Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 2, 2014

Dari Utusan Kepada PAS: Madu beracun tuu.......!

Ha..ha...Utusan puji PAS?
Tak heran pun.....!

Jauhkan diri dari Anwar, PAS buktikan bukan pak turut, kata Utusan 
Published: 2 November 2014 - TMI
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia berkata bukan sahaja PAS yang bersikap dingin terhadap Anwar, malah penyokongnya sendiri yang semakin berkurangan hadir ke Istana Kehakiman di Putrajaya di mana perbicaraan berlangsung di Mahkamah Persekutuan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 November, 2014.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini mengucapkan tahniah kepada PAS kerana menjauhkan diri daripada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak seperti sokongan yang pernah ditunjukkan sebelum ini.
Awang Selamat, nama pojokan yang mewakili pengarang akhbar edisi Ahad itu berkata, pendirian PAS jelas tidak bersekongkol dengan mereka yang memperjuangkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang selama ini mendokong Anwar dalam mempertahankan hak asasi manusia.
“Satu lagi isyarat yang kuat daripada kepimpinan PAS bahawa parti itu bukan pak turut dan menjadi alat Anwar.
“Awang ucap tahniah kepada PAS kerana menjauhkan diri daripada terpalit menyokong Anwar sebagaimana yang menjadi kekuatan dalam banyak demonstrasi sebelum ini.
“Lebih-lebih lagi, PAS dilihat tidak mahu bersekongkol dan sealiran dengan badan LGBT yang bersungguh-sungguh mempertahankan Anwar dalam kes tersebut atas nama hak asasi dan kebebasan seks," katanya dalam akhbar Mingguan Malaysia.
Awang Selamat berkata, bukan sahaja PAS yang bersikap dingin terhadap Anwar, malah penyokongnya sendiri yang semakin berkurangan hadir ke Istana Kehakiman di Putrajaya di mana perbicaraan berlangsung di Mahkamah Persekutuan.
Katanya, ia mesej jelas kepada Anwar yang menunjukkan masyarakat, terutamanya generasi muda, tidak lagi ghairah memberi sokongan kepadanya.
“Bukan sahaja PAS, DAP juga seperti tidak peduli, mengukuhkan lagi teori yang Anwar makin menjadi liabiliti sama ada menang atau kalah dalam kes mahkamah itu nanti.
“Lebih mengejutkan, dalam kalangan PKR sendiri, reaksi sokongan amat hambar seolah-olah dalam diam mengetahui hakikat siapa sebenarnya Anwar.
“Kalau sekadar 100 orang yang hadir, apa maknanya? Mana ahli dan penyokong PKR yang selama ini taksub kepada beliau?" katanya.
Awang Selamat berkata harapan Anwar untuk menghimpunkan ratusan ribu penyokongnya sebagaimana demonstrasi ala Hong Kong juga tidak kesampaian.
“Orang ramai lebih teruja dengan demam perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia berbanding isu peribadi yang menyentuh akhlak dan moral pemimpin PKR itu.
“Di sebalik pelbagai usaha dan gerakan membakar sentimen rakyat agar menyertai demostrasi di perkarangan mahkamah, jumlah yang hadir tidak ramai, malah makin berkurangan hari demi hari," katanya. – 2 November, 2014.

6 comments:

  1. bila anjing@awang utusan meloya menyalak kah kah kah ! ABU !

    ReplyDelete
  2. Puak UG adalah yang paling seronok membaca puji-pujian dari Utusan Malaysia.....

    Walau apa pun pandangan dan tafsiran yang dikeluarkan oleh sesiapa saja seperti yang dinyatakan oleh Utusan itu akan menyebabkan mereka ketinggalan dalam memburu kejayaan sama ada untuk diri sendiri atau pun untuk mencipta kewibawaan parti.

    Sememangnya Utusan cuba meracuni fikiran pengikut PAS agar menolak Anwar dan PKR namun perlu diingat..

    Siapa peduli pada PAS dan DAP jika tidak dihasut oleh Anwar Ibrahim supaya bersatu dalam Pakatan Rakyat ?

    Walau bagaimana pun saya amat bersetuju jika ahli PAS benar-benar tidak menyokong apa saja agenda Anwar Ibrahim.

    PasMa akan ambil alih tugas...

    ReplyDelete
  3. PAS parti politik bahalol , dan UMNO Bangsa Bahalol.

    Padan lah... bebudak dalam Utusex pun tunggu masa nak kiok saja , dengan otak otak bahalol kat mana lagi nak cari makan.

    Biasa lah....kalu bukan Melayu bahalol , tak kan Mamak pulak bahalol.

    Mamak , mari sini teh tarek satu !!!

    ReplyDelete
  4. Benar apa yang di ulas oleh Utusan,kita tunggu apa reaksi Pas atas komen ini.mumngkin benar apa yang di katakan utusan atau kita tunggu reaksi peminpin Pas sendiri.Kalau tidak ada peminpin sendiri yang memberi ulasan dah terbukti selama ini Pas hanya bersandiwara dalam Pakatan.hanya segelintir peminpin sahaja yang pergi memberi sokongan moral,mana perginya ulamak Pas?Apa kah mereka juga percya dengan fitnah ini?

    ReplyDelete
  5. Anjing perangai manusia. Kalau dah nama anjing, biarkan aje...

    Ramai ahli PAS yg sokong Anwar demi keadilan. Yg x ramai pegi mungkin agak penat dan tahu parti syaitan dikenali tetap akan masukkanya ke dalam.

    Tapi ingat! kejahatan akan musnah akhirnya. Lihatlah tok jib akhir2 nie....

    ReplyDelete
  6. Benar apa yang di ulas oleh Utusan,kita tunggu apa reaksi Pas atas komen ini.mumngkin benar apa yang di katakan utusan atau kita tunggu reaksi peminpin Pas sendiri.Kalau tidak ada peminpin sendiri yang memberi ulasan dah terbukti selama ini Pas hanya bersandiwara dalam Pakatan.hanya segelintir peminpin sahaja yang pergi memberi sokongan moral,mana perginya ulamak Pas?Apa kah mereka juga percya dengan fitnah ini?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa