9 November 2014
* LIMA nyawa tidak berdosa melayang, berpuluh kenderaan musnah, banyak rumah rosak teruk, dan beratus penduduk berduka kerana kehilangan dan kemusnahan harta benda. Dalam sekelip mata kehidupan dilanda mala petaka.
Itulah yang terjadi di Lembah Bertam dan Ringlet Cameron Highlands Rabu lalu apabila hujan lebat turun tidak berhenti dan air sungai melimpah menyebabkan banjir lumpur.
Sebenarnya kira-kira setahun lalu – 23 Oktober, 2013 – bencana yang serupa berlaku di tempat yang sama, mengorbankan empat orang. Ketika itu peringatan telah diberi mengenai kemungkinan berlaku lagi perkara buruk ini sekiranya kita tidak prihatin terhadap alam.
Tetapi seperti biasa kita selalu lupa kepada peringatan, kita tidak pernah belajar, dan kita terus degil dan angkuh terhadap alam. Sebab itu mala petaka berulang, kali ini lebih teruk dari setahun lalu.
Semua orang tahu salah satu puncanya ialah penebangan hutan di sekitar kawasan berkenaan. Seperti yang diakui sendiri oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob penerokaan haram tanah di situ dilakukan secara berleluasa.
Cakap mengenai penerokaan haram, tidak sahaja di Lembah Bertam dan Ringlet, banyak lagi kawasan hutan telah ditebang secara haram. Hutan dibotakkan sesuka hati, balak dikebas rakus pihak tidak bertanggungjawab. Anak cucu kita ditinggalkan kawasan botak dan gersang.
Peliknya penerokaan hutan secara haram terjadi di hadapan mata, sudah sekian lama, tetapi dibiarkan tanpa tindakan. Rasuah melanda pihak tertentu, kita semua akan menerima akibatnya!

*PELIK lagi menyakitkan hati! Peraturan untuk orang Islam, tetapi orang bukan Islam pula menyibuk tidak tentu fasal. Itulah yang terjadi apabila Kerajaan Pas Negeri Kelantan melakukan Operasi Gempur Aurat ke atas pekerja wanita Islam yang tidak memakai tudung.
Seperti yang dijelaskan di bawah peraturan yang baru dikuatkuasakan itu semua pekerja wanita Islam, termasuk yang bekerja dengan majikan bukan Islam, dikehendaki menutup aurat, termasuk bertudung kepala, jika tidak akan didenda RM500.
MCA menentang peraturan itu. Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata peraturan itu boleh menjejaskan peniaga komuniti Cina. Tidak masuk akal, apakah kaitan menutup kepala dengan peniaga Cina?
Naib Presiden parti itu, Datin Paduka Chew Mei Fun lebih mengarut apabila menentang peraturan tersebut atas alasan diskriminasi. Katanya berpakaian adalah hak individu.
Untuk makluman, menutup aurat adalah tuntutan Islam, bukan tuntutan parti politik. Adalah berdosa bagi mana-mana orang Islam – lelaki atau wanita – yang tidak mematuhi peraturan menutup aurat seperti yang telah disyariatkan.
Apa hak MCA untuk menghujah peraturan Islam? Tiong Lai dan Mei Fun bukan Islam, jadi lebih baik jangan masuk campur urusan dan peraturan Islam.
*WALAUPUN berlainan parti, Wanita Umno menyokong peraturan berpakaian yang ditetapkan di negeri Serambi Makkah itu. Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin meminta orang bukan Islam sensitif dengan isu ini.
Katanya, seperti yang dilaporkan media: “MCA perlu menghormati undang-undang yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri terutama perkara yang melibatkan agama Islam kerana ia amat sensitif.”
Kurang pasti saya, apa yang MCA dan pihak bukan Islam lain susah hati sangat apabila ada peraturan menutup aurat. Sepatutnya mereka lebih prihatin dan bimbang dengan pendedahan betis, paha, pusat, ketiak dan punggung yang keterlaluan sekarang. Itu lebih berbahaya sebab boleh merangsang nafsu!
Tetapi di tempat kita banyak sangat orang bukan Islam ingin masuk campur hal-hal Islam, sehingga mengganggu-gugat dan menghalang pelaksanaan undang-undang Islam. Orang kafir yang tidak tahu mengenai hudud pun sibuk bercakap dan menentang hukum ALLAH itu. Mereka ingat mereka siapa?
*AKHIR kalam, berita dari Kabul menyebut Afghanistan membantah penggunaan model wanita sebagai hiasan dalam mana-mana kempen iklan. Tambah berita itu, banyak iklan menampilkan wanita muda untuk menarik perhatian pengguna.
Kerajaan negara itu berpendapat model wanita tidak boleh dieksploitasi bagi tujuan komersial, termasuk menggayakan fesyen, kerana itu dengan sendirinya merendahkan kedudukan kaum Hawa.
Saya tidak dapat membayangkan sekiranya peraturan yang sama dikuatkuasakan di tempat kita. Tentu produk kecantikan tidak menarik perhatian sekiranya digayakan oleh model lelaki. Susahlah ‘Kak Ton’ kalau macam itu!

tanah runtuh , hutan botak ini semua gejala rasuah ke atas pekerja gomen.... yang rata rata Melayu nak hidup mewah dengan khianat tanggung jawab mereka.
ReplyDeletementri besar melayu , orang makan sedap pun melayu jugak.
elok lah salah kan mamak bila gagal.