Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 12, 2014

‘Tiram Sasi’: Punyai Hubungan Dengan MIC?

‘Tiram Sasi’: Satu lagi ketua penjenayah punyai hubungan dengan MIC?
V Shuman11:30AM Sept 12 2014
PETALING JAYA: Seorang ketua penjenayah ditembak mati di Johor Bahru dan persoalan kini timbul samada dia mempunyai hubungan dengan MIC.


Sasitharen Manicam, atau lebih dikenali sebagai “Tiram Sasi”, 33 tahun, yang mengetuai kumpulan “04” ditembak ketika duduk di dalam kereta Honda City miliknya di depan bangunan tiga tingkat di Taman Desa Cemerlang di Johor Baru Selasa lalu.
Sasi pernah menerajui Pergerakan Tindakan Tegas Baharu (NAAM) Bahagian Johor – ia merupakan pertubuhan NGO yang mempunyai hubungan baik dengan MIC.
Bangunan tiga tingkat yang berdekatan dengan insiden tembakan itu turut menempatkan pejabat NAAM.
NGO itu ditubuhkan Naib Presiden MIC yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M Saravanan pada akhir 2013 bagi membantu golongan muda berbangsa India melalui pembangunan keusahawanan, pembiayaan perniagaan dan modal insan.
Pertubuhan itu meneriman geran sebanyak RM37 juta daripada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Belia dan Sukan.
Sasi juga merupakan presiden satu lagi NGO bergelar “Persatuan Pembangunan Putra Wawasan” – yang membantu rakyat dari segi pendidikan, peluang pekerjaan dan kebajikan.
Laman Facebook NGO kini dipenuhi gambar Sasi di majlis MIC serta Saravanan.
Sebelum kejadian terbaru, Sasi pernah ditembak di perut dan tangan kanannya pada Januari tahun ini.
Pihak polis telah menahan dua lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan, tetapi enggan mengulas motif pembunuhan.
Berikutan insiden pembunuhan tersebut dan kaitan Sasi dengan MIC – S Gobi Krishnan, setiausaha agung Parti Gen Baru Malaysia, telah mencabar Saravanan menjelaskan hubungannya dengan ketua kumpulan penjenayah.
Gobi Krishnan menulis tweet “Macam mana ketua gangster 04 Tiram Sasi yang ditembak mati hari ini boleh jadi ketua NGO NAAM yang terima dana daripada KBS?” bagi bertanya kepada Khairy Jamaluddin, yang juga Menteri Belia dan Sukan.
Untuk rekod, nama Sasi termasuk dalam senarai ketua kumpulan penjenayah yang dilaporkan Bernama September tahun lalu. Laporan memetik sumber daripada “Ops Cantas Khas”, walaupun polis menafikan mereka mengeluarkannya.
Sasi turut merupakan penjenayah dikehendaki di dalam senarai polis berikutan siri peras ugut dan rompakan.
Foto pengkebumian Sasi yang tersebar di WhatsApp mencerminkan hubungan mendiang dengan ahli politik serta kumpulan penjenayah.
Di satu pihak, terdapat kain rentang dengan gambarnya yang mendakwa mendiang Sasi “Raja JB” dengan nombor 04, manakala ada juga kain rentang NAAM.
Selepas dua hari insiden terjadi, terdapat dua laman Facebook bagi memberi penghormatan kepada Sasi.
Salah satu laman – Rest in Peace Tiram Sasi Anne mendapat 3,700 penggemar.
Ini bukan kali pertama MIC dikaitkan dengan kumpulan penjenayah. Tahun lalu, ketua pemuda MIC Hulu Langat dan ahli exco pemudanya Kalai Assrasu Muniyandi turut tersenarai di dalam senarai penjenayah sebagai ketua kumpulan “36” cawangan Kajang.
Ahli perniagaan itu ditembak tiga kali oleh penyerang tidak dikenali ketika di kedai kopi di Kajang pada 2010. Dia pulih selepas menjalani rawatan selama dua minggu.
Kalai menafikan dia ketua kumpulan dan dipetik berkata akan mengambil tindakan terhadap Kementerian Dalam Negeri.
Kini, adakah Saravanan atau MIC akan tampil bagi membuat penjelasan – atau mungkinkan mereka akan menyepi seperti biasa?
Polis juga perlu memberitahu motif pembunuhan – samada ia bermotif politik atau berkaitan kegiatan kumpulan, bagi menghentikan spekulasi.

1 comment:

  1. If you wiѕ&#1211 for tߋ tаҝе a ǥοοԁ &#8574еal fгоm tҺіѕ
    ροѕt thеn уoս
    Һаѵе tο ɑрp&#8572ʏ ѕucɦ
    ѕtгɑtеgіеѕ tߋ y&#11423&#6489r &#7457οn wеbl&#11423g.


    &#5500еrе іѕ mү աеƅρаge: beachbody derm exclusive review

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa