Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 8, 2014

Hoii Azmin.....! Pimpinan Dan Ahli PKR Mungkin Dengar Hang, Tapi Penyokong?

Kalau hang terima pencalonan MB oleh PAS hari tu , mungkin keadaan kalut tak berpanjangan macam ni
Habis......sekarang agak bagaimana penyelesaiannya?
Agak-agak Sultan akan akur ker dengan kehendak PKR?

Langkah Kajang dah jadi langkah tempang........dah hampir jatuh longkang!

Kemelut MB Selangor: Azmin gesa pimpinan, ahli PKR bertenang 
TMI - Published: 8 September 2014
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yakin PKR akan dapat mengatasi kesukaran berhadapan kemelut melibatkan jawatan menteri besar Selangor yang sedang dihadapi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 September, 2014.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menyeru agar pimpinan dan ahli PKR bertenang dalam menghadapi situasi kemelut menteri besar Selangor yang kini dilihat semakin kritikal.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu bagaimanapun berkata, beliau yakin situasi berkenaan akan selesai.
"Saya menyeru semua pemimpin dan ahli PKR bertenang serta tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan suasana politik.
"Saya akui kita sedang menghadapi sedikit kesukaran namun saya yakin berdasarkan pengalaman dan semangat muafakat dalam parti dan Pakatan Rakyat (PR), pimpinan PKR akan dapat mengatasi kesukaran sekarang," katanya.
PKR sebelum ini berhadapan dengan dakwaan daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata kemelut menteri besar di Selangor berpunca daripada PKR dan PAS katanya menolak pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar kerana faktor kelayakannya.
"PKR komited dengan PR, perpaduan itu perlu diperkukuhkan. Justeru, saya berharap pimpinan dan anggota tidak melatah, sebaliknya sentiasa berhemah, tenang dan berhikmah dalam semua keadaan
"Saya juga ingin menegaskan dasar PKR yang mendudung sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang merupakan salah satu tunggak kerajaan," kata Azmin, yang juga ahli Parlimen Gombak.
Azmin sebelum ini dicadangkan sebagai calon kedua selain Dr Wan Azizah oleh PAS untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau bagaimanapun menolak pencalonan itu kerana ingin memberi laluan kepada Dr Wan Azizah, yang juga isteri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan itu.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini melahirkan rasa kecewa dengan tindakan PKR dan DAP yang mengingkari arahannya supaya mengemukakan lebih daripada dua nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor.
Pada masa sama, baginda tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan nama Adun lain daripada PR yang berkelayakan untuk dilantik memimpin negeri terkaya itu.
"Sultan Selangor amat berasa dukacita di atas tindakan parti DAP dan PKR yang ingkar terhadap titah baginda bertarikh 27 Ogos 2014.
"Tindakan parti DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor," kata Sultan Selangor melalui kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Sulitnya Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini. – 8 September, 2014.

2 comments:

  1. Berhati-hatilah dengan Raja Berpelembagaan ini nanti disumpahnya kamu akan jadi batu yang tertulis di atasnya "rakyat berpelembagaan" pulak. Tak payah banyak cerita, rakyat pun sudah terhidu bahawa Raja Kavitar Kaur akan membubarkan DUN untuk PRN dan Muhyideen Yasin akan menggantikan Noh Omar sebagai Boss UMNO di PRN itu kelak. Tak payah nak flip-flop minta 2 ke 3 nama atau 10 nama sekalipun kalau dah dibuat perbincangan awal dengan Najib serta Hadi Awang - semuanya hanya wayang. Bagaimana nak sorok bangkai gajah di atas padang bola? Serban kalau setinggi gunung sekalipun kalau disogok dengan wang ringgit maka mendidih juga otak di kepala.

    ReplyDelete
  2. Nice to be visiting your blog once more. Nice this post.

    Thank you for sharing.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa