Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 3, 2014

Puak-Puak Ni Islam Atau Golongan Apa?

DPP Kelantan pertikai tindakan SIS

 | November 3, 2014
Apabila SIS menyelar tindakan kerajaan Kelantan melalui MPKB BRI secara terbuka seperti itu, ia membuktikan kecenderungan mereka untuk melawan ketetapan syarak yang sudah qat'ie.
LETTERS_SIS_LAWANKOTA BHARU : Dewan Pemuda PAS (DPP) Kelantan hari ini menyelar tindakan Sister In Islam (SIS) yang mempertikaikan keputusan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB) yang akan mengenakan tindakan ke atas pekerja wanta Islam yang tidak menutup aurat.
Menurutnya Ketuanya, Ahmad Fadhli Shari, apabila SIS menyelar tindakan kerajaan Kelantan melalui MPKB BRI secara terbuka seperti itu, ia membuktikan kecenderungan mereka untuk melawan ketetapan syarak yang sudah qat’ie.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan badan bukan kerajaan (NGO) itu dalam sebuah portal yang menyebut golongan wanita muslim bebas membuat keputusan sendiri sama ada ingin bertudung atau tidak
Menurut SIS baru-baru ini, tidak harus ada paksaan dalam agama yang turut memetik beberapa ayat dalam al-Quran bagi menguatkan hujahnya.
Ahmad Fadhli berkata, tanggungjawab menutup aurat dan batasannya adalah sesuatu yang telah dinyatakan dengan jelas oleh syarak.
“Peraturan yang ditetapkan oleh MPKB BRI adalah di dalam bidang kuasa kerajaan tempatan khususnya berkaitan pembukaan premis perniagaan.
“Jika kerajaan boleh menetapkan pemasangan lampu motosikal walaupun ketika siang hari serta pemakaian topi keledar, tiada sebab peraturan yang ditetapkan oleh MPKB BRI dikritik,” katanya memetik dari laporan Harakahdaily.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa