Guan Eng: Projek rumah mewah lulus zaman BN
mk - 5:19PM - 14 Nov 2014
Ketua Menteri Lim Guan Eng mengakui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) ada menjual rumah dengan harga tinggi iaitu lebih RM3 juta seunit di D'Residence, Bayan Mutiara.
Katanya beliau tidak tahu tentang penjualan rumah mewah oleh PDC sehingga ditegur oleh ketua pembangkang Datuk Jahara Hamid (BN-Telok Air Tawar) berhubung perkara itu.
Menurutnya beliau amat terkejut apabila mendapati dakwaan Jahara itu benar dan mengucapkan terima kasih, namun menegaskan kerajaan negeri pimpinan DAP tiada kaitan dengan projek rumah bernilai RM3 juta itu.
"Oleh kerana kerajaan negeri sekarang tiada kaitan dengan rumah bernilai RM3 juta ini dan ia sebenarnya diluluskan pada zaman BN memerintah dahulu, maka saya harap Jahara meminta maaf dan menarik balik dakwaannya.
"Untuk rumah kos sederhana yang dijual RM306,000 di Bandar Cassia, ia hanya seunit sahaja kerana terletak di lot tepi, manakala rumah kos sederhana lain dijual pada harga RM159,000, iaitu bawah harga siling RM250,000 ditetapkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan," katanya dalam sidang media di Georgetown hari ini.
Khamis lepas, Jahara menuntut penjelasan daripada ketua menteri berhubung tindakan PDC menjual rumah mewah lebih RM3 juta seunit dan rumah kos sederhana melebihi harga siling RM250,000 di Bandar Cassia, Batu Kawan.
Lim yang juga pengerusi PDC berkata projek rumah mewah itu diluluskan sebelum tahun 2008 iaitu sebelum DAP mengambil alih pemerintahan selepas menang pilihan raya umum ke-13.
"PDC diakui memang ada menjual rumah yang bernilai pada harga maksimum antara RM3.1 juta hingga RM3.5 juta di Bayan Mutiara dan menjual rumah kos sederhana melebihi harga siling iaitu RM306,000 untuk projek Intan Delima di Bandar Cassia, Batu Kawan tetapi ia berlaku zaman Barisan Nasional memerintah," katanya.
Cepatnya ko sambar dan sebar cerita dongeng khalipah ko ni ye admin... apasal cerita kerajaan dap tak pernah bina pun satu rumah mampu milik di penang ko diamkan??
ReplyDeleteKalau tak mau adil macam islam pun berlaku adil macam manusia siuman pun jadilahhh!!
Anon 11:57
DeleteSoal cepat meny3bar jawapan tidak timbul kerana yang menimbulkan persoalan dulu pun bukan berniat baik pun. Dalam masa 6 tahun DAP memerintah Penang, kita sudah t3ngok bermacam2 usaha untuk memburukkan kerajaan negeri oleh UMNO. Malangnya s3muanya terkantoi dan makan diri sendiri.
Inipun benda yang sama. Apabila usaha jahat UMNO terkantoi dan makan diri, masih ada muka lagi nak s3mbang kencang....Dasar tak bol3h pakai punya orang!
Anon 11:57 PM
ReplyDeleteHaa....kena batang hidungkah? Aku sambar berita ni pun darui Bernama (UMNO punya). Kalau dongengkah, tahyolkah atau merapukah itu Bernama punya rapu.
Kalau tak siuman pun Bernamalah yang tak siuman. Biasanya yang gilalah selalu tuduh orang lain gila!