Politikus pembangkang umpama psikopat yang bersembunyi disebalik pembohongan serta memanipulasikan keadaan dan orang sekeliling untuk merealisasikan matlamat politik mereka.
Oleh Edwin Michael - November 2, 2014
Menariknya, politikus pembangkang gemar berbicara dan mengaibkan maruah sesiapa yang mereka fikirkan harus semata-mata untuk memastikan para pengikut taksub mereka kekal setia dibawah kediktatoran mereka. Soalnya, apakah pembangkang di Malaysia ini bersifat terlalu sempurna?
Lim Kit Siang menyindir Perdana Menteri mengalami ‘skizofrenia’ apabila Datuk Seri Najib Tun Razak membicarakan soal kesederhanaan. ‘Skizofrenia’ dalam bahasa mudahnya adalah seseorang individu yang mengalami fikiran bercelaru dan tidak stabil.
Najib alami Skizofrenia?
Pakatan Rakyat (PR) begitu degil dan mahukan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali didakwa dibawah Akta Hasutan 1948. Malah pendirian ini senada dengan pendirian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan juga Datuk Nur Jazlan Mohamed yang turut mahukan tindakan dikenakan keatas Ibrahim Ali atas kenyataannya yang mengancam dan menggesa supaya Bible versi Melayu yang mengandungi perkataan “Allah” dan tulisan Jawi dibakar.
Namun soal pokoknya adalah apa sebenarnya pendirian PR berhubung Akta Hasutan 1948 ini? Dihapuskan atau dikekalkan? Jika mereka beranggapan bahawa akta ini wajar dihapuskan kerana menyekat kebebasan bersuara maka seharusnya PR meraikan kenyataan Ibrahim Ali malah patutnya turut bersolidariti bersama Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman yang turut didakwa dibawah akta ini. Kenapa dalam soal bersolidariti sekalipun semacam mengamalkan pemilihan kasta dengan hanya bersolidariti untuk individu yang mereka fikirkan mempunyai kepentingan politik dan mampu melanjutkan survival politik narsis mereka. Apabila mereka labelkan Perdana Menteri sebagai mengalami kecelaruan maka kecelaruan jenis apa pula yang dialami oleh sekalian politikus PR dalam soal penghapusan Akta Hasutan ini?
Serangan Politik Picisan
Walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjawab mengapa Ibrahim Ali tidak didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 namun segelintir politikus PR menjadikan beliau sebagai sasaran serangan dalam media sosial. Tindakan ini memberikan ruang kepada penyokong fanatik PR untuk menyerang secara terbuka segenap keperibadian beliau hinggakan pada satu tahap serangan menjadi seksis. Apa yang menghairankan pada ketika itu adalah tiada suara wanita-wanita PR yang sering lantang berbicara tentang seksisme ini tampil untuk pertahankan seorang menteri wanita yang sasaran serangan peribadi. Mungkin pendefinisian seksis PR ini berbeza agaknya dengan pendefinisian umum.
Pemesongan fakta tidak terhenti disitu apabila pelbagai spekulasi dan serangan dibuat secara terbuka dalam media sosial melibatkan 1MDB. Walaupun kebanyakan isu-isu yang dibangkitkan adalah perkara-perkara yang diulang dan telah pun dijawab oleh 1MDB namun propaganda dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas diteruskan. Pemesongan fakta ini sekali lagi berikan ruang kepada PR kononnya berbicara mewakili rakyat namun sebaik sahaja penjelasan terbuka diberikan oleh pihak 1MDB tiada pula kenyataan tersebut disangkal sebaliknya berdiam diri menikus.
Najib Harus Bertahan Sementara PR Bukan Tuhan
Mentaliti penyokong PR yang meletakkan politikus PR ini sebagai ‘tuhan’ dan apa jua yang bicarakan oleh politikus-politikus ini tidak boleh dibantah adalah politik narsis yang amat berbahaya kerana mencemari pengertian demokrasi.
Misalnya, hingga kini kekal satu misteri mengapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjual tanah kerajaan dengan skala saiz yang besar berkeluasan 190 hektar di Batu Kawan dengan harga RM 1.02 bilion kepada Eco World Group Berhad sedangkan syarikat tersebut sebelum ini dikaitkan dengan pembelian tanah di Selangor sehingga membawa kepada pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ahli parti Keadilan. Mengapa tanah berkenaan tidak digunakan untuk membangunkan projek perumahan mampu milik kepada penduduk Pulau Pinang khususnya disekitar kawasan Seberang Perai?
Di Selangor pula, semua sedia maklum bahawa salah satu sebab kepimpinan PR menuntut Tan Sri Khalid Ibrahim untuk meletakkan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor adalah kerana mereka berpendapat bahawa hanya dengan cara ini sahaja projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) dapat dihentikan. Namun kini, Menteri Besar Selangor yang baru, Azmin Ali pula telah memberikan lampu hijau untuk meneruskan projek ini. Lalu, kemana hilangnya suara-suara politikus yang membantah projek ini suatu ketika dahulu?
Realitinya, adalah amat sukar buat PR mencabar Perdana Menteri dalam setiap isu yang kononnya melibatkan hak rakyat sedangkan mereka sendiri sedang bergelumang dalam arus penipuan yang terancang dengan perbodohkan rakyat. Jika Perdana Menteri mengalami skizofernia, politikus pembangkang umpama psikopat yang bersembunyi disebalik pembohongan serta memanipulasikan keadaan dan orang sekeliling untuk merealisasikan matlamat politik mereka.
Edwin Michael adalah Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman.
Abe
ReplyDeleteUniversiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) adalah milek penuh MCA. Penulis artikel di atas adalah pensyarah UTAR.
Ini satu fenomena baru yang kita lihat datang dari MCA setelah kita melihat bagaimana majoriti kaum cina telah menolak sepenuhnya pemimpin2 MCA.
Selalunya kita melihat pensyarah2 dari universiti awam yang menjadi tukang bersilat UMNO.
Artikel ini seperti artikel2 pensyarah2 pro UMNO cuba menegak benang basah dan cuba mempalitkan kegagalan kerajaan kepada pembangkang.
bat8
ReplyDeleteSebenarnya saja abe tanak komen article dia ni
Abe nak biarkan pembaca yang komen....
Memang gitulah adik bat8 weh...bila masuk bab soru...Melayu, Cina, india akan berperangai sama. Tak ada bezanya. Ada saja peluang bodek dan ampu , mereka akan jilat siapa saja yang mungkin akan memberikan manafaat kepada nafsu dan perut mereka.