Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 15, 2014

Tindakan Yang Memalukan

Yang mendapat nama buruknya adalah Islam!

Adakah Islam mengajar umatnya membalas dendam dengan mengorbankan manusia lain yang tidak bersalah?
Kalaulah dia seorang pengintip, itu cerita lainlah......

IS dakwa penggal tebusan warga British, ancam bunuh seorang lagi
AFP |Kemas kini:September 14, 2014(Diterbitkan pada: September 14, 2014 11:12 MYT)

IS dakwa penggal tebusan warga British, ancam bunuh seorang lagi
Pembunuhan ini susulan dua wartawan Amerika Syarikat yang turut dipenggal beberapa minggu lepas.
WASHINGTON: Kumpulan pelampau Islam IS mendakwa mereka telah memenggal petugas amal British David Haines, tebusan ketiga warga Barat yang dibunuh dengan cara sama sebagai membalas tindakan Perdana Menteri Britain, David Cameron yang didakwanya bersekongkol dengan Amerika Syarikat dalam perang di Iraq.

Pembunuhan ini susulan dua wartawan Amerika Syarikat yang turut dipenggal beberapa minggu lepas.

Kumpulan itu menyiarkan sebuah video, yang boleh didapati di laman web kumpulan pemantau terorisme SITE, yang menunjukkan seorang militan bertopeng memenggal kepala Haines.

Video berdurasi 2 minit 27 saat dan berjudul “Pesanan kepada rakan sekutu Amerika” itu menyalahkan Cameron ekoran serangan udara bersama Amerika Syarikat ke atas para militan di Iraq.

Militan itu, mungkin orang yang sama dalam video terdahulu, memberi amaran kepada Britain bahawa kerjasama ketenteraan itu hanya akan mempercepatkan kemusnahan dan mengheret rakyat negara itu ke dalam “satu lagi perang berdarah dan tidak mungkin dimenangi.”

Dia juga mengancam akan membunuh seorang lagi tebusan warga British.

Haines, 44, yang dilahirkan di Scotland, dijadikan tebusan di Syria pada Mac 2013. Beliau bertugas dengan Agensi Kerjasama dan Pembangunan Teknikal (ACTED) dan pernah terlibat dengan aktiviti kemanusiaan di wilayan Balkan, sebahagian Afrika dan di Timur Tengah.

Terdahulu, dua wartawan Amerika Syarikat  Steven Sotloff dan James Foley juga telah diculik di Syria. IS kemudian mengeluarkan video yang mendakwa pembunuhan Foley pada 19 Ogos, dan Sotloff dua minggu kemudian pada 2 September

2 comments:

  1. macam2 jalan skrg manusia guna utk tegakkan keadilan@agama ni..
    (tapi kebanyakannya ialah jalan yg nabi saw x pernah contohkan dulu la..tapi mereka masing2 kata jalan mereka ni betul,namun bila nabi saw x contohkan bermakna org ramai berhak untuk tidak percaya kepada jalan mereka ni)..
    mcm2 jalan mereka guna..
    ada yg pakai jalan kepartian demokrasi..ada yg pakai jalan bunuh wartawan kafir yg x bersalah.. ada juga yg pakai jalan dgn lantik bini jadi mb hehe..mcm2 jalan la sekarang ni..hehe

    ReplyDelete
  2. Kan PM Najib mau ISIS ni dicontohi?????

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa