Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 8, 2014

Bagaimana 'Malaun' Ni Boleh Loloskan Diri?

Dunia dapat lihat Sistem Kehakiman dan Perundangan M’sia lemah – Zam
 | December 8, 2014
Alvin Tan bukanlah seorang tokoh besar dalam bidang apapun. Dia tiba-tiba terkenal kerana kelucahan dan sifat kebinatangannya tetapi sekarang dia dapat membina dirinya di luar dan juga dalam negara.
Zainuddin MaidinPETALING JAYA : Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa ketidakcekapan, kelonggaran dan kelemahan dalam pengurusan undang-undang di Malaysia menyebabkan blogger lucah, Alvin Tan meloloskan diri dengan mudah.
Katanya, walaupun dalam proses perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menghina Islam dan bulan Ramadan, Alvin masih boleh melarikan diri ke luar negara.
“Alvin Tan bukanlah seorang tokoh besar dalam bidang apapun. Dia tiba-tiba terkenal kerana kelucahan dan sifat kebinatangannya tetapi sekarang dia dapat membina dirinya di luar dan juga dalam negara sebagai seorang juara kemanusiaan, liberal dan demokrasi yang terulung malah kepada kaumnya di Malaysia dia seorang revolusioner yang berani menentang kedaulatan Raja Melayu.
“Penyokong-penyokong liberalisme di Malaysia sedang memberikan tepukan kepadanya kerana berani menghina Menteri Dalam Negeri atau KDN sebagai pengecut. Di bawah KDN terletak polis dan segala kuasa keselamatan negara,” katanya dalam entri terbaru zamkata.blogspot.com.
Zainuddin yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan berkata, berlakunya proses mental revolusi yang pantas di Malaysia di mana dalam jangka masa singkat tidak lagi mengejutkan rakyat, menjadikan luar biasa kepada biasa, menukarkan yang lucah kepada bermaruah, hina kepada mulia dan yang bermaruah kepada taraf paling rendah.
Beliau mendakwa, masyarakat antarabangsa kini semakin jelas tentang betapa lemahnya Sistem Kehakiman dan Perundangan di Malaysia.
“Jangan terkejut sekiranya Malaysia semakin hebat menjadi tumpuan pendatang haram, penjenayah, ejen-ejen politik dan perisikan antarabangsa (ejen ejen Yahudi telah pun bebas lepas di Malaysia),” ujarnya.
Katanya, berbeza di Singapura, kepantasan dan ketegasan pemerintahanya yang percaya kepada integriti dalam melaksanakan undang-undang sejak awal lagi telah menghantar mesej ke seluruh dunia dari hukuman mengotorkan gula-gula getah sehingga kepada pengawalan keras moral menteri-menteri.
“Suatu pencapaian kerajaan Malaysia mempromosi pelakon-pelakon lucah menjadi nama besar, menukarkan sampah menjadi permata, menjadikan najis wangi dan menjadikan kerajaan yang hebat dengan pakaian istiadat dari peringkat istana hinga ke peringkat eksekutif persekutuan dan negeri berada pada taraf yang tidak sehebat pakaian yang dipakai,” jelasnya.
Secara perbandingan dengan Presiden Indonesia, beliau menambah: “Barangkali Presiden Jokowi dalam segala kesederhanaanya terutama pakaiannya lebih dihormati oleh rakyat.”
Zainuddin menegaskan, sejak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan, maruah sebagai suatu bangsa yang beragama dan beraja semakin teruk disusuli dengan kebuasan nafsu untuk mencari nama besar dengan cadangan menghapuskan Akta Hasutan 1948.
“Walaupun tidak terjadi tetapi harga yang telah dibayar dan sedang dibayar ialah tergadainya maruah kedaulatan suatu bangsa dan agama,” ujarnya.
Tags : Bahasa, Alvin Tan, Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Hasutan 1948.

4 comments:

  1. Dey maidin, lu apa cakap? roti satu, kuah taruk atas dah.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cucur osmah lima biji sama teh tarik dua, saya mahu minum sama ini worang.

      Delete
  2. Bebudak bahalol umno tanpa batasan.

    ReplyDelete
  3. aney.... teh tarik satu,kurang manis

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa