Penghakiman kes Anwar mungkin ambil masa sebulan
DI KUALA LUMPUR - 10 NOV 2014 (2 HOURS AGO)
Keputusan mahkamah mengenai kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin hanya diketahui selepas dua minggu malahan sebulan.
Peguam pemerhati, Zambri Idrus yang mewakili pengadu Mohd. Saiful Bukhari Azlan berkata, penghakiman mungkin memerlukan masa sebulan memandangkan kes itu telah mencuri perhatian dalam negeri dan dunia.
Katanya, hakim juga memerlukan masa untuk meneliti rekod rayuan dan hujahan bertulis yang sangat banyak.
Menurutnya lagi, hakim akan menetapkan tarikh khusus untuk membaca penghakiman yang akan menentukan nasib Anwar selepas ini.
"Terdapat dua kemungkinan, yang pertama ialah hakim akan membaca penghakiman lisan sementara penghakiman bertulis akan diumumkan pada tarikh lain.
"Kemungkinan kedua ialah hakim akan membacakan penghakiman bertulis yang lengkap," katanya kepada Sinchew Daily.
Sementara itu, peguam pemerhati yang mewakili Majlis Peguam dalam kes rayuan itu, Lim Chi Chau berkata, penghakiman dijangka akan diketahui selepas dua minggu.
Katanya, mahkamah buat julung kalinya membenarkan hujahan oleh pihak pembela dan pendakwa selama lapan hari dan ia menunjukkan para hakim tidak mahu membuat keputusan secara tergesa-gesa.
Chi Chau tidak mahu membuat spekulasi mengenai nasib Anwar tetapi berpendapat keputusan hakim mungkin tidak sebulat suara dan berpecah kepada 3-2.
penghaki9man lambat sebab BN nak cari peluang tipu....atau hakim yang tiada kredibiliti...hihihi standard hakim Malaysia kini....
ReplyDeleteHakim- hskim kali ni bodo-bodo belaka kut...hakim-hakim dulu tu (sebelumPRK Kajang) sat saja bersidang....luar masa pejabat pun depa boleh stay back dan jatuh hukum.
ReplyDeleteTu la bola orang kata depa hakim mahkamah kanggaroo depa akan dakwa kita tmenghina mahkamah. Kita bukan hina mahkamah, kita hina hakim yang melacurkan prinsip sebagai penegak keadilan....
keputusan hanya boleh buat lepas Persidang Agong UMNO saja.
ReplyDeleteIni standard.
PM baru tak kesah pun pasal Anwar ini , hanya PM Bahalol saja amat risau PASAL Anwar.
Tun Mamak Kutty pun sudah lupa pasal Anwar pun...