Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 11, 2014

Ibarat Penampar Ke Muka Najib?

Isu Umno S'gor: Dr M beri pilihan pada Najib
1:17PM - 11 Nov 2014 - mk
Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad memberi pilihan kepada, penggantinya, Datuk Seri Najib Razak sama ada mahu bertanggungjawab ke atas kegagalan Umno merampas semula negeri Selangor.

“Itu terpulang pada Najib,” katanya ringkas ketika ditanya sekiranya bekas pengerusi perhubungan Umno Selangor itu perlu memikul tanggungjawab tersebut.

Katanya lagi, pemimpin Umno Selangor yang lain juga perlu berundur kerana gagal membentuk kerajaan di tersebut, dua kali berturut-turut sejak pilihan raya umum 2008.

"Saya percaya bila kita dah lama dan tak berjaya, bagilah pada orang lain. Saya sendiri berhenti dan bagi tempat pada orang lain.

Jadi, kalau kita tak boleh nak jayakan usaha kita, kita serah pada orang lain dan kita sokong orang lain.

“Itulah cara-cara kita nak jadi pemimpin. Kalau pemimpin nak sampai seumur hidup, payahlah," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2014 hari ini.

5 comments:

  1. Masalahnya dizaman pemerintahan Mahathir hidup rakyat tidaklah susah sangat, harga barangan dan minyak masih rendah dan stabil walaupun gaji kakitangan awam rendah sedikit dari sekarang. Isteri Mahathir pun tidak kelihatan langsung mencampuri urusan dan hal ehwal negara. Kena Najib memerintah pula, macam buluh ditarik songsang. Hidup rakyat amat tertekan dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan serta minyak yang langsung tidak ada kawalan. Najib hanya tahu membuat janji dan tidak pernah beliau tepati. Rasuah berluas-luasa kerana beliau sendiri yang memulakannya terutama merasuah rakyat dan ketua-ketua bahagian UMNO dengan pelbagai projek sakit apabila hampir PRU. Pemberian BRIM yang langsung tidak praktikal dan tidak logik bagi sebuah negara yang sedang sepatutnya mendidik rakyat berusaha dan bukannya mengharap ikhsan dari kerajaan yang dipilih. Isteri beliau pula bukan setakat melebihi usia 3 tahun dari beliau, malah melebihi dari segala-galanya terutama campur tangan dari segi pentadbiran dan sering dilihat bermewah-mewah dengan hasil keringat rakyat, malahan dilihat seperti "iblis betina" yang sering membayangi kehidupan beliau.

    ReplyDelete
  2. mahathir bulat bulat bagi tau Najib , "You Bahalol"....

    bila kena Bahalol , perlu jadi lelaki dan pencen saja lah...

    tak payah jadi Bacul.

    ReplyDelete
  3. Setuju amat sangat. Najib hanya pandai berlagak nak tunjuk baik kononnya walhal pd hakikatnye bodoh, tolol dan zalim. Dia tak pernah peduli nasib rakyat. Hanya pikirkan bini badak dia tu saje.

    ReplyDelete
  4. Najib tak kan letak jawatan walau apapun berlaku.Bini dia paling power takde saper berani buat apa2. Hy masa & takdir saje menentukan.

    ReplyDelete
  5. Bila laki dah kena SENGGOL di hadapan para hadirin....itu alamat laki dah mati pucuk la...


    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa