PUTRAJAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas sikap ketua pasukan pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang didakwa tidak profesional.
Dalam ucapan di luar pekarangan Mahkamah Persekutuan di sini, Anwar berkata, ia susulan kenyataan Muhammad Shafee kelmarin yang didakwa akan mengenakan ‘paku terakhir di keranda Anwar’, semalam.
Beliau berkata, kenyataan seperti itu sangat tidak wajar.
“Beliau di sini sebagai pendakwa raya dan sepatutnya profesional dan beretika.
“Tidak salah dia bawa hujah, tetapi salah apabila beliau tunjuk sikap kebencian melampau sehingga menghina sebegitu rupa,” katanya ketika berucap selama 15 minit di hadapan penyokongnya.
Menurutnya, bagaimanapun, kenyataan Muhammad Shafee itu tidak menjadi kenyataan apabila prosiding rayuan akhir kes Liwat II semalam, ditangguhkan ke satu tarikh yang belum dipastikan.
“Hari ini (semalam) paku tidak ada, keranda pun tidak ada,” katanya berseloroh.
Sementara itu, dalam ucapan sama, Anwar menggesa pihak pengurusan Universiti Malaya (UM) agar lebih profesional dalam menghukum sembilan mahasiswa mereka.
Katanya, tidak kisah jika dirinya dipenjarakan tetapi tidak sanggup melihat masa depan sembilan mahasiswa UM yang menyokongnya terjejas.
“Saya merayu pada kerajaan hentikan semua ini (mendakwa mahasiswa). Jika kamu (kerajaan) hendak masukkan saya ke penjara, saya tidak kisah, tetapi jangan matikan harapan serta masa depan anak-anak muda kita.
“Jangan jadi seperti kisah Hang Nadim (dalam kisah) Singapura dilanggar todak, di mana kerana kebijaksanaannya memberi cadangan, akhirnya dia menjadi mangsa sikap tidak baik pemerintah,” katanya.
Mengulas mengenai rutin hariannya sepanjang kes, Anwar berkata beliau masih menjalankan tugas seperti biasa

Apa kena mengena hang nadim dgn pelajar um, atau anwar?... hang nadim adalah kisah budak cerdik yang memberi idea menyelamatkan negqrq... sedangkan budak2 um adalah budak2 yang tak c3rdik ingin menyelamatkan seorang peliwat... kan tak sama tu...
ReplyDeleteIngin menyelamatkan seorang peliwat? Siapa yang nak menyelamatkan tu? Siapa pula peliwat tu? Tak faham lah siapa yang Anon 11.10 maksudkan?

ReplyDelete