Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 11, 2014

"Saya cuba mencari dan memahami apakah kesalahan saya"

Yang saya nampak kesalahan Saari hanya engkar arahan parti (Hadi)

Saya hanya mahu selamatkan kerajaan Pakatan Selangor
Published: 11 November 2014
Berulang kali saya cuba cari dan fahami apakan kesalahan saya yang dimaksudkan bersalah, kata Adun Hulu Klang Saari Sungib. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 November, 2014.

Saya menerima surat yang menyatakan pada 12 Oktober 2014, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mendapati saya bersalah dan membuat keputusan menggantung keahlian saya sebagai ahli PAS selama setahun berkuatkuasa dari tarikh keputusan.
Berulang kali saya cuba mencari dan memahami apakah kesalahan saya yang dimaksudkan sebagai bersalah.
Bagi tujuan pembelaan diri seperti yang saya jelaskan dalam siasatan awal pada 29 September, 2014 kepada Pejabat Setiausaha Agung, bolehlah saya letakkan bersalahnya saya ada kaitan dengan tindakan menandatangani akuan bersumpah (SD) pada 14 Ogos 2014.
Perkara ini saya jelaskan sebagai berikut:
1. Kemelut pertukaran menteri besar Selangor meresahkan kami di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (Adun) kerana ada ura-ura akan berlakunya perpecahan sokongan di kalangan Adun daripada PKR dan DAP yang setia kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) dan mereka yang akan patuh dengan keputusan parti menolak TSKI.
2. Setakat itu tiada apa-apa isu timbul atau dibangkitkan berkenaan Adun PAS. Pada masa itu saya merasakan pendirian Adun dan parti PAS adalah jelas, iaitu menolak TSKI.
3. Namun keadaan ini berubah secara yang amat menggusarkan saya setelah TSKI dipecat daripada PKR. Perubahan yang jelas itu adalah DAP menjadi padu dengan semua 15 Adun dan 13 daripada PKR (tidak termasuk TSKI kerana dipecat daripada PKR) menolak TSKI. Namun tiada sebarang arahan mahupun pendirian daripada PAS, sama ada pimpinan Selangor mahupun pimpinan Pusat.
4. Saya bertanya pimpinan PAS Negeri Selangor dan juga beberapa pimpinan PAS Pusat tentang perkara ini. Namun tidak mendapat jawapan daripada kedua-dua pimpinan negeri mahupun Pusat.
5. Keadaan menjadi bertambah gawat apabila TSKI mengumumkan pada 11 Ogos, 2014 beliau mendapat sokongan majoriti Adun di Dewan Negeri Selangor.
6. Reaksi saya pada masa itu adalah TSKI berbohong. Mana mungkin setelah semua Adun DAP dan PKR iaitu 15 campur 13 itu sudah jadi 28. Angka itu pun belum lagi dicampur dengan seluruh atau mana-mana daripada 15 Adun PAS.
7. Apabila masa berlalu dan tiada sebarang arahan daripada PAS Negeri Selangor mahupun PAS Pusat, maka mulalah saya dengar kata-kata yang berupa jangkaan atau tekaan pimpinan PAS Pusat sedang memikirkan satu formula baru pembentukan kerajaan baru di Selangor.
8. Semakin lambat PAS Pusat membuat ketetapan dan arahan tentang kedudukan 15 Adunnya, semakin deras sangkaan dan tekaan yang saya dengar daripada beberapa Adun PKR dan DAP dan juga daripada penyokong PAS dakwaan TSKI memiliki sokongan majoriti ada asasnya.
9. Ini berlaku dengan gabungan TSKI sebagai Adun bebas bersama-sama 15 Adun daripada PAS dan 12 Adun Umno untuk menjadikan 28.
10.  Dengan gabungan ini, iaitu 28 DAP-PKR dan 28 terdiri daripada Adun bebas (TSKI), 15 PAS dan 12 Umno akan membolehkan TSKI mengadap Tuanku Sultan Selangor memohon agar dibubarkan Dewan Negeri Selangor.
11. Mengimbau kehilangan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak pada 2009 kerana dua Adun PKR dan seorang Adun DAP menjadi Adun bebas dan menyokong BN, menjadikan saya amat berazam untuk tidak berulang di Selangor. Saya fikir sekiranya saya menyokong untuk bersama 15 Adun daripada DAP dan 13 Adun daripada PKR maka bilangan kami adalah 29. Ini akan menjadikan gabungan TSKI hanya 27.
12. Pada ketika itu saya berazam apa saja yang saya lakukan untuk menggagalkan usaha untuk menyelamatkan kerajaan PR Selangor adalah bertepatan dengan amanah dan mandat rakyat Selangor yang memberikan 44 kerusi Dewan Negeri pada PRU 13 (bilangan tersebut menjadi 43 setelah TSKI menjadi Adun bebas)
13. Di atas keazaman untuk menyelamatkan PR Selangor, memenuhi amanah dan mandat rakyat Selangor dengan  amanah 43 kerusi yang begitu kukuh dan berpandukan kepada keputusan Muktamar sejak 2008 untuk PAS bersama dan terus mengukuhkan PR, maka saya pada 14 Ogos, 2014 menandatangani akuan bersumpah (SD) yang menolak TSKI dan menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baharu.
14. Saya begitu yakin apa yang saya lakukan tidak melanggar mana-mana ketetapan atau arahan PAS sama ada di peringkat negeri mahupun Pusat. Bahkan tindakan yang saya lakukan itu dianggap oleh rakan daripada PKR dan DAP, yang memang sekian lama menjadi rakan dalam PR, sebagai tindakan yang menyelamatkan kerajaan PR Selangor. Bahkan ada di kalangan mereka menegaskan tindakan saya menyelamatkan usaha pembinaan sejak 1999 melalui Barisan Alternatif satu kerangka demokrasi yang tegak di atas sistem demokrasi dwi-parti yang bakal memberi kebaikan kepada rakyat di negara ini.
Di atas penjelasan di atas, sukar saya memahami mengapa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mendapati saya bersalah sedangkan rakan-rakan PR, iaitu PKR dan DAP menganggap tindakan saya adalah tindakan yang menyelamatkan kerajaan PR Selangor.
Apatah lagi, Alhamdulillah di bawah nama PR, pada hari ini, parti kita PAS terus memainkan peranan memacu kesejahteraan dan kemajuan Selangor bersama-sama PKR dan DAP  di atas nama kerajaan PR Selangor.
Dengan penjelasan di atas, saya meminta jasa baik dan kebijaksanaan Majlis Syura Ulama PAS untuk menarik balik keputusan penggantungan keahlian selama setahun ke atas diri saya yang dibuat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Demikian juga di atas nama kebenaran dan keadilan, saya merayu Majlis Syura Ulama PAS mengisytiharkan saya sebagai tidak bersalah.
Sekian. Diterang dan dihuraikan atas nama kebenaran dan keadilan. Kepada Allah kita berserah. – 11 November, 2014.
* Saari Sungib ialah Adun Hulu Klang.

6 comments:

  1. Alahamdulillah ,syukur kamu telah memberikan satu ikatan yang membolihkan ada usaha jahat telah musnah.Rakyat tahu kamu tidak bersalah dan kamu di anggap pejuang penyelamat.hanya segelintir puak2 yang kecewa di atas perbuatan kamu yang mejahanamkan usaha mereka.ISYALLAH sekiranya sempat lagi berjuang untuk pengundian akan datang kaumu berdua akan mendapat sokongna undi yang selesa.Tetapi ada sebahagian adun Serlangor dari Pas akan tergelincir kerana sokongan undi tidak akan mereka perolihi di seabbkan sikap mereka ketika berlaku krisis dahulu,Teruskan berjuang,jangan kecewa dengan keputusan yang tidak adil.biarkan Allah yang mengadilkan mereka.

    ReplyDelete
  2. Apalah yg boleh diharap..
    apb kaki FITNAH kaki AUTA yg buat HUKUMAN

    Apa lg yg bakal trjd..
    apb "budak2" nak ajar kita jd DEWASA

    inilah akibatnya..
    apb setan SORBAN brsembunyi berlakon konon2 mnjd siwarak fakeh yg sgt2 SUCI yg 'mintak' WALAQ lg dihormati..

    hadoii..hadoii..mampos2!

    ReplyDelete
  3. Abe

    YB Saari mempunyai hujah apabila dimempersoalkan pengantungan beliau selama setahun.

    Beliau digantung kerana melanggar arahan parti. Arahan yang dikeluarkan setelah lama beliau menunggu arahan yang tak juga dibuat sehingga 17 Ogos 2014. Arahan yang dikatakan dilanggar ialah keputusan yang mana satu? Keputusan yang dibuat oleh TGHH atau keputusan mesyuarat JKPP pada 17 ogos 2014?

    Bukan sahaja YB Saari pening, kita pun pening kerana MSU tidak menyatakan dengan jelas YB Saari melanggar arahan parti yang mana?

    Kalau MSU berpendapat YB Saari melanggar arahan TGHH yang menyokong TSKI s3belum mesyuarat 17 ogos 2014 - ini tak betul. Itu bukan arahan dari badan esekutif yang ditetapkan oleh perlembagaan parti sebagaimana yang diluluskan oleh pendaftar pertubuhan dibawah akta pertubuhan 1966!

    TGHH sebagai Presiden PAS bukan badan eksekutif PAS. Badan esekutif PAS ialah JKPP! Jadi kenyataan TGHH menyokong TSKI sebelum mesyuarat JKPP pada 17 ogos - BUKAN ARAHAN PARTI TETAPI PENDAPAT PERIBADI TGHH!

    Jika MSU maksud YB Saari melanggar arahan parti kerana tidak menunggu mesyuarat JKPP pada 17 ogos 2014 juga tak betul. Kerana keputusan mesyuarat JKPP pada 17 ogos 2014 juga selari dengan tindakan YB Saari iaitu menyokong PR agar kerajaan PR Selangor tidak jatuh dan mengelak pembubaran DUN.

    Pokok ceritanya, keputusan MSU lebih kepada nak balas dendam danengenakan .Adun yang tidak menyokong puak UG. Kita tahu puak2 UG memang bersarang di MSU dan sering menggunakan MSU untuk tujuan melaksanakan agenda kerajaang perpaduang mereka!

    Sebenarnya puak UG yang bersarang didalam MSU telah melepaskan peluang keemasan untuk membuat sesuatu tindakan yang akan mewangikan imej mereka. Sebaliknya mereka menggunakan fikiran cetek mereka untuk m3nghukum Adun yang tidak sehaluan dengan mereka.

    MSU aka puak UG boleh mewangikan imej mereka dengan mengurangkan hukuman itu kepada 6 bulan sahaja. Paling baik memberi amaran keras sahaja dan satu nasihat yang berjela-jela yang boleh m3nguntungkan mereka.

    Tetapi kita tahu mereka tidak political savy. Mereka hanya pandai untuk tembak kaki mereka sendiri sahaja!

    ReplyDelete
  4. Hukuman ke atas SS menampakkan TGHH dah [patut berhentgi daripada jaawatan Presiden. Kalau lah UFN masih ada......

    ReplyDelete
  5. Rata-rata rakyat Selangor dah meluat dengan karenah Adi Awe dan PAS, mereka jauh lebih mempercayai integriti Lim Kit Siang dan DAP sejak kemelot MB Selangor tercetus.

    Untuk Adi Awe dan UG-nya, "game over" buat kamu...... Perbuatan dan sikap kamu langsung tak mencerminkan keIslaman, malah mencemarkan nama suci Islam di mata masyarakat berbilang kaum. Perangai kamu benar-benar memalukan Islam dan memalukan umat Islam di Selangor khasnya dan Malaysia amnya. Akhir kata, tidak adakah perasaan malu, bersalah dari kamu? Bermaruahkah kamu sekiranya golongan Kafir yang sering kali kamu hina dan perkecilkan, mereka jauh lebih berintegriti dan berkredibiliti dari kamu dan puak UG kamu. Kamu ini benar-benar merosakkan kesucian Islam di mata masyarakat......

    ReplyDelete
  6. Tahniah bat8 kerana kamu telah menyekolahkan puak-puak UG dan Presideng Adi Awe tu. Mana logiknya kalau 8 orang ahli dalam MSU juga menjadi ahli dalam JKPP? Bodoh dan banggang punya organisasi..... UMNO dan parti gabungan BN pun tiada organisasi mabuk begitu, buat malu Islam sahaja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa