Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 15, 2014

Kenyataan paling bodoh pernah dibuat oleh penjawat awam peringkat tinggi

Tuan Ketua Setiausaha, sila letak jawatan serta-merta jika tidak mampu! 
Ng Kee Seng08:30AM Nov 14 2014

SEKILAS PANDANG: Rakyat Malaysia amat malang. Bukan sahaja mereka ditindas oleh ahli-ahli politik bodoh yang hanya mahu melindungi kepentingan peribadimereka, mereka juga perlu menanggung beban akibat memiliki kakitangan awam yang "bodoh".
Wakil-wakil rakyat lupa bahawa mereka dipilih oleh rakyat, dan rakyat merupakan bos mereka. Begitu juga, penjawat awam dibayar untuk membantu kerajaan semasa dalam berkhidmat kepada rakyat.
Oleh itu, penjawat awam harus menyediakan dan menyampaikan, tidak mengharapkan penghargaan dan mereka tidak dijangka berkerja secara sederhana.
The Malaysian Insider memetik Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa sebagai menggesa media untuk menyerlahkan laporan-laporan "positif" dalam Laporan Ketua Audit Negara, dan bukan hanya memberi tumpuan kepada berjuta-juta wang rakyat yang hilang setiap tahun.
Tuan Ketua Setiausaha:
> Mengapa ketengahkan laporan "positif" apabila penjawat awam sudah pun diharapkan supaya memberikan usaha yang terbaik? Itu bukannya suatu berita dan tidak mahu diketahui orang ramai. Apabila penjawat awam gagal untuk menjalankan tugas atau telah mengkhianati amanah rakyat, itu adalah berita; dan 
> Gesaan anda supaya berhenti memberi tumpuan hanya kepada berjuta-juta wang rakyat yang hilang setiap tahun adalah kenyataan yang paling bodoh pernah dibuat oleh penjawat awam peringkat tinggi.
Ali, anda sepatutnya berasa malu kerana membuat kenyataan seperti itu. 
Letakkan jawatan dengan serta-merta jika anda tidak boleh menyampaikan apa yang diharapkan daripada anda. Anda tidak dilantik dan dibayar untuk memastikan bahawa berjuta-juta wang pembayar cukai dicuri setiap tahun. Itulah sebabnya ini merupakan sebuah berita.
Berhenti melakukan perkara yang membuatkan anda nampak bodoh dengan cuba mewajarkan kecurian dalam perkhidmatan awam, tidak kira apa jumlahnya.
Berhenti membuang masa dan berusahalah bagi meningkatkan prestasi penjawat awam.
Itu tugas anda. Tiada apa-apa lagi dan lupakan alasan yang anda ingin berikan.

3 comments:

  1. dah budak bahalol yang di ketuai bebudak bahalol , ini kira biasa saja.

    ter lalu lama mentedarah duit rakyat sampai otak jadi benggap tahap sampah.

    Indonesia akan ke hadapan , negara kita akan menjadi lebih teruk dari Indonesia di sebab kan rasuah dan kumpulan bahalol.

    ReplyDelete
  2. Betul lah tu....memang itulah tugas yang diharapkan dari KSN i.e mengampu kerajaan di mana yang diperlukan.
    Menyuruh ali hamsa meletak jawatan ibarat menyarankan rosmah mansor kuruskan badan atau meminta najib melupakan ziana zain atau altyntuya... makbanya suatu perbuatan yg mustahil dilakukan.
    Ali hamsa keturunan keling dari pantai malabar, bukannta orang jepun atau korea atau british. Susah payah beluau mengampu untyk jadi ksn tetiba kamu suruh letak jawatan.
    Lagipun kepandaian bukanlah criteria untuk jadi KSN. Lagi bebal kagi bagus untuk jadi yes man. Lantij orang pandai hanya mengundang masalah....sebagai contoh jika saya jadi KSN, saya pastika tanyakan soalan ini...
    "Excuse me mr PM, Don't you think MDB isn't gonna work....dont you think Jho Low isnt gonna fuck up public fund this time around... I beg you would reconsider...talk to Ku Li or the old man....even tou nay wish to csll nij aziz and suggest him to pray Istikhoroh....seeking guidance from the Devine....its a huge amount mr PM..."
    Now you see my friend why Ali Hamsa was prefered instead of me or a person smarter than me to head the Civil Service....

    ReplyDelete
  3. nama pun AUDIT, mesti cari dan tunjukkan kelemahan. kalu tak der baru bleh bg positif punya komen.... budusss

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa