Menjadi taukey judi dan melabur di dalam business perjudian bukan sesat?
Melabur membina kilang arak dan menjadi taukey arak tidak sesat?
Berjanji dan cakap tak serupa bikin itu tidak sesat?
PAS sahkan akan saman Tengku Adnan
Ram Anand - 1:00PM - 4 Nov 2014
PAS memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Setiausaha Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dilapor mendakwa PAS sebagai sebuah parti yang membawa ajaran sesat.
Keputusan tersebut disahkan oleh Pengerusi Biro Undang-undang PAS Hanipa Maidin yang juga anggota parlimen Sepang hari ini.
Beliau berkata satu surat tuntutan akan dihantar kepada Tengku Adnan minggu ini atau minggu depan, menuntut menteri Wilayah persekutuan itu memohon maaf atas kenyataan yang dibuat.
"Kami akan memberi masa selama 48 jam kepada beliau untuk menarik balik (kenyataan itu) dan memeohon maaf. Saya lihat ucapannya secara terperinci dan beliau sememangnya telah melemparkan tuduhan terhadap kamu," katanya.
Tengku Adnan dilapor membuat dakwaan itu ketika menyampaikan ucapan penutup Multaqa Kebangsaan, Biro Agama Umno di ibu negara, kelmarin dan mendakwa Umno merupakan parti Melayu yang dapat memastikan akidah umat Islam di Malaysia tetap terpelihara.
Abe
ReplyDeleteMengapa Hanipa Maidin yang jawab. Mana Presideng? Mana puak2 ustaz dan ulamak2?
Bila timbul masaalah GST depa diam, kita faham. Bila heboh pasal hutang negara yang tinggi depa diam, kita faham. Bila timbul pasal bajet 2015 depa diam, kita faham.
Tapi bila Ku Nan tuduh PAS sesat depa diam juga, yang ni aku tak paham. Riuh depa dan penyokong tegar depa dok jaja bahawa ulamak kena jadi pemimpin. PAS kena dipimpin oleh ulamakkkkk.....mana pi ulamak-ulamak ni bila UMNO serang kata PAS sesat!
Awat hangpa dok menikus bila UMNO serang? Tuduhan PAS sesat ni bukan benda kecik anak ustaz-ustaz ooi! KU NAN TUDUH HANGPA MURTAD!
AWAT MENIKUS? Tetapi kalau DAP bukak mulut, hangpa terus terkam membabi buta macam singa lapaq!
Ini ke kepimpinan ulamak dalam PAS??
Lol...bab undang undang nie biar ler peguam yg bercakap.aper masalah nya abe.sesaja cari jalan nak ngata ker.jelas abe nie hati nya hitam.abe mesti rasa bahawa abe nie jaguh alam maya.sudah ler abe.banyak benda lain lebih berfaedah bole abe buat.
Deletetengok saja muka Ku Nan , agak agak boleh nampak macam muka sapa....???
ReplyDeletekhalas!