Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 5, 2014

Gesaan Mahathir: Agak-Agak Siapa Yang Jantan?

Dr M: Pemimpin Umno S'gor harus berundur
mk4:58PM - 5 Nov 2014

Pemimpin Umno Selangor yang terbabit dalam kegagalan parti itu dalam dua pilihan raya umum yang lalu, perlu berundur, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Pemimpin-pemimpin Umno Selangor perlu terima hakikat bahawa mereka kalah dalam PRU 12 dan 13. Mereka perlu undur," tulis Dr Mahathir dalam blog beliau hari ini.

Umno Selangor dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pilihan raya umum lepas dan kini digantikan oleh Datuk Seri Noh Omar.

Minggu lepas Najib berkata beliau "letih dan malu" setiap kali partinya disebut sebagai pembangkang di Selangor.

Menurut Dr Mahathir, menerima ramai ahli baru termasuk yang berbakat adalah perubahan utama yang perlu dilakukan oleh Umno Selangor.

"Hari ini untuk mendapat calon menteri besar di kalangan pemimpin Umno pun tidak ada. Pemimpin Umno biasanya tidak suka menerima ahli baru yang berbakat kerana takut mereka dicabar dan hilang jawatan atau tidak dapat jadi calon pilihanraya," katanya.

Beliau juga berkata perlunya memberi tumpuan kepada Generasi-Y di mana 2.5 juta pengundi muda akan mengundi dalam PRU14.

Bagaimanapun, katanya, ahli baru perlu juga ditapis oleh badan yang terdiri dari veteran Umno termasuk dan bahagian lain.

"Tapisan diperlukan kerana ada makhluk perosak yang ingin peralat Umno untuk agenda peribadi mereka," tambahnya.

Beliau juga berkata Umno mengikis sebagai parti rasuah dan oleh itu "jangan sekali-kali guna kereta mewah bila ke kampung".


# Saya baru sampai ke rumah dari luar kawasan. Jadi kalau lambat publish komen tu janganlah pula kata saya takut nak publish. Saya dah kata mana-mana komen saya akan publish sekirangan tidak tertakluk di dalam kesalahan mana-mana undang-undang Malaysia

1 comment:

  1. woi mamak mabuk...tua kutuk tak sedar diri...hang kata dah tak sokong najib....hang dok sebok pasai apa...hang takut depa bocor rahsia ka? hang lah pembelot bangsa melayu...hang dah perabis duit malaysia skrg hang nak hentam org lain....apa faedahnya klcc untuk rakyat...apa faedahnya sepang untuk rakyat...tgk sekarang nak buat hospitl pon tak cukup duit...sedarlah rakyat malaysia...mamak inilah petualang malaysia...duit malaysia habis digunakan...mamak ni tengah atur sesuatu...waspadalah bangsa melayu dgn helah mamak ni..ramai agen dia diluar sana...hilang sokongan tapi nak sebok lagi...ada makna ni

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa