Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 15, 2014

Menarik: Melayu Islam, Islam Melayu

Bantah lesen minuman keras: AJK masjid Bangi perkenal dua jenis Melayu
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Sebahagian daripada ahli Sekretariat Badan Bertindak Bantah Arak memperlihatkan memo bantahan pada sidang media terhadap jualan minuman keras di pasar raya EON Bangi, Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 November, 2014.

Sebuah pertubuhan bergelar Sekretariat Badan Bertindak Bantah Arak hari ini mengemukakan bantahan terhadap cadangan sebuah pasaraya besar menjual arak secara borong.
Dalam usaha membantah penjualan arak itu, salah satu organisasi yang bernaung di bawah sekretariat itu membahagikan Melayu kepada dua golongan besar.
"Ada dua jenis Melayu di sini, satu ialah Melayu Islam, kedua Islam Melayu," kata Dr Tajul Ariffin Noordin (gambar) pada satu sidang media di Bandar Baru Bangi hari ini.
Katanya, bagi mereka yang dalam golongan Melayu Islam, belum tentu mereka melaksanakan Islam.
"Mereka ramai di Kuala Lumpur. Ada yang minum minuman keras.
"Kalau Melayu Islam, dia bangsa saja Melayu tetapi tak ikut Islam. Tetapi kami yang tinggal di Bangi, tidak minum minuman keras. Kita pilih tinggal di Bangi.
"Yang tinggal di Bangi ini memang tak pernah minum arak. Kami ini ialah Islam Melayu. Kami hidup cara Al-Quran dan sunnah," katanya yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pembangunan Masjid Al-Umm.
Sekretariat itu terdiri daripada 42 organisasi di sekitar Bangi.
Lembaga Pelesenan Daerah Hulu Langat menerusi iklan di akhbar awal bulan ini memaklumkan mengenai permohonan Aeon Big (M) Sdn Bhd menjual minuman keras dalam bentuk borong di kawasan itu.
Permohonan pasaraya besar yang terletak di Bandar Baru Bangi Seksyen 16, mengundang keresahan dan bantahan penduduk setempat yang melihat ia perlu ditolak kerana majoriti penduduk di Bangi terdiri daripada umat Islam.
Kesal dengan cadangan pasaraya itu yang mahu memohon lesen borong penjualan minuman keras, Tajul berkata penduduk Islam di Bangi bukan saja akan menentang permohonan lesen berkenaan tetapi segala bentuk kemungkaran yang datang ke kawasan itu.
"Kami sedih, kenapa pengurusan Aeon itu tidak pernah fikir? Orang Bangi yang Islam Melayu, kita tak minum. Kenapa nak lesen arak di Bangi? Kenapa tak di Kajang, Cheras, Puchong dan sebagainya?
“Kita tak mahu yang lain juga di Bangi lepas ni, rumah urut, pusat dangdut, kelab malam, pusat pelacuran. Jangan langsung layan permohonan ini sebab yang tinggal di sini semua pilih cara hidup Islam Melayu," katanya.
Presiden Jaringan Siswazah Malaysia Abdullah Abd Karim berkata, golongan bukan Islam tidak perlu membuat tanggapan negatif terhadap bantahan mereka kerana hak golongan itu tetap dihormati.
Katanya, apa yang dibuat oleh sekretariat itu berdasarkan peruntukan undang-undang yang membenarkan mereka mengemukakan bantahan sedemikian.
"Kami menghormati masyarakat bukan Islam dan ada yang terlibat dalam industri ini meminum minuman keras. Kami tidak ada hak mengganggu urusan bukan Islam tetapi kami menyalurkan bantahan ini dalam konteks lebih 90% penduduk di sini terdiri daripada umat Islam.
"Kami menyalurkan bantahan ini mengikut proses sewajarnya," katanya.
Abdullah juga menegaskan beliau percaya tiada permintaan dibuat penduduk bukan Islam supaya minuman keras dijual di kawasan itu.
"Kita tidak melihat sebarang kewajaran bahagian pelesenan meluluskan permohonan tersebut," katanya.
Pertubuhan Ikram Hulu Langat pula berpandangan, bantahan permohonan lesen berkenaan adalah perkara biasa yang menggambarkan suara majoriti sesebuah kawasan.
Katanya, bantahan juga pernah dilakukan warga Kuantan yang tidak bersetuju dengan pembinaan kilang nadir bumi di kawasan itu, Lynas.
"Nadir bumi satu bahan yang sangat berguna untuk pelbagai kegunaan industri tetapi penduduk Kuantan tidak setuju industri sedemikian dibuat di tempat mereka.
"Begitu juga kami di sini. Kami majoriti beragama Islam dan di sana ada sensiviti dan kami berharap ia dihormati," kata Yang Dipertuanya (YDP), Sufyan Mohd Nor.
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pula mengumumkan satu perarakan menghantar memorandum bantahan kepada Pejabat Daerah Hulu Langat akan diadakan pada 28 November.
“Kita akan buat bantahan ini bersama-sama dan pada hari itu semua surau dan masjid akan mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat. Kita berusaha mendapatkan kelulusan pejabat agama untuk teks khutbah berkaitan arak di Bandar Baru Bangi.
“Kita akan berkumpul di Masjid Hasanah dan berarak beramai-ramai ke Pejabat Daerah menghantar bantahan itu bersama-sama," kata YDP Abim kawasan itu, Muhammad Nizam Samsudin. – 14 November, 2014.

6 comments:

  1. check dulu yg pegang share aeon banyak2 tu melayu islam ka islam melayu. yg kuat menyokong umno tu melayu islam ka islam melayu. cari punca sebenar karenah dan berlaku adil kerana itu tuntutan islam

    ReplyDelete
  2. Sy menyokong bantahan ini. Sy x mahu org Bangi terpengaruh arak sedikit demi sedikit. Org melayu yg kerja kedai jual arak kena sedar pekerjaan itu haram. Mints MB AZMIN bertindak ikut hukum Islam dan bukan ikut hukum parti. Nasihatkan LPDHL supaya x luluskan lesen itu. Jangan tiru mcm umno luluskan kilang arak di PJ dan port judi di GH.
    AZMIN tolong buka mata dan teliga. Tolong terjah LPDHL dan jangan tunduk kecaman exco promo arak hari tu

    ReplyDelete
  3. Salam Dr. Tajol. Inilah bekas pensyarah saya di UKM (FAKULTI PENDIDIKAN) yang menjadi salah seorang penggubal KBSR dan KBSM.
    Teruskan perjuangan ini Dr.iSU INI BUKAN UNTUK bANGI SAHAJA TETAPI untuk seluruh umat Islam yang masih tunduk kepada ajaran Allah swt.

    ReplyDelete
  4. makin bahalol lah orang orang melayu dengan Melayu Islam , dan Islam Melayu.

    apa apa pun jika dari dulu bahalol , bukan sekelip mata boleh jadi bijak...

    rata rata makan gaji cukai rakyat dan sikap meminta minta dan malas. Ini pula jenis Bahalol Melayu , yang ada ramai mentedarah keringat rakyat dan melepak merokok hidup tidak ada nilai ekonomi... menghabis kan harta negara saja.

    kalau BR1M tiada lagi , mereka pula ter jerit jerit menyokong dumbno.

    ReplyDelete
  5. My spouse and I stumbled over here by a different page and
    thought I might as well check things out. I like what I see so now i am following you.
    Look forward to exploring your web page for a second time.



    Take a look at my web site; plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete
  6. Nice post. I learn something totally new and challenging on websites
    I stumbleupon every day. It's always useful to read through articles from other writers and use a little something from other web sites.


    Here is my web page - plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa