Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 3, 2014

Sikap Najib: Dunia Pun 'Bakit Lawok'!

'Bakit lawok' - Mengaggap bohong dan berpura-pura. 
Betul ker istilah tu sdr. MSO?

Dunia sedang memerhatikan sikap bermuka-muka Najib
Alyaa Alhadjri06:30PM Nov 03 2014

BANGKOK: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak harus berhenti berdolak-dalik mengenai matlamat Malaysia untuk menjadi peneraju serantau bagi sikap moderasi global, kerana masyarakat antarabangsa bukannya "buta atau pekak" kepada hakikat bahawa beliau telah gagal untuk menangani ketegangan kaum dan agama di negaranya.
Pengurus program Human Rights Defenders yang dianjurkan organisasi hak asasi manusia serantau Forum-Asia, Dr Renato Mabunga memberitahu Semut Harian bahawa adalah "sangat jelas" kepada pemerhati-pemerhati bahawa ucapan Najib di Malaysia adalah bertentangan dengan apa yang diperkatakannya di pelbagai forum antarabangsa, berikutan pemilihan raya Malaysia sebagai ahli bukan tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa.
Perkara paling mustahak yang beliau perlu lakukan, menurut Renato, adalah memenuhi janjinya untuk mereformasi undang-undang dan memansuhkan semua undang-undang yang bersifat menindas, bermula dengan Akta Hasutan 1948.
"Apa yang mereka dengar daripada anda sekarang akan diingat...jika Malaysia mahu menjadi pemimpin, semua masyarakat antarabangsa, bahkan negara-negara di rantau ini akan memerhatikannya dengan penuh minat.
"Mereka akan dapat melihat sama ada Malaysia, melalui perdana menterinya, mempunyai pengaruh yang dominan untuk menyatakan yang ia harus menjadi pemimpin, dan asas moral bagi menyeru supaya adanya hak asasi manusia di peringkat antarabangsa," kata Renato yang juga memetik tugas Malaysia sebagai pengerusi Sidang Kemuncak Asean tahun depan. 
Forum Asia, sebuah kumpulan NGO-NGO hak asasi manusia serantau termasuk Suara Rakyat Malaysia (Suaram), telah menjadi pengkritik paling lantang terhadap kekurangan kesungguhan politik Najib dalam menangani pelbagai masalah berkaitan hak asasi manusia di Malaysia.
Renato berkata Najib mesti menunjukkan keikhlasannya dan melaksanakan perubahan yang diperlukan di Malaysia sebelum meminta negara-negara lain untuk melakukan perkara yang sama, dan tidak menggunakan perlantikan Malaysia dalam majlis PBB itu demi keuntungan politiknya sendiri. 
Najib, yang berucap dari Milan selepas keputusan PBB itu diumumkan bulan lalu, telah dilaporkan menggariskan lima keutamaan bagi Malaysia: "Malaysia mahu memajukan kesederhanaan global; menyokong pendekatan perbincangan dalam menyelesaikan konflik, mendorong operasi keamanan PBB; memudahkan proses perdamaian di negara-negara yang bergolak dan menyudahkan perbincangan mengenai reformasi komprehensif Majlis Keselamatan PBB."
Telah dinyatakan sebelum ini bahawa penampilan keempat Malaysia sebagai anggota majlis itu berlaku pada ketika apabila rakyat Malaysia berpemikiran sederhana, ditekan kumpulan-kumpulan sayap kanan Melayu-Islam dan tekanan mereka ke atas kerajaan supaya mengekalkan undang-undang kuno yang dikuatkuasakan bagi menyekat kebebasan bersuara rakyat.
Daripada penentangan terhadap Oktoberfest, program menyentuh anjing dan Halloween, terdapatnya rentetan kontroversi yang dikaitkan dengan dakwaan percubaan menyebarkan nilai-nilai "liberalisme" di kalangan umat Islam, yang dilihat sebagai ancaman kepada dominasi tradisional Melayu-Islam di Malaysia.
Bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim dalam sebuah penulisan laman blognya baru-baru ini, bagaimanapun berkata kerajaan perlu berhenti menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan bergabung dengan gerakan pemberontak Negara Islam (IS) jika "tidak boleh menerima liberalisme".
"Jika anda merupakan anggota PBB dan Majlis Keselamatan, maka anda menerima dunia liberal. 
"Pertubuhan ini ditubuhkan berdasarkan prinsip-prinsip hak asasi manusia, hak-hak minoriti dan hak-hak wanita," jelas Zaid.
Sementara itu, mengenai peranan Malaysia sebagai pengerusi Asean, Renato menyatakan bahawa Asean telah ketinggalan berbanding kumpulan-kumpulan serantau lain, termasuk dari segi pembangunan.
"Ini kerana, ia (Asean) seolah-olah takut untuk melangkah ke hadapan bagi benar-benar menggalakkan hak asasi manusia, dan menghubungkan hak asasi manusia dengan pembangunan di rantau ini.
"Jika Akta Hasutan ada di Malaysia pada masa ini dan ramai orang telah didakwa di bawah Akta itu, penduduk Asean memiliki tanggungjawab moral untuk menentangnya, bersatupadu dengan rakyat Malaysia, bagi memansuhkan undang-undang yang sangat anti-hak asasi manusia ini," katanya. 
Sebagai sebahagian daripada sokongannya kepada gerakan anti-Akta Hasutan, Renato mengatakan yang Forum Asia juga akan menghantar wakil-wakilnya sebagai pemerhati sewaktu pendengaran bagi mencabar status sah undang-undang pra-kemerdekaan itu pada 5 November, yang difailkan oleh profesor undang-undang Universiti Malaya, Dr Azmi Sharom bulan lalu.
Beberapa perbicaraan hasutan juga telah ditangguhkan sementara menunggu keputusan pendengaran ini. 
Penulis sedang menyertai Seapa Fellowship 2014.

1 comment:

  1. Negara bakal dicerobohi dan digugat hanya kerana kegilaan pm nak mencari populariti di pbb....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa