Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 9, 2014

Kekal bersama Pakatan: Amat Bagus Tapi Akan Harmonikah Selagi 'Biawak Hidup' Masih Digalas?

Selepas retreat, PAS sebulat suara akan kekal bersama Pakatan
Published: 9 November 2014 - TMI

Retreat yang melibatkan AJK PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama hari ini mencapai kata sepakat sebulat suara akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat.
Keputusan itu dicapai selepas bersidang selama dua hari di sebuah hotel dekat Kuala Selangor dari pagi semalam hingga tengahari ini.
"Kita akan keluarkan kenyataan rasmi segera," kata seorang pemimpin kanan PAS kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi sebaik sahaja selesai program itu.
PAS mengadakan retreat itu ketika suasana parti itu berkecamuk dengan isu perbezaan pendapat di kalangan pimpinan dan ahlinya selepas isu pertukaran menteri besar Selangor dari Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Mohamed Azmin Ali.
Hampir semua pemimpinnya menyertai program itu, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut membentangkan kertas utama.
Hadi membentangkan kertas mengenai pelaksanaan Islam di negara demokrasi yang selalu menjadi isu antara PAS dengan rakannya dalam Pakatan khasnya DAP.
Naib presiden PAS Salahudin Ayub pula menyampaikan kertas mengenai hubungannya dengan Pakatan Rakyat.
"Kita mencapai satu kemajuan yang baik apabila segala perbezaan pendapat di kalangan pimpinan kita nyatakan dalam program ini dan dibincangkan dengan terbuka," kata seorang AJK PAS Pusat kepada The Malaysian Insider.
Namun begitu, katanya samada keseluruhan isu boleh diselesaikan atau tidak terserah kepada semua yang hadir untuk menyampaikannya ke peringkat bawah.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad pula berkata pertemuan kali ini mendengar semua harapan rakyat kepada Pakatan sebagai kerajaan akternatif dan akan menyelesaikan segala masalah yang timbul dengan rakan-rakannya.
"Tentang Pakatan Rakyat, kami sekali lagi mengesahkan komitmen kami dengan kuat yang kami akan bersama dengan Pakatan Rakyat.
"Kami akan bekerja sekuat mungkin untuk memperkukuhkan Pakatan walaupun apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata beliau sebagaimana dilaporkan oleh Malay Mail Online.
Beliau dipercayai merujuk kepada perbicaraan Anwar di hadapan Mahkamah Persekutuan yang berakhir Jumaat lepas, tetapi keputusan mengenainya belum lagi dikeluarkan.
Mahkamah itu akan mengeluarkan keputusannya kemudian, tanpa menetapkan tarikh.
Jika Anwar kalah dan hukumannya kekal penjara lebih dari satu tahun atau denda melebihi RM2,000, Anwar akan kehilangan kerusi Permatang Pauh.
Mahkamah Rayuan sebelum ini memutuskan Anwar bersalah meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara walaupun Mahkamah Tinggi sebelum itu mendapati Anwar tidak bersalah. – 9 November, 2014.

3 comments:

  1. Abe

    Bagi orang yang memahami apa yang berlaku didalam PAS, tidak mudah percaya d3ngan kenyataan ini. Apatah lagi yang m3ngulas hasil retreat ini ialah Dr Zulkefly Ahmad yang memang dibenci oleh puak UG.

    Kita hendak lihat tindakan-tindakan yang diambil oleh pimpinan PAS te4utama TGHH, DUPP dan MSU untuk m3mbuktikannya.

    T3lahan ambo setakat ini - ini mungkin hanya pe4mainan wayang kulit puak TGHH dan UGnya sahaja apabila dibentangkan s3nario s3b3mar apa yang berlaku didalam PAS, s3nario kedudukan PAS didalam percaturan politik semasa yang teruk dan kerugian yang akan menimpa PAS jika masih dalam keadaan berpecah seperti sekarang - mereka angguk kepala tanpa kerelaan s3b3nar aka berpura-pura s3tuju kerana mereka tidak mempunyai hujah untuk menidakkan realiti yang ada. Itulah sikap yang diguna ol3h puak TGHH dan UGnya selama ini.

    Bak kata mulut manis did3pan tapi punggung masam. Ini bukan prasangka semata-mata. Kalau kita lihat sejarah perangai puak2 ini sepanjang 6 tahun ini, itulah sikap yang mereka tunjukkan bila tersepit. Sesetengah menamakan sikap ini sikap munafik. Saya tak berani kata. Tapi saya berani kata ia sikap mulut manis didepan tapi punggung masam!

    Saya hanya akan percaya jika TGHH, DUPP dan MSU melaksanakan program-program yang m3jurus kearah memperkasakan Pakatan. Kalau setakat cakap je berdegar2, tetapi bila ada kes3mpatan melakukan sabotaj, mereka t3tap melakukan sabotaj - tak ada siapa nak pe4caya lagi.

    Pe4lu diingat tahun d3pan adalah tahun pemilihan. K3mungkinan mereka bersetuju hanya s3bagai strat3gi politik untuk menghadapi pemilihan tabun depan je. S3bab itu kita mahu lihat action dari TGHH,DUPP dan MSU.

    Dari actions ini kita bol3h m3nggunakan akal yang dianugerahkan Allah dan ilmu-ilmu p3ngurusan untuk m3ngukur dan menilai action-action mereka. Adakah action sebenar atau satu kepura-puraan semata-mata tak mahu dihumban keluar dari kepimpinan didalam pemilihan tahun depan.

    Akhirnya, kita nak t3ngok action d3pa bukan cakap2 j3.

    ReplyDelete
  2. PAS Parti Politik Bahalol.

    Takde rakyat waras yang akan sokong orang bahalol jadi pemerintah.

    Kalau emosi tak boleh kawal , macam mana bila dapat kuasa....nelayan jadi bangsawan , hancur negara macam itu.

    ReplyDelete
  3. Tak guna PR berkempen dan menghadapi PRU14 walau dengan keringat dan air mata darah sekalipun sekiranya musuh dalam selimut atau biawak hidup yang memimpin PAS sekarang ini masih bersama PR. Para penyokong PR, Anwar Ibrahim dan pencinta keadilan dan bencikan kekejaman UMNO/BN maka kamu semua bukalah mata seluas-luasnya dan ingatlah bahawasanya Hadi Awe dan UG-nya adalah munafik yang nyata. Golongan celaka inilah yang akan menghancurkan perjuangan rakyat bagi menentang kezaliman.......

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa