Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 15, 2014

Dia mungkin seekor ketam jadian!

Bung Mokhar ibarat ketam
Hazlan Zakaria11:30AM Nov 15 2014

SEKILAS PANDANG: Dalam menasihati pelajar-pelajar sebuah sekolah supaya mempunyai sikap dan personaliti yang baik dan menentang pembuli, Ahli Parlimen Kinabatangan kontroversi, Datuk Bung Mokhtar Radin kelihatan seperti seekor ketam yang mengajar anaknya untuk berjalan lurus.

Dilahirkan pada 15 September 1959, ahli parlimen Sabah itu tidak dilahirkan di bawah bintang zodiak barat Cancer (ketam), tetapi seperti yang ditunjukkan kejadian baru-baru ini, dia mungkin seekor ketam jadian.

Teliti ucapannya kepada sekumpulan pelajar di sebuah sekolah di kawasan yang diwakilinya, di mana beliau telah memberikan mereka nasihat mengenai perilaku peribadi.

"Sikap dan personaliti yang baik juga perlu dipupuk supaya mereka menjadi proaktif, demi pembangunan masyarakat dan negara," harian berbahasa Inggeris Sabah Daily Express memetik beliau sebagai berkata.

Saya pasti beliau merupakan seorang ahli parlimen yang berketerampilan segak, terutamanya selepas berkahwin dengan isteri keduanya, dia dilihat muncul berpakaian 'lebih bergaya' dengan rambut yang bergel dan diwarnakan.

Pastinya beliau telah berperibadi mempesona untuk memenangi hati pelakon itu. 

Tetapi mungkin beliau bukan ahli parlimen yang wajar bagi bercakap tentang sikap dan personaliti yang baik, secara umumnya. Sekurang-kurangnya tidak jika kita mengambil perhatian ke atas kualiti sumbangannya kepada dialog kebangsaan dan perbahasan parlimen mengenai isu-isu utama.

Namun begitu, saya mesti menyatakan bahawa kita tidak boleh menolak kemungkinan niat baik beliau. Cuma nasihat itu agak sukar untuk diterima, kerana datang dari seorang ahli parlimen yang begitu kontroversi.

Jika ditanya secara rawak, ramai orang akan berwajah kelat apabila ditanyakan mengenai kaitan nama Bung Mokhtar dengan "sikap dan keperibadian yang baik".

Dan nasihatnya yang seterusnya mungkin akan mencetuskan rasa radang kaum wanita yang pernah mendengar beliau berucap di Parlimen, kerana beliau sendiri sering dituduh membuli wanita dengan ucapan-ucapan liarnya. 

"Sesiapa sahaja yang telah dibuli boleh melaporkannya. Ada undang-undang untuk melindungi anda," Bung menasihati pelajar-pelajar itu.

Mungkin perlu diingatkan bahawa dia pernah melakukan jenaka "bocor", didakwa membayangkan yang bukan bumbung Parlimen sahaja yang bocor, tetapi juga merujuk secara tidak langsung kepada kitaran feminin seorang ahli parlimen wanita pembangkang.

Bung juga menjadi tajuk utama akhbar melalui kenyataannya bahawa pemandu wanita tidak tahu memandu.

Mungkin ini dibenarkan kerana beliau menikmati keistimewaan Parlimen, termasuk kekebalan bagi apa-apa yang dikata dan dilakukan di dalam Parlimen.

Tetapi walaupun beliau mungkin terlepas dari mahkamah undang-undang, ia mungkin tidak menghalang beliau daripada diadili mahkamah pendapat awam, dalam kes ini.

1 comment:

  1. budak bahalol

    tak makan gaji gomen , apa agak nya dia jadi...

    nasib baik ada sepilok di sabah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa