Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 15, 2014

Lidah Zam Itu Suara Siapa?

Razlan, jangan ko nak bakar Zam pulak!

Pemimpin Umno tersinggung sindiran 'bodoh' Zam
mk - 7:53PM - 14 Sep 2014

Seorang pimpinan Pemuda Umno berang dengan kenyataan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang secara sinis menggelar Umno sebagai "bodoh".

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii (bawah) berkata perkataan "Umno bodoh" tidak boleh diutarakan, walaupun ia bertujuan memperli pihak lain.
"Zam (Zainuddin) berhutang dengan saya kerana menggelar Umno bodoh kerana saya ahli Umno!

"Sama ada Zam bersetuju, memperli ataupun membantah keputusan kerajaan Persekutuan hari ini, perkataan ini tidak boleh diterima oleh saya," tulis beliau di laman Facebooknya hari ini.

Zainuddin hari ini dengan sinis meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mendengar pandangan Umno mengenai Akta Hasutan.

Dalam tulisan blognya hari ini beliau meminta Najib mendengar cakap Datuk Seri Idris Jala yang secara sinis dikatakan sebagai menteri kabinet yang "berpengaruh".

Zainuddin – yang kecewa kerana pentadbiran Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan kini menilai pemansuhan Akta Hasutan – meminta Najib tidak menghiraukan suara semua orang Melayu, orang Umno, Perkasa, Isma dan suara NGO Melayu lain.

"Ini semua suara ekstremis, bigot, bodoh, sempit dan tidak setaraf dengan pemikiran Western Liberalisme Datuk," kata beliau secara sinis.

Razlan menyatakan Zainuddin sebagai penulis yang berpengalaman dan agak berumur, seharusnya tidak hilang kawalan apabila menulis dan membuat kenyataan dengan memperlihatkan rasa amarah seperti seseorang yang pendek akal.

"Seharusnya beliau (Zainuddin) menunjukkan teladan yang baik dalam penulisan di blog beliau, bukannya menayangkan sikap tidak baik dan seolah-olah hilang sabar dalam menyampaikan atau memperjuangankan sesuatu.

"Adakah Umno benar-benar bodoh. Jika benar UMNO itu bodoh, sudah pasti kerajaan tidak akan berjaya mengekalkan pemerintahan negara sehingga ke hari ini," kata beliau.

Razlan sebelum ini dikenali kerana mengetuai demonstrasi dan mengugut untuk membakar bangunan ibu pejabat DAP kerana seorang pimpinannya mengutuk Umno Mei lalu.

1 comment:

  1. salam..

    umno tak bodoh.. rakyat yg sokong umno pn tak bodoh.. jgn ckp gitu sbb mak ayah kita, ntah2 adik bradik kita, silap2 bini kita sndiri pn sokong umno.. dah bodoh dgn prcuma.. mak ayah, adik bradik kita tu.. yg bodoh yg sbnr2 bodoh, prwakilan & mreka2 yg mlantik pemimpin yg ada skrg.. kalau rakyat yg sokong umno bn ni leh pilih sapa nk jd pm dsbnya, byk senarai nama.. dh tntu diorg yg trlibat iaitu minoriti dlm umno yg dh snarai mngikut ati perut mreka saja.. mngapa pakatan x menang2 wlau apapn cara diorg pkai smpai trpksa brdoa ko, ko pn x jugak ko, kene pikir dgn akal yg direct contact dgn ati spaya ati boleh bg point2 brguna utk diterjemahkn akal.. cdg aku, nape xbubar je pkr & pas ni & masuk umno..? nape..? korang akn bodohkn aku lebih 44 kali kn..? sblm korang buat gitu sbb mnatau nnti Allah swt bodohkn korang balik 44 x44 pulak payah, aku bg point sbb mntk jasa baik korang fikirlah masak2.. jgn bodohkn aku, jgn bodohkn sape2 jugak sbb kalau pro & kon dok bodoh mmbodohkn, yg akn bodoh kita smue.. ckp gini, bijak le tu.. nnti diorg ckp gitu balik, kita jd bijak.. kalau nk cite ngara khalifah, msia dh ada cirinya, putrajaya siap indah lg.. sbb tu org dulu2 kta braja di mata, brsultan di hati tu.. sapa org dulu2 tu..? pe kaji spaya jgnlah kita mngeji ssuatu yg trpuji.. msalah skrg kita ialah org xpuas ati.. jgn cite pnyokong umno sronok dgn kadar letrik skrg, kos barangan & sgala mcm bende tp salahkah ibu mngandung kalau ayahlah yg buat pasal..? yg payah skrg adalah prwakilan yg pegi undi calon2 yg pegang mt & sgala bapak menteri.. dgn hnya rm ntah nk g bayar duit kete pn xlepas, trgadailah maruah bangsa di mata dunia.. yg ni esok jwplan depan Rabb mu wahai smue prwakilan yg memilih pemimpin yg kita xpayah sebut nama tp kita tgk apa cerita yg dh brlaku skrg ni.. bubar semua, korang join umno.. bila dh ramai, korang pilih wakil yg brjuang krn Allah swt semata2.. brjihadlah dgn lidah2 kamu agr yg mndgr lebih memahami.. kalaulah korang betul2 ikhlas, inshaAllah, di situ ada jalannya.. sblm semaraknya reformasi ni, refleksologi xbrp byk pun.. semarak je reformasi ni, refleksologi pn ikut sma smpai ke pekan2 kecik pn ada.. pe kaji, pe tgk, pe teliti.. sbhgian besar kwsn sapa..? gini, akhir zaman, akal kita kene tajam mcm pedang, mulut ni tombak spaya dr jauh kita lontar, kene.. lupakn skjp pemimpin yg korang dok megah tu.. korang join umno sbb di situ ada sgala ssuatu yg korang kene tau.. bile dh rmai ahli di ssuatu kwsan tu, pelan2 tarbiah sbb leh gune jentera yg ada ttpi kejelah kerana Allah swt.. inshaAllah, siapa yg Allah swt nk pilih jd wakil tmpt tu akn mncul dlm ati msg2.. wakil2 ni akn pula mlantik antra mreka ke pringkat yg lebih tnggi hngga ke mt.. pastu pandai2lah brfikir dan buatlah sgalanya krn Allah swt.. islam ni akn trtegak juga di bumi melayu ni, inshaAllah krn apa yg msia ada, hmpir lengkap utk mncul negara kekhalifahan yg trunggul di dunia mlalui yg dipertuan agong.. beginilah, mna yg lebih mnguntungkan, mnjd mb ke neraka atau mnjd driver ke syurga..? fikir2knlah.. wallahua'lam

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa