Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 15, 2014

Hadi Tidak Akan Dijatuhkan

Ahad, 14 September 2014 21:21
Pas: Tiada usaha jatuhkan presiden?
KUALA LUMPUR - "Tiada siapa hendak jatuhkan Presiden Pas," demikian tegas Ketua Penerangan Pas Datuk Mahfuz Omar mengenai desas-desus yang mengatakan terdapat gerakan dalam Pas untuk menjatuhkan presiden.

Beliau berkata, semua ahli sepakat ketika memilih Abdul Hadi dan ahli Pas sama sekali tidak akan mengkhianati pemimpin yang dipilih mereka.

"Tidak pernah wujud gerakan. Ini mungkin kami meraikan perbezaan pendapat, kerana itu ada yang berfikir seolah-olah wujud gerakan seperti ini.

"Kami menghormati Presiden Pas dan saya beranggapan paparan media sahaja yang menggambarkan perkara itu wujud, sedangkan tidak," katanya kepada media, di Ibu Pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut, hari ini.

Beliau berkata, pada ketika ini Pas saling mencari persamaan khususnya dalam isu Menteri Besar Selangor.

"Isu ini membuatkan Pas seperti tidak sependapat.

"Ia juga membuatkan kami terpaksa menanggung beban sedangkan ia bukan berpunca dari Pas sendiri," katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai pendirian Pas jika Sultan Selangor, Sultan Sharaffuddin Idris Shah perkenan untuk calon Pas menjadi menteri besar, Mahfuz berkata, Pas tidak akan menerimanya.

"Pendirian Pas sangat jelas, kita hanya akan terima menteri besar dari calon PKR sahaja.

"Bukan mahu mengingkari titah Sultan, tapi itulah pendirian Pas berhubung isu ini," katanya. - sumber

7 comments:

  1. Dulu hadi tak nyanyuk, sebab tu ramai undi dia utk jadi presiden. Sekarang dah tak relevan, byk flip flop, cakap lain buatnya lain. Suruh dia mengajar agama jer lagi bagus daripada byk buat kerosakan dalm parti. Dia yg bikin rosak, org lain yg penat nak tolong betulkan.

    Kalau Hadi tak jadi presiden, PAS lingkup ke? Kalau org lain jadi presiden PAS tak berkembang ke?

    ReplyDelete
  2. Bolih jadi kata Mahfuz benar,tapi hakikat adalah Presiden yg mau jatuhkn parti!
    Hakiskn keyakinan kpd parti.
    Tu saja kan?

    ReplyDelete
  3. Betul kata mahfuz ni,x de sape yg nk jatuh kn tghh..
    Yg nk menjatuh kan tghh adalah geng2 ug dia sendiri..fikir2 kn lah wahai ahli pas..jgn nk salah kn org lain.

    ReplyDelete
  4. Puak UMNO biasalah. Kalau anwar boleh difitnah meliwat, setakat nak memditnah golongan ulamak mudah sangat. Dalam genggaman je. Budaya UMNO sudah sedia maklum.

    ReplyDelete
  5. Geng ulamak serban berbelit yang buat onar tapi geng tak ulamak pulak yang terpaksa bertungkus lumus mempertahankan hj.Hadi.Seolah olah geng ulamak pandang rendah je tahap geng tak ulamak.

    ReplyDelete
  6. Tapi nampak sangat Hj Hadi sama macam ketam dalam tong. Bila nampak kawan panjat dan hampir sampai keatas da tarik kawan tu ke bawah supaya sama-sama terkurung dalam tong.

    Perangai ketam ni juga terdapat dalam Umno.

    Masa dalam Umno Anwar hampir mencapai cita-citanya untuk jawatan PM, tetapi dia halang oleh kawan-kawannya sendiri hingga gagal dan akhirnya terpenjara.

    Masa dalam PR pun begitu juga bila dia lancarkan projek 16 September, dia digagalkan oleh rakan-rakan dalam PR.

    Masa menjelang PRU 13 sekali lagi dia digagalkan oleh rakan-rakan PRnya bila rakannya tidak mahu dia jadi PM tetapi mahu Ku Li jadi PM.

    Ditambah pula rakan PRnya sendiri juga menentang calun yang dia letakkan untuk bertanding hingga menjadi 3 penjuru.

    Masa dia mahu bininya ambil alih jawatan MB Selangor, sekali lagi dia digagalkan oeh rakan karib PRnya sendiri.

    Daripada 4 kali kegagalan yang dilalui oleh Anwar semuanya bukan disebabkan lawan diluar parti sebaliknya digagalkan oleh rakan sendiri.

    Sekali oleh rakan dalam Umno dan 3 kali oleh Haji Hadi.

    Tidak diketahui kenapa Haji Hadi sanggup berkelakuan seperti ketam dalam tong. Bukan sekali malah 3 kali dia menyepit kaki Anwar.

    Ahli Pas yang rasional memang tidak dapat menerima malah merasa malu yang teramat sangat dengan perangai Presiden mereka.

    Tidak peliklah jika ada suara yang menentang dan mahu Haji Hadi melepaskan jawatan Presiden.

    ReplyDelete
  7. PAS parti politik bodoh kampong. Orang Orang Melayu perlu sedar dan tidak membodohkan diri dalam permainan politik bodoh ini.

    Baca lah Tafsir Quran dan Sunnah agar memahami ayat ayat Quran yang berbahasa Arab itu.

    Islam tidak mengajar wala buta buta pada yang lemah salah atau pun bahalol.

    Melayu Melayu. Betul kata Tun Mahathir.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa