Mungkinkah ada kaitan politik yang ingin jatuhkan BAM dan Khairy Jamaluddin?
PAS yakin Lee Chong Wei tak salah
Pemuda PAS Wilayah tetap sokong Chong Wei dan menggesa pihak yang bertanggungjawab supaya membersihkan kembali nama beliau daripada terus tercemar.
PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) hari ini menyatakan bahawa mereka akan tetap berdiri teguh di belakang Datuk Lee Chong Wei walaupun beliau disahkan positif dalam ujian antidoping.
Ketua Pemuda DPPWP, Ir.Khairil Nizam Khirudin berkata pihaknya akan menyokong segala usaha demi memastikan nama beliau (Chong Wei) dibersihkan terus menjadi wira dan ikon tanah air dalam bidang sukan.
“Ianya bukan sahaja mengaibkan negara malah turut memberi kesan kepada mental, maruah dan reputasi Chong Wei. Bahkan dalam pengakuan beliau kelmarin, beliau menegaskan bahawa tidak pernah menggunakan bahan terlarang itu dalam sebarang kejuaraan yang disertainya,” katanya.
Tambahnya, DPPWP juga memohon jasa baik pihak yang bertanggungjawab seperti pihak kerajaan dan BAM untuk menyiasat latar belakang kejadian ini bagi menyelesaikan kes tersebut tanpa membuat sebarang spekulasi negatif terhadap Chong Wei.
“Chong Wei telah beraksi atas pentas badminton di dalam mahupun di luar negara lebih seratus kali sepanjang karier beliau dan tidak mempunyai sebarang masalah dalam ujian doping yang diadakan.
“Tiba-tiba, negara dikejutkan dengan kegagalan ujian doping Chong Wei,” ujarnya.
Dalam pada itu beliau juga berharap, tidak ada pihak yang saling menuding jari menyalahkan antara satu sama lain dan mejadikan ia sebagai iktibar dalam mencari punca sebenar insiden ini berlaku.
Pada masa sama, Khairil Nizam juga yakin insiden ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada atlet negara lain yang sememangnya jujur dalam memartabatkan dan mengharumkan nama negara. Pihak yang berkenaan seharusnya sentiasa menjaga kebajikan atlet bagi menggelakkan perkara sama berulang.
Kalau Razif Sidek sendiri dan pihak pengurusan BAM sendiri telah pun mengakui bahawa Lee Chong Wei memang selalu mengambil bahan terlarang tersebut, maka apa pula alasan Pemuda PAS Wilayah ini?
ReplyDeleteKalau nak nampak atau dipandang bermaruah sekalipun, biarlah masuk ikut pintu yang betul. Kenapa puak-puak PAS ini selalunya tersasar masuk pintu rumah yang salah? Mungkin kurang ilmu dan maklumat barangkali dan hanya bercakap dan memberi pendapat berdasarkan otak yang di kepala lutut macam Hj Adi Awe selalu tonjolkan? Cubalah jadi seperti Rafizi yang sering bercakap berhubung permasalahan rakyat dan negara dalam kontak memajukan masyarakat, barulah dilihat bijak dan berkesinambungan dalam politik semasa negara. Presideng dah mabuk pil kuda, maka pemuda pun turut lalok......
Pemuda PAS Wilayah ikut campur kes LCW? Letih...letih. Itu je ke masaalah besar yang menghimpit rakyat dan negara sekarang? Pemuda PAS Pusat pun 2 x 5 juga. Isu paling penting bagi mereka pasai filem rosyam nor! Adusss....letih.....letih. Rendah sangatkah kemampuan fikiran mereka untuk melihat isu-isu yang menekan rakyat sekarang seperti kenaikan kos hidup yang semakin meningkat, kesan GST kepada rakyat berpendapatan rendah, ketirisan yang sedang diperkatakan sebagaimana laporan ketua audit negara dll.....memalukan.
ReplyDeleteTengok apa isu yang dibawa oleh pemimpin muda PKR dsn DAP seperti Rafizi, Tony Pua, Ong Kiang Meng dll. Mereka bercakap pasai hutang 1DMB, cadangan persempadan baru yang cuba dicadangkan oleh SPR untuk memenangkan BN dalam PRU 14 dll isu yang menyentuh kepentingan rakyat dan masa depan negara.
Pemuda dari parti Islam bercakap pasal LCW, pasai filem rosyam nor? Kata mempunyai ahli berkelulusan Phd lebih 100 orang. Mana hilang mereka-mereka ini. Ada pakar kewangan Islam pun, dok sebok dengan kereta mewahnya dan motor besar mengalah pemuda UMNO. Yang dipentingkan tembolok sendiri je.
Sedih....sedih melihat gelagat pemuda-pemuda Islam. Yang tuanya memang banyak yang dah tak boleh pakai. Ada presideng, macam xde. Sama naik dengan najib pi makan angin keluar negara sehingga mengabai tanggungjawab dan amanah jawatan.