Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 5, 2014

Hancuss......Hakim Macam Ni Pun Ada Ka?

Mahkamah tentera berat sebelah, ketua panel komen tentang tertuduh di Internet
Published: 5 November 2014
Juruterbang TUDM Mejar Zaidi Ahmad minta mahkamah tentera yang mengendalikan perbicaraan kesnya berhubung dakwat palsu ketika pilihan raya dibubarkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 November, 2014.

Mahkamah tentera yang mendengar perbicaraan juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Zaidi Ahmad yang didakwa membuat kenyataan terbuka berkenaan dakwat kekal digunakan semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) harus dibubarkan, kata pihak pembelaan hari ini.
Ini kerana, ketua panelnya, Kol Saadon Hasnan, menunjukkan sifat berat sebelah terhadap tertuduh dalam satu komentar yang dibuatnya di Internet melalui satu artikel di portal berita.
Peguambela Mohamed Hanipa Maidin berkata, Saadon bersikap prejudis terhadap Zaidi.
"Keadilan sudah terjejas. Anak guam kami tidak mahu beliau terus mempengerusikan perbicaraan ini," katanya.
Saadon didakwa mengulas satu laporan berita dengan menulis yang Zaidi sepatutnya menjadi penoreh getah sekiranya beliau tidak suka berada dalam tentera.
Kamar mahkamah bertukar kecoh apabila Hanipa membentangkan kesnya berhujah menggesa panel dibubarkan, dan Saadon menghentak meja.
"Sudahlah, duduk," kata Saadon.
Beliau dikatakan membuat komen tersebut melalui akaun Facebooknya menggunakan nama  Saadon Tson.
Ia sebagai respons kepada artikel "Peguam: Kesalahan Mejar Zaidi hanya kerana berani" dikeluarkan Malaysiakini pada 20 Oktober lalu.
Pengguna Facebook bernama Saadon Tson itu menulis: "klu tak nak jd tentera duk kampung motong getah je"
Hanipa berkata, pasukan pembela membuat carian di Internet malam tadi tetapi mendapati komen itu kini 'hilang' bersama dengan akaun Facebook tersebut.
Hanipa berkata, komen itu disedari selepas Zaidi membuat laporan dengan komander nombor satu Bahagian Tentera Udara di ibu pejabat tentera udara di Sungai Besi pada hari sama artikel itu disiarkan.
Pihak pembela boleh memanggil Saadon memberi keterangan sekiranya panel mahkamah tentera itu enggan melucutkan kelayakannya, kata Hanipa.
"Kita dibenarkan memanggil sesiapa pun memberi keterangan sebagai saksi," kata peguam itu.
Hanipa berkata, dalam keadaan biasa, seorang hakim boleh dilucutkan kelayakannya, tetapi dalam kes ini, Saadon membuat komen itu sebelum mahkamah tentera memanggil Zaidi membela diri.
Oleh itu, panel tersebut sudah berprasangka dan perlu dibubarkan, katanya.
Mahkamah pada 27 Oktober menetapkan hari ini bagi Zaidi, 45, membela diri.
Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera mengenai penggunaan dakwat kekal semasa PRU13.
Mahkamah sebelum ini menggugurkan lima daripada tujuh pertuduhan ke atasnya kerana kekurangan bukti.
Zaidi kemudian diminta membela diri atas tuduhan membuat kenyataan media menyuarakan kekecewaannya berkenaan dakwat kekal itu, dan membocorkan surat pekeliling mengenai penggunaan dakwat itu kepada media tanpa kebenaran daripada Majlis Angkatan Tentera.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Bertam Indah di Kepala Batas, Pulau Pinang, pada 3 Mei 2013.
Dalam kenyataan medianya, Zaidi mengatakan dakwat kekal itu – bertujuan mengelak undian berulang – boleh dibersihkan dengan mudah .
Beliau dipuji sebagai pemberi maklumat oleh kumpulan reformasi pilihan raya yang sekian lama curiga dengan proses pengundian melibatkan anggota tentera.
Di mahkamah hari ini, panel juga mengarahkan pasukan pendakwaan menarik balik kenyataan mereka menuduh pembelaan melambatkan prosiding mahkamah dengan membuat satu afidavit bersumpah baru tentang komen berat sebelah Saadon.
Pihak pendakwa berkata, permohonan membubarkan panel dan afidavit bersumpah itu tiba pada saat akhir dan mengejutkan semua orang. – 5 November, 2014.

Berkaitan: Bersih 2.0 gesa tangguh perbicaraan Mejar Zaidi

1 comment:

  1. Memang itu ungkapan pegawai2 yg bodoh (bukan semua, hanya sekumpulan kecil yg selalunya pegawai macam ni naik pangkat samaada meniru dalam pepereksaan kenaikan pangkat atau bodek orang atas yang berkaitan)dalam angkatan tentera yg kami sudah pun menerima ungkapan bangang tersebut, perlu diingat wahai pegawai bodoh kami bukan tidak suka dengan perkhidmatan kami tetapi kami amat membeci pegawai anda

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa