Hadi Awang yg menggunakan hujah istana yang sebenarnya adalah bentuk faham feudal yg beku untuk membenarkan campurtangan politik golongan Monarki dalam negeri Selangor.

    Hadi Awang dalam kenyataannya menegaskan dasar PAS mempetahankan Raja Berpelembagaan tetapi beliau sendiri sudah dikelirukan dengan makna Raja Berpelembagaan.

    Makna Raja berperlembagaan ialah peranan Raja terikat & terbatas oleh peruntukan2 yg terdapat didalam Perlembagaan.

    Tetapi Hadi Awang berhujah tidak mahu "membelakangkan Sultan", sedangkan Sultan memang harus dibelakangkan dalam urusan politik negara, ini hakikat yg termaktub dalam perlembagaan.

    Fungsi & tugas Sultan dalam melantik Menteri Besar hanya bersifat ceremonial. Tidak menjadi kesalahan apa pun menghantar hanya satu nama kepada Sultan dalam perlantikan Menteri Besar kerana itulah amalan yg sebaik2nya.

    Anggota Gerak Saraf Special Branch jugalah yang melatih kumpulan perosak Cybertrooper UMNO di alam maya internet. 

    Makhluk yg memakai id "Er" ini adalah contoh doktrinasi perang saraf Special Branch yg diterapkan oleh Cybertrooper UMNO.

    Senjata utama mereka ialah menyebarkan berita2 palsu, melaga2kan sesama pimpinan parti Pakatan Rakyat & menggunakan kata2 kasar & kesat untuk menegangkan uraf saraf penyokong Pakatan.

    Sayangnya hal ini kurang diperhatikan oleh jentera Cyber Pakatan Rakyat. Perhatikan bagaimana mereka ini menmanfaatkan krisis perlantikan MB Selangor. Mereka muncul diruang2 komentar berita secara berpasukan utk memberi gambaran suara mereka ini mewakili kumpulan majoriti rakyat.

    Perhatikan juga bagaimana kumpulan Cybertrooper UMNO ini menyusup kedalam laman forum Tranungkite yg dikuasai PAS.

    Mereka inilah yg menjadi agen pecah belah dikalangan jemaah & pendukung Pakatan Rakyat.Malangnya ada dikalangan pimpinan kita sendiri yg sudah masuk kedalam perangkap mereka tanpa disedari.

    ReplyDelete
  25. berbicara biarla berlapik.. Nabi pun rasanyer cakap berlapik

    ReplyDelete
  26. Tuan Guru kampung, otak kampung kekampungan made in terengganu. Perangai keldai. Boleh berambus la ulamak ni. Berapa banyak ulama yang akan masuk neraka, kenapa aku nak ikut. PAS hampas boleh mamPUS. Parti Ulamak Semesia...untuk ulamak bangang dan kuncu kuncu ulama yang sukakan lubang tahi umno

    ReplyDelete
  27. Tuan Guru kampung, otak kampung kekampungan made in terengganu. Perangai keldai. Boleh berambus la ulamak ni. Berapa banyak ulama yang akan masuk neraka, kenapa aku nak ikut. PAS hampas boleh mamPUS. Parti Ulamak Semesia...untuk ulamak bangang dan kuncu kuncu ulama yang sukakan lubang tahi umno

    ReplyDelete
  28. Anon 11:14PM

    Terima kasih di atas info......ya faham!

    ReplyDelete
  29. 11.14....asal tak mengampu kak wan aje mesti kena cop cybertroper umno... asal pertahankan hadi/ TKI aje mesti kena cop macai umno....

    Hentikan la sikap serkap jarang tu.. Muak la tengok perangai budak tadika yang tak dapat terima perbezaan pendapat!

    ReplyDelete
  30. A'kum semua pengujung

    Sebenarnya apa yang saya Highlightkan di sini ada kerasionalan dalam berbicara dan kebijaksanaan menjawab soalan wartawan walau pun dia memang terasa dengan apa yang telah diucapkan oleh 'pemimpin' itu.

    Saya tidak sentuh pun apa yang Wan Azizah rasa atau pun apa yang TS Khalid rasa. Dan seingat saya bukan Wan Azizah yang menyerang Khalid tetapi orang-orang kanan di dalam PKR. Jadi adalah tidak betul kalau itu ditujukan kepada Wan Azizah.

    Begitu juga PKR berkeras nakkkan Wan Azizah jadi MB. Itu hak mereka (PKR). Cuma yang saya peliknya takkanlah PKR tidak menyediakan calon alternatif selain Wan Azizah?

    Sultan pun dah nampak mula nak berkeras. Entahlah kuasa punya pasal, masing-masing nak tunjuk bagak!

    Tak fikir ker bagaimana perasaan rakyat dan perasaan pengundi yang telah memberikan undi kepada mereka?

    ReplyDelete
  31. Encik Admin....dah la tu..meh gi tido. Dah malam nih. Esok nak gi kerja. Aku pon nak gi tido nih. Bior la bagi brother anwar kasi settle ini problem.

    ReplyDelete
  32. LABUKAU

    Terima kasih....ko tidolah dulu. Bagi aku awal lagi ni!

    ReplyDelete
  33. aku akan pancung mole mole yang celaka dan jahanam itu!...Tunggguu....kalau lah ulamak pun cakap biadap..aku akan lebih daripada itu lagi untuk puak yang aku fikir lebih dari celaka laknatulllah tu!!

    ReplyDelete
  34. Dah terguris dah tok nek? How lah? Ini lah dunia politik. Klu chenchitif sangat duduk umah jaga cucu.
    No, your sob story, your tears, don't cut it for me.
    Haji hadi (dan skg juga Nik Aziz) mmg tepat. Tak de calibre lah tok nek!

    (oops kang di tuduh kita ni SB lak. padahal nya kita ni tak berparti... Org sgor yg TAK MAU nenek kipas. Nasib baik ada sultan)

    ReplyDelete
  35. Fikirkanlah aduhai saudara sekalian, seandainya dilaksanakan Enakmen atau Hukum Hudud dan kuasa pemutus (vito) adalah Tuang Presideng, rasanya dah tentu ramai dari penentang beliau akan dipotong tangan dengan alasan "mencuri kerana mampu". Belum lagi diberi kuasa melaksanakan perkara-perkara yang melibatkan "grand" atau "big show" maka Tuang Presideng sudah mengelencong 100%, apalagi diberi kuasa dan disokong pula oleh puak yang berkepentingan dalam parti contohnya menantu abah 'Ding Ayam" dan sebagainya maka apa bezanya perlakuan pemimpin ini dengan pemimpin dari parti UMNO. Lebih baik pilih UMNO di setiap PRU kerana mereka dah terbukti berjasa kepada rakyat berbanding PAS yang hanya tahu mengusung tin "Milo" memunggut derma dari orang ramai untuk perjuangan katanya..... Lihatlah pemimpin utama PAS ini, belum berkuasa dah lebih teruk dari pemimpin UMNO (UMNO pun tak bengkeng dan perengus serta mengkafirkan orang yang tak sehaluan dengan mereka). Rasanya kalau Tuang Presideng ini berdebat dengan Saifuddin Nasution pun 2 mini aje dah pengsan dan berbuih mulut apalagi dengan DSAI.

    ReplyDelete
  36. Awesome article, I’m going to spend more time exploring this area of interest.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa